Khasiat Chia Seed Sangat Baik Untuk Ibu Hamil Yang Sembelit, Cubalah!

Bila hamil antara masalah yang sering berlaku adalah ibu hamil diserang sembelit!Siksanya nak buat air besar. Jadi khasiat chia seed amat membantu!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika disahkan GDM atau kencing manis pada ibu hamil, pasti akan mendatangkan kerisauan kepada golongan ini. Mulalah tercari-cari makanan yang boleh kurangkan atau elak GDM. Kali ini kami kongsikan khasiat chia seed untuk ibu mengandung.

Chia seed adalah makanan yang biasa diambil oleh mereka yang sedang menjalani diet. Oleh kerana mengandungi kandungan karbohidrat rendah tetapi mengenyangkan, ia antara makanan yang menjadi pilihan mereka yang sedang diet.

Jadi jika ia makanan sihat, sudah pasti sangat bermanfaat untuk ibu hamil. Ikuti perkongsian ini supaya anda boleh menjalani kehamilan lebih sihat!

Khasiat chia seed sangat bagus untuk ibu hamil

kredit: thepioneerwoman

Ramai juga yang tersalah anggap bahawa chia seed itu sama sahaja seperti Basil Seed (Selasih).

Hakikatnya kedua-dua jenis bijirin ini jauh berbeza daripada segi kandungan khasiat. Chia Seed mempunyai kelebihan yang pelbagai. Maka tidak hairanlah ia digelar super food. 

Chia seed merupakan sejenis bijirin yang mempunyai banyak kelebihan iaitu kaya dengan protein, kalsium, serat, anti-oksida, vitamin, dan Omega 3 dan 6.

Hanya dengan mengambil 1-2 sudu besar sehari (maksimum 30gram sehari) dah cukup untuk keperluan harian, tak perlu berlebihan. Yang penting ia adalah bijian semulajadi yang tidak melalui apa-apa proses.

Chia seed berasal daripada negara Amerika Tengah seperti Mexico, Bolivia dan Guetamala dan biji selasih daripada India dan negara-negara Mediterranean.

Manfaat ibu hamil mengambil chia seed

Disebabkan khasiat yang dimilikinya, chia seed amat berkhasiat untuk diambil oleh ibu hamil. Antara manfaatnya termasuklah: 

#1. Kandungan nutrien tinggi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam 28 gram chia seed, terdapat pelbagai khasiat iaitu serat (fiber), protein, lemak, kalsium, mangan, magnesium, fosforus, zink, vitamin B3, potassium, Omega 3, Vitamin B1 dan Vitamin B2.

Analisis kandungan chia seed menunjukkan kandungan karbohidrat yang rendah (3.4%) dan tinggi protein (18.9%) serta lipid (31.2%).

Malah, chia seed mengandungi omega-3 (31.2%) dan omega-6 (5.2%), iaitu nutrien penting yang diperlukan tubuh yang hanya boleh diperolehi daripada makanan.

Jadi ibu hamil yang sering dikaitkan dengan masalah sembelit boleh cuba makan chia seed sebab ia tinggi kandungan serat yang membantu penghadaman ibu hamil.

#2. Tinggi antioksidan

Chia seed mengandungi banyak antioksidan yang menentang tanda penuaan dan kanser.

Berdasarkan kajian lepas, chia seed mengandungi sebatian antioksidan yang terdiri daripada sebatian fenolik dan flavonoid. Khususnya, chia seed mengandungi asid rosmarinik (0.927 mg/g), asid protocatechuic (0.747 mg/g), asid kafeik (0.027 mg/g) dan asid galik (0.012 mg/g).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Bagus untuk penghadaman

Kredit: anitapedia

Chia seed merupakan makanan rendah karbohidrat. Ia kaya dengan serat sebanyak 35%. Di samping itu, kandungan serat dalam chia seed adalah lebih banyak berbanding makanan lain seperti quinoa dan jagung.

Bakteria ‘baik’ dalam usus juga mendapat kebaikan daripada serat yang berada di dalam chia seed. Jadi ibu mengandung sesuai untuk mengambilnya kerana ada yang sering diserang sembelit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Tinggi protein

Kredit: haibunda

Kandungan protein dalam chia seed adalah tinggi dan dikatakan lebih tinggi berbanding kebanyakan tumbuhan lain. Protein adalah amat penting untuk pertumbuhan janin dalam kandungan. 

Jadi chia seed adalah salah satu makanan tambahan yang amat sesuai untuk ibu hamil amalkan sepanjang kehamilan dan selepas bersalin.

#5. Tinggi kalsium

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Chia seed mengandungi nutrien yang bagus bagi mereka yang ingin mengamalkan diet sihat.

Disebabkan kaya dengan kalsium (455 mg/100 g), fosforus (585 mg/100 g), magnesium (340 mg/100 g) dan protein, maka chia seed diakui bagus untuk kesihatan tulang.

Ini merupakan berita baik bagi mereka yang tidak suka minum susu! Malah, kepekatan kalsium dalam chia seed adalah lebih tinggi daripada susu.

Bagi ibu hamil yang sering tak lalu dan rasa mual untuk minu, susu, chia seed mungkin alternatif yang boleh digunakan.

#6. Kawal gula dan tekanan darah

Kajian awal menunjukkan bahawa pesakit diabetes mendapat manfaat daripada chia seed. Ini termasuk tekanan darah menurun dan penurunan gula dalam darah.

Selain itu, kajian dalam kalangan dewasa yang mempunyai masalah hipertensi atau tekanan darah tinggi yang mengambil 35g/hari chia seed selama 12 minggu, menunjukkan penurunan tekanan darah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi ibu hamil yang ada GDM mungkin boleh cuba chia seed untuk kurangkan kandungan gula dalam darah

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: bidadari

Kredit foto: klikdokter, marudhah

Baca juga: Ibu Jangan Panik Jika Disahkan GDM Ketika Hamil, Doktor Saran Buat 4 Perkara Ini!

Penulis

Lala Annuar