X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Terkejut dengan Keputihan Pada Anak? Ini Panduan Khas untuk Ibu Bapa

4 min bacaan
Terkejut dengan Keputihan Pada Anak? Ini Panduan Khas untuk Ibu BapaTerkejut dengan Keputihan Pada Anak? Ini Panduan Khas untuk Ibu Bapa

Bayi boleh keluar keputihan? Ramai ibu bapa mesti bingung dan resah melihat keputihan pada anak. Jom baca dengan lebih lanjut mengenai keputihan disini!

“Keputihan pada anak? Tak mungkinlah!”

Mungkin bagi sesetengah ibu bapa perkara tersebut adalah sesuatu yang mustahil dan tak dijangka tetapi hakikatnya, ia benar-benar berlaku. Selalunya untuk keputihan, ianya kerap kali dikaitkan dengan orang dewasa tetapi sebenarnya budak kecil pun boleh dapat keputihan. 

Adakah keputihan pada anak ini normal?

Terkejut dengan Keputihan Pada Anak? Ini Panduan Khas untuk Ibu Bapa

Kredit: Pexels

Keputihan pada anak ini adalah satu perkara yang biasa berlaku dalam kalangan bayi perempuan yang baru lahir. Ianya bukanlah sesuatu yang perlu anda bimbangkan. Kami faham bahawa ada ibu bapa yang terkejut atau panik bila menyedari bahawa terdapat keputihan pada anak. Kebiasaannya, ianya boleh dilihat apabila anda menukarkan lampinnya. Kadang-kadang, ia kelihatan seperti cairan berwarna putih ataupun merah. Ianya betul-betul normal, wahai ibu bapa. Jadi, jangan cepat panik apabila anda ternampak cairan ini.

Punca keputihan pada anak

Walaupun ia merupakan satu kejadian yang biasa berlaku tetapi anda harus mengetahui sebab atau punca keputihan pada anak dan mengapa ianya terjadi.

Keputihan pada anak biasa terjadi untuk bayi yang baru lahir disebabkan oleh hormon si ibu yang tinggi sewaktu mengandung. Apabila si ibu mempunyai hormon yang tinggi, ianya menghampiri placenta lalu menyebabkan anak  mendapat keputihan.

 

Sampai bila bayi saya akan mendapat keputihan?

Terkejut dengan Keputihan Pada Anak? Ini Panduan Khas untuk Ibu Bapa

Kredit: Pexels

Jangan khuatir ibu bapa. Keputihan pada anak ini tidak akan berpanjangan. Ianya akan berakhir apabila bayi berusia 10 bulan. Ia langsung tidak membahayakan anak anda. Malah, bayi anda tidak akan merasa sakit sepanjang pengeluaran keputihan tersebut.

 

Bagaimana cara untuk bersihkan keputihan?

Terkejut dengan Keputihan Pada Anak? Ini Panduan Khas untuk Ibu Bapa

Kredit: Pexels

Keputihan pada anak sememangnya normal dan yang sebenarnya anda boleh membersihkan kemaluan anak anda apabila anda melihat cairan keluar pada farajnya. Walaupun keputihan ini boleh hilang dengan sendirinya, anda masih lagi boleh membersihkannya jika anda mahu. Untuk membersihkan kemaluan anak anda, ianya tidak memerlukan sebarang rawatan khusus mahupun ubat. Ini adalah antara beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk membersihkan keputihan pada anak anda.

#1 Bersihkan najis pada bayi terlebih dahulu

Jika sewaktu anda membuka lampin bayi dan mendapati terdapat najis dan juga cairan keputihan, bersihkan najis terlebih dahulu. Anda boleh gunakan kain lembut, bola kapas ataupun tisu basah. Lap secara perlahan dan berhati-hati. Pastikan kawasan kemaluan anak anda bebas daripada najis. 

#2  Gunakan kain kapas lembut atau tisu basah

Bersihkan kawasan kemaluan anak anda dengan menggunakan kain kapas atau bola kapas yang lembut yang dicelup dengan air suam bermula daripada bahagian depan sehinggalah ke bahagian belakang. Anda juga boleh membersihkan bahagian tersebut dengan menggunakan tisu basah. Pastikan anda tidak terlalu kasar sewaktu mengelap dan laplah cairan tersebut dengan lembut. Jangan risau kalau anda tak dapat lap semua kerana cairan tersebut kebiasaannya akan di serap oleh lampin.

#3 Lap bibir kemaluan anak

Sebagai tambahan, anda juga boleh melihat pada bahagian bibir kemaluan anak ataupun labia sekiranya terdapat cairan kemaluan di bahagian tersebut. Bersihkan dengan lembut pada bahagian tersebut menggunakan bola kapas yang dicelup dengan air suam. Tetapi, anda haruslah berhati-hati agar tidak terlalu membersihkan kawasan tersebut kerana dikhuatiri anda akan terlalu kasar dan menyebabkan bahagian sensitif pada kemaluan anak anda tercedera. Lap lembut-lembut sahaja ya!

Untuk membersihkan keputihan pada anak anda, tidak cukup jika anda hanya mengelapnya sahaja. Ini adalah antara beberapa panduan untuk anda dalam membersihkan keputihan pada anak anda.

Stories Rakan Kongsi
Champs & NASOM Bekerjasama Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Autisme
Champs & NASOM Bekerjasama Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Autisme
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
  • Guna tisu basah yang tidak mengandungi alkohol: Jangan gunakan tisu basah yang tidak sesuai untuk bayi seperti tisu basah untuk membersihkan rumah ataupun untuk muka. Pastikan tisu basah anda juga tidak mengandungi sebarang unsur pewangi kerana dikhuatiri anak anda mempunyai kulit sensitif.
  • Tidak perlu sental atau terlalu bersihkan kawasan kemaluan bayi: Bayi mempunyai kulit yang sangat sensitif. Jangan terlalu obses untuk membersihkan kemaluan anak anda kerana takut-takut anda menyebabkan anak anda luka.
  • Jangan bersihkan kemaluan anak anda dengan sabun: Ini adalah antara perkara yang perlu anda titikberatkan! Jangan sesekali anda membersihkan kemaluan anak anda dengan sebarang sabun mahupun sabun pencuci vagina. Cukuplah anda bilas sahaja dengan menggunakan air suam. Penggunaan sabun akan menyebabkan iritasi pada kemaluan, gangguan keseimbangan pada vagina dan juga menyebabkan ruam pada bahagian lampin.
  • Gunakan kain untuk mengeringkan kemaluan: Selepas anda membersihkan  kawasan kemaluan anak anda, gunakan kain kering untuk membersihkan tetapi jangan terlalu mengelapnya. Cukuplah sekadar menepuk-nepuk bahagian tersebut dengan kain lembut.

Keputihan pada anak saya masih ada walaupun selepas 10 hari. Apa saya nak buat?

Jika keputihan pada anak anda bertukar menjadi kekuningan, mula mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan atau masih berlanjutan walaupun selepas tempoh yang ditetapkan. Bawa anak anda berjumpa doktor dengan kadar segera kerana anak anda mungkin mempunyai jangkitan pada vaginanya. 

Sumber: verywellfamily

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: Cara jaga kebersihan kemaluan bayi perempuan: Panduan lengkap buat ibu bapa

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nina Osman

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Terkejut dengan Keputihan Pada Anak? Ini Panduan Khas untuk Ibu Bapa
Kongsikan:
  • 9 Jenis Keputihan Yang Wanita WAJIB Tahu, Boleh Kesan Penyakit Serius Awal

    9 Jenis Keputihan Yang Wanita WAJIB Tahu, Boleh Kesan Penyakit Serius Awal

  • Masalah Keputihan Yang Banyak Pada Wanita, Apa Boleh Anda Buat Untuk Merawatnya?

    Masalah Keputihan Yang Banyak Pada Wanita, Apa Boleh Anda Buat Untuk Merawatnya?

app info
get app banner
  • 9 Jenis Keputihan Yang Wanita WAJIB Tahu, Boleh Kesan Penyakit Serius Awal

    9 Jenis Keputihan Yang Wanita WAJIB Tahu, Boleh Kesan Penyakit Serius Awal

  • Masalah Keputihan Yang Banyak Pada Wanita, Apa Boleh Anda Buat Untuk Merawatnya?

    Masalah Keputihan Yang Banyak Pada Wanita, Apa Boleh Anda Buat Untuk Merawatnya?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.