Kehamilan boleh menjadi saat yang paling menggembirakan malah juga menakutkan buat kebanyakan wanita. Namun usah risau. Berita baiknya — anda tidak bersendirian melalui fasa ketakutan saat hamil ini.
Menurut tinjauan pada tahun 2015, seramai 130 orang ibu hamil di Malaysia dan Singapura telah disoal tentang ketakutan saat hamil. Dan hasilnya, ini antara 4 ketakutan saat hamil yang paling dirasai oleh kebanyakan wanita:
4 ketakutan saat hamil yang dialami oleh di Asia
1) Ketakutan saat hamil: Bayi saya akan mengalami beberapa jenis cacat kelahiran – 48%
Ketakutan terbesar ibu hamil adalah memikirkan sekiranya bayi mereka mengalami kecacatan kelahiran terutama apabila membaca berita bayi yang dilahirkan cacat hingga ibu hamil risau jika bayi mereka juga berkeadaan sedemikian.
2) Ketakutan saat hamil: Keguguran – 13%
” Saya sangat bimbang jika mengalami keguguran atau bayi meninggal ketika dilahirkan. Masa itu, tiada apa yang dapat dilakukan meskipun saya telah mengambil makanan yang berkhasiat!”
3) Ketakutan saat hamil: Proses bersalin dan kontrasi yang menyakitkan – 11%
“Dalam kehamilan pertama dahulu, saya takut apabila mengalami sakit kontraksi yang teruk. Bukan itu sahaja, saya juga seram bila tengok jarum di wad bersalin”.
4) Ketakutan saat hamil: Bayi terbelit tali pusat – 10.4%
“Risau jika bayi terbelit tali pusat kerana kini bayi semakin aktif bergerak dari dalam perut”
Lain-lain ketakutan yang dibimbangi wanita Asia ketika hamil
- Melahirkan bayi pramatang
- Berat badan tidak akan turun selepas bersalin
- Suami curang semasa hamil
- Saya mungkin tidak boleh menjadi ibu yang terbaik.
- Saya makan sesuatu yang membahayakan bayi dalam kandungan
- Saya tidak boleh galas tanggungjawab baru sebagai ibu
- Saya meninggal semasa proses kelahiran.
- Saya mungkin terkencing di dalam seluar tanpa saya menyedarinya dan itu membuatkan saya malu dengan orang sekeliling.
Kesan jika ibu takut melampau semasa hamil
Ketakutan saat hamil adalah perkara biasa yang sering membelenggu ibu hamil meskipun anda punya pengalaman mengandung sebelum ini.
Walau bagaimanapun, pakar bersetuju kebimbangan ini boleh menyebabkan lebih banyak kemudaratan berbanding kebaikan.
Menurut Dr Wendy Teo, Pakar Perunding Obstetrik dan Sakit Puan Hospital Mount Elizabeth Novena, kebimbangan yang berterusan dan tekanan semasa hamil boleh memberi kesan negatif pada kesihatan ibu.
Ibu berisiko menghadapi kemurungan sebelum dan selepas bersalin, hipertensi dan juga diabetes ketika hamil. Tahap tekanan yang tinggi menyebabkan imuniti ibu merosot dan risiko jatuh sakit lebih kerap!
Bukan itu saja, bayi juga turut terkena tempias yang sama dek kerana kebimbangan ibu, seperti:
- Bayi mugkin mempunyai masalah aliran darah dan oksigen.
- Risiko imuniti menurun sekaligus memudahkan jangkitan
- Risiko penyakit paru-paru, perkembangan terlewat dan masalah pembelajaran.
- Bayi juga cenderung alami penyakit kronik seperti hipertensi dan diabetes bila dewasa.
- Sesetengah kajian juga percaya sikap bayi mungkin dipengaruhi oleh tekanan ibu.
Cara mengatasi ketakutan saat hamil, jom ibu amalkan!
- Kongsi kebimbangan anda dengan pasangan,teman rapat atau rakan sekerja.
- Menghadiri kelas antanal jika ketakutan anda semakin meruncing.
- Banyakkan masa berehat.
- Berjumpa doktor bagi mengetahui sekiranya anda mengalami masalah kemurungan.
- Manjakan diri dengan berkunjung ke spa, mengurut badan atau buat sebarang aktiviti yang anda suka.
- Jaga pemakanan dan minum banyak air supaya kekal hidrat.
- Buat senaman ringan yang sesuai untuk ibu hamil.
Ingatlah ibu, anda harus tetap kuat mengharungi sembilan bulan kehamilan itu dan laluinya dengan penuh rasa syukur.
Apabila bersalin nanti ,wajah anak itu tentunya akan membuatkan segala kebimbangan anda selama ini hilang. Sebaiknya berdoa dan memohon supaya segala perjalanan kehamilan dan melahirkan dipermudahkan oleh yang Maha Esa. Insyaallah.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber : Artikel asal ditulis oleh Roshni Mahtani dan mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemah.
Baca juga:
https://my.theasianparent.comemosi-ibu-mengandung/