7 Perkara Penting Anda Wajib Pantau Dalam Tempoh 24 Jam Selepas Kelahiran Bayi!

Pasti ramai yang tertanya-tanya apa yang akan berlaku pada bayi anda dalam tempoh 24 selepas kelahiran? Ini yang akan berlaku dan perlu anda pantau.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selalunya orang banyak menyebut mengenai ibu berpantang apabila selesai saja kelahiran bayi. Tetapi mungkin ramai daripada kita yang jarang menyentuh mengenai bayi.

Sebenarnya perkara ini sangat penting kerana ia akan memberi kesan kepada kesihatan bayi sama ada dalam jangka masa pendek atau panjang.

Jadi dalam tempoh 24 jam selepas dilahirkan, apa sebenarnya yang penting dan perlu anda pantau? Supaya bayi anda sentiasa sihat dan mengikut perkembangan yang sepatutnya.

24 jam selepas kelahiran bayi ini yang perlu anda pantau

kredit: myqurban

Menerima orang baharu dalam keluarga memang sesuatu yang amat menggembirakan hingga kadang kala kita terlupa mengenai beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.

Mungkin ada juga yang tertanya-tanya, apa yang akan bayi lalui dalam masa 24 jam selepas kelahiran? Apakah yang akan diberikan kepada mereka dalam tempoh ini dan apa yang anda perlu tahu mengenai mereka sebelum dibenarkan keluar daripada hospital.

#1. Potong tali pusat

Kredit: alodokter

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebaik saja bayi keluar dari perut ibu sama ada melalui faraj atau secara pembedahan, perkara pertama yang doktor akan buat adalah memotong tali pusat bayi.

Jika rezeki anda, mungkin suami anda akan diberikan peluang memotong tali pusat ini. Selepas itu pula plasenta akan dikeluarkan.

Sebaik tali pusat dipotong, bayi yang tidak mempunyai sebarang komplikasi biasanya akan diletakkan di atas dada ibu atau lebih biasa dipanggil skin to skin yang dikatakan boleh mengurangkan tangisan bayi yang baru lahir, membantu memulakan dan mengekalkan penyusuan dan membantu mengekalkan suhu badan bayi anda

Ada juga yang request untuk tali pusat dipotong sedikit lambat atau dipanggil Delay Cord Clamp ( DCC) selama dua atau tiga minit yang dikatakan baik untuk eningkatkan imuniti bayi.

#2. Penimbangan dan pengukuran

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas keluar dari rahim ibu, doktor akan turut membuat suction untuk mengeluarkan segala lendiran pada mulut bayi. Ada yang kata jika suction ini tidak dibuat dengan betul ada kemungkinan untuk bayi mengalami batuk-batuk dan selesema. 

Bayi akan dibersihkan dan dimandikan dan penimbangan dan pengukuran akan dibuat ke atas bayi anda. Bayi akan ditimbang dan diambil ukuran panjang serta lilitan kepala.

#3. Vitamin K

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

kredit: mooimom

Semasa penimbangan atau selepas selesai sesi penimbangan dan pengukuran, bayi anda akan diberikan suntikan vitamin K bagi mengelakkan pendarahan kesan kekurangan vitamin ini.

#4. Skor APGAR

Antara pemantauan utama yang dibuat selepas bersalin dikenali sebagai skor Apgar. Skor Apgar adalah untuk mengukur keadaan bayi apabila berada dalam kehidupan di luar rahim.

Ia adalah panduan untuk doktor, jururawat atau bidan sama ada bayi memerlukan rawatan atau pemantauan segera mahupun tidak.

Skor ini diukur pada 1 minit dan 5 minit selepas proses kelahiran semasa bayi berada di dada anda. Adakalanya ukuran diambil lagi pada 10 minit selepas dilahirkan.

Ia mencatatkan degupan jantung, pernafasan, warna, nada otot dan refleks bayi anda. Skor maksimum adalah 10. Skor 7 dan ke atas biasanya bermaksud bayi anda sihat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Air kencing dan mekonium

Sering kita dengan orang kata, bayi dan kencing dan buang air besar, jadi boleh discaj dari hospital. Jadi perkara ini perlu anda pantau yang mana dalam 24 jam pertama, bayi perlu kencing dan menyingkirkan mekonium (najis bayi baru lahir) sekurang-kurangnya sekali.

Mekonium berwarna hitam dan melekit. Najis bayi akan berubah warna dan konsistensi dalam tempoh beberapa hari akan datang.

#6. Suntikan vaksin BCG untuk tuberculosis (TB) 

Bayi anda juga akan diberikan suntikan BCG dan TB dalam masa 24 jam kelahirannya atau jam berikutnya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#7. Penyusuan

Bayi anda juga akan diberi susu dan ketika inilah doktor atau jururawat akan mengajar anda mengenai penyusuan. Tetapi jangan stres, bagi mana-mana ibu yang belum ada susu atau belum cukup susunya, bayi anda akan diberikan susu tambahan lain.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: momstobe,langkah-langkah

kredit foto: wikipedia

Baca juga: Waktu Lahir Mempengaruhi Perwatakan Bayi, Bayi Anda Lahir Pukul Berapa?

Baca juga: 10 Perkara Tentang Bayi Baru Lahir Yang Selalu Buat Ibu Ayah Risau, Hakikatnya Ia Normal

Baca juga: 6 Perkara Anda Tak Boleh Buat Pada Bayi Baru Lahir, Atau Buruk Padahnya

Penulis

Lala Annuar