Khasiat Bunga Cengkih Boleh Hapuskan Covid-19? Jangan Terus Percaya, Ini Penjelasan Pakar

Mungkin ramai yang belum tahu khasiat bunga cengkih ini. Ia dikatakan mampu melegakan penyakit seperti batuk dan selsema.

Khasiat bunga cengkih memang banyak terutama dalam mengurangkan keradangan. Bunga cengkih merupakan bunga yang berasal dari pohon cengkih yang tumbuh di kawasan tropika. Selain digunakan sebagai rempah dalam masakan, ia juga memiliki manfaat yang mengagumkan untuk kesihatan manusia.

Sewaktu pandemik Covid-19 melanda satu dunia, kecoh di media sosial mengatakan yang bunga cengkih dapat mencegah dan merawat penyakit itu. Setakat ini tiada lagi ujian klinikal yang dilakukan atau terbukti mengatakan yang cengkih adalah penawar untuk Covid-19, namun tidak disangkal yang rempah ratus ini yang digunakan dalam masakan memang ada khasiatnya yang tersendiri.

Jadi tidak hairanlah jika khasiat bunga cengkih ini boleh membantu mengurangkan keradangan kepada manusia.

Bunga Cengkih Baik Untuk Kurangkan Keradangan

Menurut Dr Ahmad Samhan, bunga cengkih, atau cloves adalah rempah ratus yang biasa kita gunakan dalam masakan.

Cengkih mengandungi Eugenol merencat enzim 5- lipoxygenase. Enzim ini bertanggungjawab dalam penghasilan leukotrienes yang merupakan mediator pelbagai penyakit berkaitan keradangan.

Ini bermakna wap air dari bunga cengkih sangat bagus untuk mengurangkan keradangan dan melegakan simptom seperti batuk, sakit tekak dan selsema.

Vitamin Penting Dalam Bunga Cengkih

Bunga cengkih sarat dengan vitamin dan mineral penting. Satu sudu teh bunga cengkih mengandungi:

  • Kalori: 6
  • Karbohidrat: 1.5 gram
  • Serat: 0.6 gram
  • Manganes: 55% Daily Value (DV)
  • Vitamin K: 1% DV
  • Vitamin C: 1% DV

Bunga cengkih bukanlah sumber yang signifikan akan makronutrien seperti protein dan lemak, tetapi kandungan mikronutriennya cukup mengagumkan menjadikannya cukup bernilai untuk ditambah ke dalam diet harian.

Cara Menggunakan Bunga Cengkih

Masukkan bunga cengkih ke dalam diet harian anda adalah mudah dan ia boleh dilakukan dalam pelbagai cara:

  1. Tambah kick ke dalam masakan anda: Cengkih adalah rempah biasa ditemui di dalam banyak masakan. Tambah ia ke dalam kari, stew, sup, dan hidangan nasi untuk rasa hangat dan beraroma.
  2. Membuat kek: Ia boleh digunakan di dalam pembuatan kek, terutama sekali di dalam resepi kek, biskut dan roti.
  3. Teh: Teh cengkih adalah satu minuman yang cukup kaya rasa dan melegakan. Hanya tambah beberapa biji bunga cengkih ke dalam air panas dan biarkan ia selama beberapa minit.
  4. Air infused: Tambah satu atau dua biji bunga cengkih ke dalam botol air untuk rasa yang sedikit subtle dan menyegarkan.
  5. Minyak bunga cengkih: Ia boleh dicairkan dan digunakan untuk menarik minyak, satu amalan penjagaan oral tradisional. Ia juga digunakan sebagai remedi topikal untuk melegakan kesakitan.
  6. Remedi herba: Cengkih selalunya dimasukkan ke dalam remedi herba, tinctures, dan suplemen untuk tujuan kesihatan.

Amaran:

Sememangnya bunga cengkih menawarkan banyak manfaat kesihatan, tetapi ia juga penting untuk menggunakannya pada kadar sederhana. Mengambil cengkih atau minyak cengkih secara berlebihan boleh membawa kepada masalah ketidakselesaan perut, ulser mulut, dan kesan sampingan lain.

Khasiat bunga cengkih untuk ibu hamil (juga terpakai untuk semua golongan)

Ketika hamil, ada sesetengah ubat yang perlu dielak jika ibu alami keradangan jadi mungkin boleh ikhtiar gunakan bunga cengkih untuk meredakan keradangan:

1. Bunga cengkih kaya antioksidan

Bunga cengkih mengandungi vitamin dan mineral yang penting untuk kesihatan tubuh badan, malah cengkih juga kaya dengan antioksidan.

Antioksidan dapat mengurangkan tekanan oksidatif. Tekanan oksidatif ini berpunca daripada radikal bebas seperti proses metabolik tubuh badan, asap rokok, melakukan senaman, pencemaran udara, penggunaan dadah dan racun perosak serta terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari.

2. Cegah keracunan makanan

Cengkih didapati mempunyai ciri-ciri antimikroorganisma, dimana ianya mampu menghentikan pembiakan mikroorganisma seperti bakteria.

Kajian tabung uji menunjukkan minyak cengkih mampu membunuh bakteria yang seperti E.Coli. iaitu sejenis bakteria yang bertanggungjawab menyebabkan keracunan makanan.

3. Bunga cengkih bantu jaga kesihatan mulut

Ibu hamil antara golongan yang mempunyai kesihatan mulut yang sensitif. Jadi khasiat rempah ratus ini mungkin boleh membantu anda.

Selain itu, cengkih juga mampu menjaga kesihatan gusi. Dalam kajian menyatakan ekstrak cengkih mampu membunuh bakteria yang menyebabkan penyakit gusi.

Kajian lain yang menyatakan cucian mulut yang mengandungi cengkih, minyak pokok teh dan selasih mampu memberikan perubahan positif kepada kesihatan gusi selepas 21 hari penggunaannya.

Ia termasuk juga pengawalan plak dan bakteria di dalam mulut. Dengan gabungan memberus gigi secara kerap dan mengamalkan kebersihan mulut yang betul, kesan aktibakteria daripada cengkih mampu memberikan kebaikan kepada kesihatan mulut.

4. Kawal gula dalam darah

Paling takut adalah jika ada GDM ketika hamil. Pengambilan cengkih juga mampu menjaga paras gula dalam darah agar dalam keadaan terkawal.

Kajian mendapati cengkih dan komponen nigericin yang terdapat di dalam cengkih mampu meningkatkan penggambilan gula dari darah kepada sel. Ia juga dapat meningkatkan rembesan insulin dan membaiki fungsi sel untuk membuat insulin.

Insulin ialah sejenis hormon yang bertanggungjawab di dalam membawa gula daripada darah kepada sel. Fungsi insulin yang baik akan membantu mengawal kenaikan paras gula. 

Jadi ibu hamil yang khuatir paras gula dalam darah boleh amalkan cengkih dalam diet anda. 

5. Jaga kesihatan tulang

Ibu mengandung yang tidak cukup kalsium sering alami masalah gigi rapuh dan sebagainya kerana kalsium diserap olehbayi. Cengkih di dapati mampu memelihara jisim tulang di dalam kajian haiwan dengan meningkatkan ketumpatan dan kekuatan tulang.

Manganese yang terdapat di dalam cengkih adalah mineral yang terlibat dalam pembuatan tulang dan ianya amat penting dalam kesihatan tulang.

Meskipun bunga cengkih memiliki banyak manfaat kesihatan, penting untuk anda menggunakannya dengan bijak dan dalam jumlah yang berpada. Pengambilannya secara berlebihan boleh menyebabkan kesan sampingan, seperti iritasi saluran pencernaan atau masalah pada perut.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Jenis Herba Yang Elok Untuk Ibu Berpantang, Bantu Pulihkan Dalaman Lepas Bersalin

Baca juga: Boleh Rawat Kesihatan Wanita Dengan Kacip Fatimah? Ini Rupanya Khasiat Kacip Fatimah Yang Kita Tidak Tahu

Baca juga: Ibu Ingin Perkenalkan Rempah Ratus Kepada Bayi? Ketahui Usia Yang Sesuai & Jenis-Jenis Rempah Berkhasiat

Penulis

Farhana Fuad