X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

2 orang disahkan maut lepas makan laksa beracun di Kedah!

11 Oct, 2018
2 orang disahkan maut lepas makan laksa beracun di Kedah!

Dua orang mati akibat keracunan makanan selepas makan laksa ini mendapat perhatian orang ramai. Ibu bapa perlu lebih berhati-hati untuk mengelak perkara ini.

Sebuah gerai di Alor Setar, Kedah semalam telah diarahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk ditutup kerana disyaki menjadi punca kes keracunan makanan hingga menyebabkan kematian!

Kes keracunan makanan: Dua orang mati akibat makan laksa

kes keracunan makanan, keracunan makanan, laksa beracun, laksa kebok, makan laksa, bahaya laksa,

Gambar: Sin Chew Daily

Bernama melaporkan Pengarah Kesihatan Kedah, Dr. Norhizan Ismail mengatakan sebanyak 10 kes keracunan makanan telah dilaporkan di Kedah sementara sembilan termasuk dua kematian dilaporkan di Perak.

Dua mangsa yang meninggal kerana keracunan makanan ini adalah seorang lelaki OKU berumur 28 tahun dari Kedah dan seorang wanita warga emas berusia 70 tahun dari Perak. Kedua-duanya dilaporkan makan laksa yang dibeli di kedai yang sama.

Bapa kepada mangsa dikatakan telah membeli laksa di gerai ini pada pukul 5.30 petang dan mangsa telah makan laksa tersebut pada pukul 9.30 malam 4 Oktober  yang lalu.

Pada 7 Oktober, dua mangsa keracunan makanan tersebut dimasukkan ke Hospital Gerik selepas makan laksa pada hari sebelumnya.

Laksa ini juga dibeli pada 4 Oktober 2018. Salah seorang dari mangsa ini adalah wanita berusia 70 tahun yang meninggal selepas dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.

Keluarga mangsa yang meninggal kerana kes keracunan makanan menceritakan pengalaman mereka 

Abdul Manan Abdul Hamid, bapa kepada mangsa 28 tahun yang meninggal Abdul Rahim Abdul Manan memberitahu Sinar Harian yang laksa tersebut adalah makanan kegemaran anaknya.

“Saya membeli tiga bungkus laksa dari gerai tersebut untuk keluarga saya… tapi kami mula mengalami cirit-birit yang luar biasa (selepas makan),” kata Abdul Manan.

kes keracunan makanan, keracunan makanan, laksa beracun, laksa kebok, makan laksa, bahaya laksa,

Sinar Harian

Dia menambah, tiga ahli keluarganya termasuk Abdul Rahim telah dimasukkan ke Hospital Gerik pada keesokan harinya. Abdul Rahim kemudiannya meninggal dunia pada hari yang sama.

Sinar Harian juga melaporkan yang anak kepada mangsa yang berusia 70 tahun ini tak menyangka yang dia akan kehilangan ibunya kerana laksa.

Norliza Shaari mendedahkan yang ibunya mengalami cirit-birit dan muntah-muntah pada 6 Oktober selepas makan laksa pada malam sebelumnya.

“Pada hari Sabtu (6 Oktober) saya dan ibu saya mula mengalami sakit perut, cirit-birit dan muntah-muntah pada pukul 1 pagi.” katanya pada Sinar Harian.

“Jika laksa beracun, kami mati dulu”

“Jika betul laksa kami beracun, saya dan keluarga dulu yang akan mati malah kami berniaga sudah 15 tahun. Cuma baru tiga tahun buka gerai depan rumah. Apa pun kami akan rasa dulu laksa sebelum dijual, sama ada masin, tawar atau sebaliknya,”  kata pemilik gerai Daud Ismail.

kes keracunan makanan, keracunan makanan, laksa beracun, laksa kebok, makan laksa, bahaya laksa,

China Press

Daud yang telah berniaga Laksa Kebok semenjak 2003 ini mengatakan yang laksanya dibuat setiap hari. China Press mengatakan yang keluarga Daud kesemuanya makan laksa setiap hari.

“Cucu saya yang berusia 11 bulan juga makan laksa ini, tak ada seorang pun ahli keluarga saya yang terkena keracunan makanan dari bulan lepas,” dia menambah.

Gerai dikatakan punca kes keracunan makanan diarahkan tutup

kes keracunan makanan, keracunan makanan, laksa beracun, laksa kebok, makan laksa, bahaya laksa,

Sin Chew Daily

Menteri kini menggesa sesiapa yang mempunyai simptom keracunan makanan selepas makan laksa di gerai tersebut untuk mendapatkan rawatan segera.

Gerai ini telah ditutup untuk sementara waktu sementara siasatan sedang dijalankan. Sampel makanan telah diambil untuk diperiksa.

Cara mencegah kes keracunan makanan

Mencegah adalah lebih baik dari merawat. Ini adalah beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk mencegah mendapat keracunan dari makanan.

  • Basuh tangan dengan bersih sebelum masak dan menyediakan makanan.
  • Basuh buah-buahan dan sayuran dengan lebih teliti 
  • Daging dan telur dimasak sempurna. Jika telah rosak, lebih baik buang dan jangan makan.
  • Panaskan makanan yang telah disimpan dalam peti sejuk dengan betul. 

Jika anda atau anak mengalami tanda-tanda keracunan yang serius seperti ini, segera ke hospital.

Tanda keracunan makanan yang serius

  • Menunjukkan tanda neurologi seperti kaku 
  • Demam melebihi 38 darjah dan tak dapat diredakan dengan acetaminophen. 
  • Darah dalam najis 
  • Cirit birit dan muntah secara berterusan 
  • Anak alami sakit di bahagian abdomen yang teruk dan tidak boleh mengambil sebarang cecair setiap 30 minit.
  • Anak elak minum hingga menyebabkan pengeluaran urin sedikit sekaligus dahaga melampau. 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Says, Berita Harian, Sinar Harian

Baca juga: 

Ibu Jangan Cepat Panik Bila Anak Keracunan Makanan, Ini Cara Merawatnya Di Rumah

Stories Rakan Kongsi
Building a Better Home: 7 Best Household Items You Need to Invest In
Building a Better Home: 7 Best Household Items You Need to Invest In
Victory is your child's to claim at the Spartan Kids Challenge!
Victory is your child's to claim at the Spartan Kids Challenge!
Anak-Anak Menderita Kerana Ciri Birit: Guna Cara Ini Untuk Melindungi Si Manja
Anak-Anak Menderita Kerana Ciri Birit: Guna Cara Ini Untuk Melindungi Si Manja
Sayangi Diri Anda! Ini 5 Tips Penjagaan Diri Untuk Ibu-ibu Yang Sibuk Bekerja & Menguruskan Keluarga
Sayangi Diri Anda! Ini 5 Tips Penjagaan Diri Untuk Ibu-ibu Yang Sibuk Bekerja & Menguruskan Keluarga

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nadia Ghafar

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • 2 orang disahkan maut lepas makan laksa beracun di Kedah!
Kongsikan:
  • Kenapa ‘Makan Untuk Dua Orang’ Tidak Bagus Semasa Mengandung

    Kenapa ‘Makan Untuk Dua Orang’ Tidak Bagus Semasa Mengandung

  • Selain Faktor Persekitaran, Anak Yang Cerewet Makan Juga Berpunca Oleh Genetik-Kajian

    Selain Faktor Persekitaran, Anak Yang Cerewet Makan Juga Berpunca Oleh Genetik-Kajian

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Kenapa ‘Makan Untuk Dua Orang’ Tidak Bagus Semasa Mengandung

    Kenapa ‘Makan Untuk Dua Orang’ Tidak Bagus Semasa Mengandung

  • Selain Faktor Persekitaran, Anak Yang Cerewet Makan Juga Berpunca Oleh Genetik-Kajian

    Selain Faktor Persekitaran, Anak Yang Cerewet Makan Juga Berpunca Oleh Genetik-Kajian

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.