Menjaga tahap kesihatan ibu mengandung adalah sangat penting kerana ada beberapa masalah kesihatan yang boleh menjejaskan kandungan anda, jika ia tidak dirawat sejak awal.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Jenis masalah kesihatan ibu mengandung yang sering terjadi
Sebab itu, bila sudah berbadan dua, anda disarankan untuk memberitahu doktor tentang sejarah perubatan atau penyakit yang anda alami supaya doktor boleh pantau sebaik mungkin seperti pengambilan ubat yang sesuai dan cara penjagaan yang sewajarnya.
Untuk tidak mahu menambah ketakutan anda saat membaca artikel ini, berikut adalah masalah kesihatan ibu mengandung yang boleh menjejaskan kandungan. Hati-hati ya!
Masalah kesihatan ibu mengandung yang boleh menjejaskan kandungan
#1. Gangguan kesihatan ibu mengandung- tiroid
Antara masalah kesihatan ibu mengandung yang boleh menjejaskan kandungan adalah masalah tiroid. Namun, doktor akan mencadangkan anda untuk mendapatkan rawatan thyroxin yang betul sebelum cuba untuk hamil.
Anda juga perlu menjalani beberapa ujian setiap bulan bagi memastikan tahap kesihatan dalam keadaan baik-baik saja.
#2. Masalah ibu mengandung- Asma
Kebanyakan ubat yang digunakan untuk merawat asma adalah selamat ketika hamil, tapi anda masih perlu berunding dengan doktor mengenai tahap kesihatan ibu mengadung itu.
#3. Kencing manis
Sekiranya ibu hamil mempunyai diabetes tahap 1 atau 2, kebarangkali untuk mengalami keguguran atau bayi dilahirkan dengan kelainan kongenital adalah sangat tinggi.
Seperti yang disebutkan sebelum ini, diabetes adalah penyakit kronik iaitu tahap gula dalam darah meningkat dalam badan dan ia berlaku disebabkan pankreas tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi sekaligus tidak dapat guna insulin yang dihasilkan itu.
#4. Sakit kepala (migrain)
Jika anda alami migrain, sebaiknya ambil ubat yang sesuai daripada doktor dan dilarang mengambil paracetamol atau sebarang suntikan yang membahayakan kandungan.
#5. Epilepsi
Apabila anda alami epilepsi atau sawan, kurangkan mengambil ubat anti-epilepsi atau dapatkan nasihat doktor dengan kadar segera.
Selain itu, pastikan anda mengambil asid folik dalam jumlah yang sepatutnya.
#6. Sindrom gangguan usus
Sindrom gangguan usus atau Irritable bowel syndrome adalah tahap kesihatan ibu mengandung yang paling dibimbangi kerana sesetengah ubat untuk merawatnya seperti alverine, mebeverine atau Ioperamide adalah tidak digalakkan semasa hamil.
Anda mungkin disarankan mengambil ubat alami seperti pudina atau teh adas.
#7. Lupus atau SLE
Penyakit lupus atau SLE ini merupakan penyakit kronik yang menyebabkan radang kulit atau sakit sendi.
Namun, beberapa rawatan boleh menjejaskan kehamilan jadi sebaiknya anda berunding dengan doktor untuk langkah seterusnya.
#8. Sukar membuang air besar & sembelit
Kebanyakan ibu mengandung cenderung mengalami masalah sukar membuang air besar atau sembelit terutamanya ketika berada di trimester pertama.
American Pregnancy menjelaskan sembelit atau konstipasi pada ibu hamil disebabkan oleh perubahan hormon dan tekanan dari rahim yang menekan usus.
Antara penyebab masalah sembelit ini adalah pengambilan suplemen zat besi dan kurang minum air. Jika masalah sukar buang air besar ini berterusan, ibu mungkin turut berisiko mengalami buasir.
Justeru sebaiknya dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu bagi mendapatkan rawatan yang tepat dan selamat bagi ibu mengandung. Cara lain bagi mengurangkan masalah ini ialah:
- Makan makanan yang mengandungi serat yang tinggi serat, seperti sayuran dan buah setiap hari
- Banyakkan minum air, paling sedikit 8 gelas air setiap hari
- Melakukan senaman ringan
#9. Masalah ketika mengandung- keputihan keluar dari vagina
Masalah keputihan adalah yang kerap terjadi dan hampir semua ibu mengandung mengalaminya. Masalah keputihan meningkat pada saat kehamilan bagi melindungi vagina dan rahim daripada jangkitan kuman.
Sepanjang berbadan dua, serviks atau leher rahim dan dinding vagina menjadi lebih lembut.
Menjelang akhir kehamilan, jumlah keputihan terus meningkat dan bertekstur lebih tebal dan mungkin terdapat tompokan darah. Ini merupakan tanda bahawa tubuh anda sudah mula bersedia untuk proses kelahiran bayi.
#10. Rasa gatal pada bahagian vagina
Bahagian vagina rasa gatal sewaktu mengandung adalah disebabkan oleh berlakunya peningkatan penghasilan cairan vagina akibat lonjakan hormone, yang menyebabkan iritasi pada kulit vulva.
Keadaan ini sekaligus memberikan kesan sampingan, ia membuatkan anda berasa tidak selesa dan mungkin rasa tertekan. Jika ini terjadi, segera lakukan pemeriksaan doktor kerana gejala ini boleh menjadi tanda sesuatu yang lebih serius seperti:
- Kutu pubis (pediculosis)
- Bacterial vaginosis (BV)
- Jangkitan kulat
Justeru anda dinasihatkan supaya menjaga bahagian intim ini agar sentiasa kering dan bersih. Kerap tukar seluar dalam beberapa kali sehari bagi mengatasi keputihan
Jika melakukan hubungan intim dengan pasangan, bersihkan vagina setelahnya, karena air mani dapat menyebabkan iritasi pada ibu hamil.
#11. Tekanan darah tinggi ketika mengandung
Masalah ini sering berlaku kerana biasanya tekanan darah menjadi berubah-ubah. Ia terjadi apabila darah tidak dapat mengalir dengan sempurna berpunca dari salur darah dalam uri tidak berkembang dengan sempurna.
Antara risiko akibat tekanan darah ini boleh menyebabkan pengaliran darah ke plasenta berkurang. Janin kurang mendapat nutrien dan oksigen. Ia berkemungkinan turut menyebabkan pertumbuhan bayi terencat, kurang berat semasa lahir atau kelahiran pramatang.
Bukan itu sahaja sekiranya ia berlaku di awal kehamilan terutamanya, preeklampsia boleh menyebabkan plasenta lekang atau tercabut dari dinding uterus. Ini boleh menyebabkan pendarahan yang teruk dan mengancam nyawa ibu serta bayi.
Justeru bagi ibu yang menghidap tekanan darah ketika sewaktu mengandung, anda perlulah hadirkan diri temujanji klinik prenatal sepanjang kehamilan. Selain itu makan ubat yang diberi oleh doktor mengikut dos dan waktu ditetapkan.
Semoga info ini bermanfaat.
Penulis asal Jasmine Yeo dan artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemah.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Air Ketuban Kering Ketika Mengandung 21 Minggu, Ibu Pasrah Ibu Tidak Boleh ‘Survive’
Baca juga: Ibu Mengandung Suka Makan Yang Masam-Masam, Ia Normal Tanda Janin Semakin Membesar
Baca juga: Ibu & Anak Sama-Sama Mengandung, Wanita Teruja Dapat Timang Anak & Adik Sekaligus!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!