10 Manfaat Buah Kiwi Untuk Ibu Hamil Dan Bayi Dalam Kandungan

lead image

Buah kiwi untuk ibu hamil memiliki manfaat 1)Kaya Asid Folik, 2) Sumber Vitamin C & Vitamin K, 3) Seimbangkan Hormon, 4) Melancarkan Pencernaaan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tahukah anda terdapat banyak khasiat buah kiwi untuk ibu hamil yang bagus diamalkan sepanjang sembilan bulan kandungan? Salah satunya adalah ia dapat mengurangkan rasa ketidakselesaan ketika mengandung!

Kiwi juga turut dikenali sebagai gooseberry Cina dengan rasa yang manis dan menyegarkan. Bahkan ia mempunyai banyak khasiat penting yang amat diperlukan ibu hamil. 

Manfaat Buah Kiwi Untuk Ibu Hamil

Berikut beberapa manfaat buah kiwi untuk ibu hamil:

1. Kaya Asid Folik

Buah kiwi untuk ibu hamil kaya dengan asid folik yang berfungsi untuk pembentukan sel dan membantu perkembangan janin dalam kandungan. Selain itu, ia juga merangsang pemeliharaan sel termasuk ketika mengandung bagi memastikan perkembangan organ.

Jika jumlah asid folat yang diambil cukup, ia dapat mencegah kecacatan kelahiran seperti spina bifida iaitu keadaan apabila sumsum tulang belakang tidak berkembang sepenuhnya. Asid folat dalam buah kiwi juga dapat mencegah keguguran. 

2. Sumber Vitamin C dan Vitamin K 

Buah kiwi untuk ibu hamil merupakan sumber Vitamin C dan K yang baik untuk tubuh. Buah yang memiliki biji halus ini juga mengandungi 140 % Vitamin C yang diperlukan seharian.  Tidak hairanlah dengan makan buah kiwi, ia dapat membantu lawan infeksi, membentuk neurotransmitter, bagus untuk fungsi otak dan mengurangi bekas selulit.

Dalam masa yang sama buah ini juga mempunyai sumber Vitamin K yang memainkan peranan penting membentuk darah bagi ibu hamil, memperbaiki luka dan mempertahankan tulang yang kuat.

3. Seimbangkan HormonS

Ketika hamil, hormon turut menjejaskan perubahan emosi hingga merasa sedikit tegang, stres dan letih. Jadi dengan makan buah kiwi dapat mengembalikan semula keseimbangan hormon anda. 

4. Melancarkan Pencernaan 

Pasti ada ibu hamil yang mengalami sembelit ketika mengandung kan? Pasti kondisi ini membuatkan tubuh rasa tidak selesa tapi dengan makan buah kiwi ia dapat mencegah masalah sembelit ini kerana ia kaya dengan probiotik yang membantu sistem pencernaan. 

5. Mengandungi Gula Semulajadi

Buah kiwi untuk ibu hamil membantu mengawal rasa mengidam terhadap makanan manis kerana ia kaya dengan gula alami yang bagus untuk tubuh. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dengan gula yang rendah, buah kiwi tidak menyebabkan lonjakan insulin yang tinggi sekaligus mencegah diabetes gestasional selama kehamilan. 

6. Menguatkan Sistem Kekebalan Tubuh 

Selain itu, kiwi untuk ibu hamil juga kaya dengan sumber antioksidan yang membantu melindungi RNA dan DNA janin dari rosak termasuk mencegah radikal bebas dan melindungi sel. Setelah mengetahui manfaat ini maka tidak salah anda mengambil buah kiwi ketika hamil. Jadi, jangan lupa kongsikan artikel ini dengan rakan anda yang lain.

7. Menjaga Keseimbangan Elektrolit

Kiwi mengandungi kalium, yang penting untuk menjaga keseimbangan cecair dan elektrolit dalam tubuh, membantu mengurangkan risiko kekejangan otot.

8. Meningkatkan Tenaga

Kiwi mengandungi karbohidrat yang boleh memberikan dorongan tenaga semula jadi, membantu mengatasi keletihan yang sering berlaku semasa kehamilan.

9. Membantu Penyerapan Zat Besi

Vitamin C dalam kiwi boleh meningkatkan penyerapan zat besi dari makanan, yang penting untuk mencegah anemia semasa kehamilan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

10. Mempunyai Kesan Anti-Radang

Kiwi mempunyai sifat anti-radang yang boleh membantu mengurangkan keradangan dalam tubuh dan menyokong kesihatan secara keseluruhan.

Cara Makan Buah Kiwi Untuk Ibu Hamil

Ada beberapa cara makan buah kiwi untuk ibu hamil agar anda dapat menikmatinya:

1. Makan Segar (Terus Kupas dan Makan)

Basuh buah kiwi dengan bersih. Kupas kulitnya atau belah dua dan sudu isinya. Makan begitu saja — rasa manis masam yang segar memang ‘ngam’!

2. Buat Jus atau Smoothie

Potong kiwi dan campur dengan susu, yogurt, atau buah-buahan lain. Kisar hingga halus — jadi minuman sihat penuh khasiat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Tambah Dalam Salad

Potong kiwi dan campur dengan salad buah atau sayur. Kombinasi kiwi dengan epal, strawberi, dan sedikit madu memang menyegarkan.

4. Topping Yogurt atau Oat

Hiriskan kiwi nipis dan tabur atas yogurt Greek atau overnight oats. Tambah sedikit chia seed atau granola — jadi sarapan sihat dan mengenyangkan.

5. Jadikan Kiwi Popsicle (Aiskrim Sihat)

Kisar kiwi dengan sedikit air dan madu. Tuang dalam acuan aiskrim dan bekukan. Jadikan buah kiwi sebagai snek sejuk yang menyegarkan, terutamanya kalau ibu rasa loya.

6. Makan Dengan Kulit (Optional)

Kalau nak lebih serat, boleh makan kiwi bersama kulitnya — pastikan basuh bersih! Potong nipis supaya tekstur kulit tak terlalu ketara.

Kesan Sampingan Pengambilan Berlebihan

Meskipun memiliki khasiat dan manfaat untuk ibu hamil, pengambilan buah kiwi secara berlebihan boleh menimbulkan beberapa kesan sampingan berikut:

1. Masalah Pencernaan

Pengambilan kiwi dalam jumlah yang berlebihan boleh menyebabkan masalah pencernaan seperti cirit-birit, perut kembung, atau gas kerana kandungan serat dan enzimnya yang tinggi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Reaksi Alahan

Walaupun jarang berlaku, sesetengah orang mungkin mengalami reaksi alergi terhadap kiwi, yang boleh menyebabkan gejala seperti gatal-gatal, bengkak, atau ruam kulit. Dalam kes yang lebih teruk, ia boleh menyebabkan reaksi anafilaksis.

3. Asid Refluks

Kiwi mempunyai tahap keasidan yang tinggi. Pengambilan berlebihan boleh menyebabkan asid refluks atau pedih ulu hati, terutama bagi mereka yang mempunyai masalah gastrik dan sedang hamil.

4. Masalah Pada Gigi

Kandungan asid dalam kiwi boleh menyebabkan masalah pada enamel gigi jika dimakan dalam jumlah yang berlebihan. Ini boleh menyebabkan gigi menjadi lebih sensitif atau mudah rosak.

5. Gangguan Tidur

Buah kiwi mengandungi serotonin, yang boleh mempengaruhi tidur. Pengambilan berlebihan, terutama sebelum tidur, mungkin mempengaruhi pola tidur anda.

Sumber: Penulis asal Fadhila Afifah dan artikel ini medapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah. 

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Cara Cuci Buah Avocado Tentukan Khasiatnya Pada Bayi, Jangan Salah Cuci Ibu!

Baca juga: Jenis Buah-Buahan Terbaik Untuk Ibu Mengandung Dan Bayi Dalam Kandungan

Baca juga:  16 Buah Terbaik Untuk Ibu Hamil, Bantu Perkembangan Bayi Yang Sihat & Tinggi Asid Folic

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan