Kencing kotor atau jangkitan saluran kencing (UTI) adalah masalah yang sering dialami oleh ibu hamil. Walaupun ia kelihatan seperti masalah biasa, jika tidak dirawat dengan betul, ia boleh membawa komplikasi yang serius kepada ibu dan bayi dalam kandungan.
Jangkitan Kencing Kotor Ketika Hamil
Kencing kotor atau UTI adalah jangkitan bakteria yang berlaku pada sistem saluran kencing, termasuk pundi kencing, uretra, ureter, dan buah pinggang.
Ketika hamil, perubahan hormon dan tekanan dari rahim yang semakin membesar boleh menyebabkan aliran air kencing menjadi perlahan dan meningkatkan risiko jangkitan.
Tanda Kencing Kotor Semasa Hamil
Kencing kotor ketika hamil terjadi kerana perubahan dalam tubuh ibu yang memudahkan bakteria membiak di saluran kencing. Hormon progesteron yang tinggi menyebabkan otot saluran kencing menjadi rileks, melambatkan aliran air kencing.
Tekanan dari rahim yang membesar pula menghalang pengosongan air kencing dengan sempurna. Ditambah pula dengan sistem imun yang lemah semasa hamil, tubuh jadi kurang berkesan melawan jangkitan.
Faktor kebersihan juga memainkan peranan. Jika tidak dijaga dengan baik, bakteria seperti E.coli mudah masuk ke saluran kencing, lalu menyebabkan jangkitan. Berikut beberapa tanda kencing kotor semasa hamil yang perlu ibu-ibu perhatikan:
-
Lebih kerap kencing
-
Masalah kencing tidak lawa
-
Rasa terbakar atau kekejangan di bahagian bawah belakang atau perut bawah anda
-
Rasa sakit atau pedih apabila kencing
-
Air kencing yang kelihatan keruh atau berbau
-
Warna kencing kotor
-
Darah dalam kencing bertukar jadi merah, merah jambu terang atau berwarna kecoklatan
12 Petua Hilangkan Kencing Kotor Semasa Hamil
Rawatan untuk kencing kotor semasa hamil biasanya melibatkan antibiotik yang selamat untuk ibu mengandung. Doktor akan membuat ujian air kencing untuk mengesahkan jangkitan dan menentukan jenis bakteria yang menyebabkan masalah tersebut.
Pastikan anda menghabiskan antibiotik seperti yang diarahkan walaupun simptom sudah hilang, supaya jangkitan benar-benar sembuh.
Selain itu, banyakkan minum air kosong untuk membantu membilas bakteria dari saluran kencing, dan elakkan minuman berkafein yang boleh merengsakan pundi kencing. Jika simptom berterusan atau semakin teruk, segera dapatkan rawatan lanjut daripada doktor.
Berikut 12 petua hilangkan kencing kotor semasa hamil dengan berkesan:
1. Jus Kranberi Dapat Mengatasi Kencing Kotor Dengan Cepat
Jus kranberi mengandungi sebatian yang membantu mencegah bakteria melekat pada dinding saluran kencing. Amalkan pengambilan jus kranberi tanpa gula sebagai alternatif semulajadi untuk membantu melawan jangkitan saluran kencing.
2. Banyakkan Minum Air
Petua hilangkan kencing kotor ketika hamil adalah banyakkan minum air.
Minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari membantu mencairkan air kencing dan mengeluarkan bakteria dari sistem badan. Elakkan minuman bergula atau berkafein yang boleh memburukkan lagi masalah ini.
3. Vitamin C
Vitamin C membantu meningkatkan keasidan air kencing jadi bakteria sukar membiak. Makan makanan kaya vitamin C seperti oren, kiwi, dan strawberi, atau rujuk doktor untuk suplemen yang sesuai semasa hamil.
4. Jaga Kebersihan Diri
Lap bahagian intim anda dari depan ke belakang apabila anda buang air kecil, buang air besar atau mandi.
5. Elakkan Produk Wanita Yang Mengandungi Bahan Kimia
Penggunaan produk seperti pencuci wanita atau semburan pewangi boleh mengganggu keseimbangan pH kawasan intim dan menggalakkan pembiakan bakteria. Pilih produk tanpa bahan kimia atau pewangi tiruan.
6. Probiotik Sebagai Petua Hilangkan Kencing Kotor
Petua hilangkan kencing kotor ketika hamil adalah pengambilan probiotik. Makanan atau suplemen probiotik boleh membantu meningkatkan bakteria baik dalam badan dan mengurangkan risiko jangkitan kencing kotor.
Antara sumber probiotik semulajadi yang boleh diamalkan ialah yogurt asli tanpa gula, kefir, tempe, kimchi, sauerkraut (kobis jeruk) dan miso.
7. Kencing Selepas Bersama
Kosongkan pundi kencing anda sejurus sebelum dan selepas hubungan seks untuk mengelakkan bakteria masuk ke saluran kencing.
8. Minyak Cengkih Untuk Rawatan Kencing Kotor
Minyak cengkih mengandungi sifat antimikrob dan anti-radang. Campurkan beberapa titis minyak cengkih dengan minyak pembawa dan urut perlahan-lahan di kawasan perut bawah untuk mengurangkan ketidakselesaan. Namun, ini hanya sebagai rawatan tambahan. Namun rujuk doktor terlebih dahulu.
9. Pakai Seluar Dalam Yang Selesa
Gunakan seluar dalam daripada kain kapas yang longgar dan elakkan pakaian ketat. Ini membantu memastikan kawasan intim sentiasa kering dan mengurangkan risiko jangkitan.
10. Elak Menahan Kencing
Petua hilangkan kencing kotor seterusnya adalah elakkan daripada menahan kencing.
Menahan kencing terlalu lama membolehkan bakteria membiak di dalam pundi kencing. Pastikan anda kencing apabila terasa perlu, terutama semasa hamil untuk mencegah jangkitan.
11. Kurangkan Pengambilan Makanan Dan Minuman Berasid
Elakkan alkohol, jus sitrus, makanan pedas, dan minuman berkafein, yang boleh merengsakan pundi kencing anda.
12. Amalkan Pemakanan Sihat Dengan Sayur Dan Buah Segar
Pemakanan seimbang yang kaya dengan nutrien penting membantu meningkatkan imuniti badan untuk melawan jangkitan. Tambahkan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan segar dalam diet harian anda.
Bolehkah Saya Ambil Ubat Kencing Kotor?
Sekiranya kencing kotor tidak sembuh, antibiotik digunakan dalam merawat jangkitan saluran kencing.
Jenis antibiotik yang akan digunakan dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti keadaan kesihatan pesakit dan jenis bakteria yang menyebabkan jangkitan.
Antibiotik yang biasanya digunakan untuk merawat jangkitan saluran kencing termasuk Trimethoprim, Nitrofurantoin, Cephalosporins, Penicillins, Fluoroquinolones dan Fosfomycin.
Bila Perlu Jumpa Doktor?
Penting untuk mendapatkan rawatan perubatan apabila:
- Mengalami gejala luar biasa – seperti sakit atau pedih ketika membuang air kecil, urin berdarah, atau disertai dengan demam.
- Gejala tidak berkurang – selepas beberapa hari mencuba rawatan semula jadi atau petua tradisional, tetapi masih tiada perubahan.
- Elakkan komplikasi serius – Rawatan awal amat penting untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk.
Kesimpulannya, kencing kotor ketika hamil memang tidak boleh diambil mudah. Dengan mengetahui punca, tanda, dan cara mengatasinya, anda boleh mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi diri sendiri dan bayi dalam kandungan.
Jika ada sebarang tanda yang mencurigakan, jangan berlengah untuk mendapatkan rawatan.
Semoga artikel ini bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Benarkah Tisu Basah Penyebab Jangkitan Kuman Dalam Air Kencing Bayi?
Baca juga: Bila Buang Air Kecil Anak Mesti Menangis & Sakit Pada Kemaluan, Dia Mungkin Kena Kencing Kotor!
Baca juga: Kencing Sakit Selepas Bersama Dengan Suami? Adakah Anda Telah Mendapat Jangkitan?
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!