Buah Zuriat Untuk Ikhtiar Hamil: Khasiat, Cara Makan & Pantang Larang

Ada orang kata buah zuriat mekah ini mengandungi folat yang meningkatkan kesuburan dan mempercepatkan kehamilan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pelbagai cara dilakukan oleh pasangan TTC (trying to conceive) yang mengimpikan zuriat dan salah satu petua orang lama adalah makan buah zuriat yang sering dikatakan boleh membuatkan seseorang itu cepat hamil. 

Buah Zuriat Buatkan Wanita Cepat Hamil?

Belum ada penelitian yang dibuat mengatakan ia bagus untuk mempercepatkan kehamilan. Namun, kajian yang dilakukan di Mesir menjelaskan buahini mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi secara tidak langsung ia boleh menghasilkan sel reproduksi. 

Persenyawaan antioksidan dapat menghilangkan oksigen reaktif di mana ia dihasilkan secara alami dalam tubuh. Jika seseorang itu mengalami stres, tubuh akan menghasilkan kadar oksigen reaktif yang tinggi disebut stres oksidatif.  Apabila dapat mengurangkan stres, maksudnya ia dapat meningkatkan kesihatan reproduksi sekaligus peluang hamil lebih cerah. 

Bila Perlu Minum Buah Zuriat

Buah ini biasanya diambil oleh mereka yang sudah berkahwin dan telah cuba untuk mendapat zurit bertahun-tahun. Namun perlu diingat anda tidak boleh minum semasa haid atau keguguran yang masih belum kering darah nifas. 

Khasiat Buah Zuriat 

1. Mengurangkan plak lemak dalam pembuluh darah 

  • Dalam buah zuriat, para pengkaji menemui kandungan fenol seperti tirosol 3-OH, asid E-Vanillic, catechin dan asid klorogenat. Selain itu, ia juga ada kandungan asid alpha-coumaric, asid cinnamic dan p-coumaric acid. 
  • Pada tahun 2014, kajian mendapati fenol dalam ekstrak buah zuriat dapat mengurangkan keadaan hiperlipidemia iaitu sindrom nefrotik dan bagus untuk menurunkan risiko penebalan arteri. 

2. Memiliki kandungan Vitamin B kompleks 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Buah ini juga kaya dengan Vitamin B kompleks seperti B1, B2, B3, B6, B9 dan B12. 
  • Namun, jangan rebus buah zuriat terlalu lama kerana ia boleh mengurangkan jumlah vitamin B. 

3. Meningkatkan daya pemikiran dan mood

4. Merawat masalah kesuburan sperma lelaki 

  • Menambahkan kepekatan air mani.
  • Mengaktifkan sel darah yang baru.

5. Meningkatkan kesuburan wanita

  • Wanita yang pernah mengalami keguguran, mandul atau tidak mempunyai anak sesuai mengamalkan buah zuriat. 
  • Membantu menguatkan dinding rahim.
  • Meningkatkan hormon yang sihat tanpa menjejaskan sel lama.
  • Melancarkan peredaran haid.
  • Merawat saluran darah tersumbat.

6. Melegakan sakit sendi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Ambil buah zuriat dan gosokkan dengan lembut pada tempat sendi yang sakit. 

Cara Makan Buah Zuriat Mekah

Terdapat beberapa cara makan buah zuriat yang disyorkan ramai, tetapi jangan pula meletakkan harapan tinggi bila makan buah zuriat akan terus melekat. Anggaplah ia sebagai salah satu ikhtiar untuk cepat hamil.

  1. Sagat atau kikis buah zuriat menjadi serbuk dan dimakan begitu sahaja.
  2. Atau, boleh dicampurkan bersama susu. Minum.

Cara Membuat Air Rebusan Buah Zuriat 

  1. Belah buah kepada dua bahagian. 
  2. Rebus biji dan isinya sekali.
  3. Bila air rebusan sudah bertukar warna seakan-akan air teh.
  4. Tapis dan diminum.

Amalkan selama 44 hari atau sehingga disahkan mengandung. Cara ini boleh diminum oleh suami isteri dan boleh direbus banyak kali sehinggalah air rebusan tadi bertukar warna putih barulah diganti dengan buah yang baru. Air rebusan ini boleh diminum pada bila-bila masa sahaja. 

Walau apa pun usaha yang anda gunakan, adalah lebih baik jika diiringi dengan bacaan doa dan surah Al-Imran ayat 38 & Selawat ke atas Nabi S.A.W sebanyak tiga kali untuk mendapatkan keberkatan dan meletakkan pengharapan kepada Allah SWT.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُۥ ۖ قَالَ رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةًۭ طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ ٱلدُّعَآءِ ٣٨

Maksudnya:

Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.

Pantang Larang Minum Buah Zuriat

Pantang larang minum air buah zuriat guna cara ini adalah tidak boleh diminum semasa menstruasi. 

Makanan yang boleh meningkatkan kesuburan 

  • Bunga matahari – Biji bunga matahari mengandungi sumber Vitamin E yang sangat baik untuk kesuburan dan ia terbukti dapat meningkatkan kesuburan lelaki serta DNA sel reproduksi. 
  • Tomato – Kilopen terbukti dapat meningkatkan kesuburan lelaki, memperbanyakkan kualiti air mani dan membuka peluang wanita untuk hamil. 
  • Kekacang seperti kacang dal adalah sumber protein yang baik bagi wanita. Protein dari kacang lebih baik untuk kesuburan jika dibandingkan dengan protein haiwan terutama wanita yang mengalami masalah ovulasi.
  • Telur – Mengandungi sumber Vitamin B yang baik untuk kesuburan. Lemak omega 3 dalam telur juga sama baik seperti ikan. Malah, telur adalah sumber protein tanpa lemak yang murah dan senang di dapati.
  • Kayu manis boleh membuatkan kadar glukosa pada wanita dengan sindrom PCOS berkurang. Malah penelitian juga mendapati wanita yang menderita PCOS disarankan untuk makan suplemen yang berasaskan kayu manis selama enam bulan. Hasilnya menunjukkan peningkatan ovulasi dan jadual menstruasi yang mula kembali teratur

Semoga bermanfaat. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hello Sehat , Bellaidura

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 Jenis Makanan Bantu Untuk Cepat Hamil, Suami Isteri Masih Boleh Mencuba Tau!

Baca juga: Selain Susu Full Cream, Ini Makanan Untuk Kesuburan Suami Isteri Yang Disaran Oleh Pakar!

Baca juga: Pasangan TTC Nak Cepat Hamil Kena Angkat Kaki Selepas Bersama, Ini Jawab Doktor

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan