Jaga-Jaga Minum Teh Hijau Ketika Hamil, Ia Boleh Sebabkan Bayi Anda Kekurangan Nutrien

Khasiat teh hijau memang banyak. Tetapi jika salah cara pengambilannya, ia boleh bahayakan ibu hamil dan kandungannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Banyak yang mengatakan khasiat teh hijau sangat baik untuk tubuh badan manusia kerana ia kaya dengan antioksidan. Namun adakah teh ini sesuai untuk ibu hamil?

Disebabkan ia mempunyai kadar antioksidan yang tinggi, teh hijau boleh membantu mencegah kerosakan sel dan melindungi anda daripada penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan diabetes.

Jadi, secara umumnya, minuman ini boleh memberikan beberapa manfaat. Tetapi, adakah ia selamat untuk wanita hamil? Ada baiknya anda baca lebih lanjut artikel ini untuk mendapat lebih kefahaman mengenai teh hijau. 

Khasiat Teh Hijau Kepada Tubuh

Selain daripada apa yang telah disebutkan di atas dan hakikat bahawa rasanya yang enak, khasiat teh hijau yang sarat dengan anti-oksidan ini mempunyai banyak faedah, termasuk :

  • Fungsi otak yang lebih baik
  • Tindak balas dan kewaspadaan yang lebih baik
  • Penurunan berat badan
  • Perlindungan terhadap kanser – beberapa daripadanya adalah kanser payudara,kanser prostat, dan kanser kolorektal 
  • Menguatkan sistem imun
  • Menurunkan risiko demensia
  • Perlindungan terhadap bakteria mulut
  • Mengurangkan nafas berbau
  • Jangka hayat yang lebih baik

Senarai panjang khasiat teh hijau ini sudah cukup untuk membuat orang ramai mendapatkan bekalan teh hijau mereka. Tetapi persoalannya, adakah teh hijau selamat semasa kehamilan? Berikut adalah risikonya :

Risiko Minum Teh Hijau Semasa Hamil

#1. Ia adalah penyerap asid folik

Teh hijau diketahui dapat mengurangkan asid folik yang diserap oleh badan anda. Asid folik ialah nutrien penting yang perlu diambil oleh wanita hamil untuk mengelakkan bayi mereka daripada mengalami kecacatan tiub saraf (contoh spina bifida).

Kajian menunjukkan bahawa minum teh hijau pada masa bayi dalam kandungan membawa kepada risiko yang lebih tinggi untuk kanak-kanak mendapat kecacatan tiub saraf. Jadi, jika ia akan menyerap semua asid folik yang anda makan, lebih baik jika anda memantau berapa banyak yang anda minum.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Ia masih kafein

Ya, teh hijau mempunyai banyak manfaat. Namun, ia masih ada kafein dan disebabkan inilah menyebabkan wanita hamil perlu lebih berhati-hati dengan jumlah yang mereka minum. 

Kesan teh hijau semasa mengandung boleh membawa kepada beberapa kebimbangan. Bayi sebagai contoh, mengambil masa yang lebih lama untuk meneutralkan kafein.

Selain itu, minum minuman yang berkafein tinggi boleh menyebabkan keguguran, kelahiran mati, kelahiran pramatang, berat lahir rendah dan leukemia akut kanak-kanak.

#3. Penyekat zat besi

Hampir seperti cara teh lain berfungsi, teh hijau boleh menyukarkan anda untuk menyerap zat besi daripada makanan bukan daging. Jadi, jika anda akan makan stik atau tuna, lebih baik jika anda memilih air kosong daripada teh hijau.

Jangan Melebihi Had Pengambilan

Setelah anda mengetahui tentang risiko minum teh hijau, adakah anda perlu membuangnya daripada diet anda? Jawapannya adalah tidak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ramai doktor mengatakan bahawa minum teh hijau semasa mengandung adalah selamat selagi anda mengambil kira jumlah kafein yang anda ambil setiap hari. Nombor yang selamat ialah satu hingga dua cawan teh hijau.

Jika anda benar-benar tidak dapat menahan diri daripada mengambil secawan lagi, maka anda perlu mengawal pengambilan sumber kafein lain dalam sehari. Lebih daripada 200mg kafein tidak disyorkan.

Jika anda ingin mengambilnya juga, banyak langkah berjaga-jaga perlu diambil. Antaranya anda boleh cuba merendam teh anda selama 30 saat, kemudian keluarkan air dan tambah air sekali lagi. Langkah tambahan ini mengurangkan jumlah kafein dalam teh hijau anda.

Apa Alternatif Yang Boleh Dicuba Wanita Hamil

Anda juga boleh memilih untuk tidak minum teh hijau sama sekali. Jadi, daripada mengambil minuman yang terkenal menyihatkan ini, anda boleh mengambil mana-mana minuman berikut:

#1. Air kosong

Apabila ragu-ragu, minum air kosong. Air kosong memastikan semua nutrien yang datang daripada makanan anda diedarkan ke seluruh badan anda dan yang paling penting untuk bayi anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Minum banyak air kosong juga memastikan anda menjauhi lebih lebih banyak kalori dan gula. semakin positif untuk anda mencapai sasaran berat kehamilan anda.

Selain itu, kurang gula bermakna lebih sedikit peluang untuk mendapat diabetes semasa mengandung dan air kosong tidak semestinya membosankan. Anda boleh menambah beberapa hirisan timun atau limau jika anda sudah bosan dengan rasa air kosong.

#2. Susu

Kita semua tahu susu baik untuk bayi. Jadi, jika ia baik untuk bayi, ia juga baik untuk ibu-ibu. Untuk seorang ibu memerlukan kira-kira 1000mg kalsium setiap hari dan tiada perkara lain yang lebih mudah untuk memenuhi keperluan itu selain daripada susu. 

Dengan meneguk segelas susu sepanjang hari, anda boleh membantu menguatkan pembentukan tulang dan gigi bayi anda. Kalsium juga membantu mengekalkan peredaran darah, otot, dan saraf anda. Susu juga merupakan protein yang membantu dalam menyokong tumbesaran bayi anda. 

#3. Teh halia

Adakah anda terdedah kepada masalah perut? atau adakah anda selalu mengalami loya? Teh halia mungkin penyelesaian terbaik untuk anda.

Gejala kehamilan yang biasa ini boleh dihilangkan dengan secawan teh halia yang lazat. Cara terbaik untuk mengambilnya ialah dengan membuatnya sendiri malah itu adalah cara paling selamat.

Apa yang perlu anda lakukan ialah mendidihkan sedikit air dan masukkan beberapa halia yang baharu dihiris ke dalamnya. Menurut Healthline, wanita hamil boleh mengambil sehingga 4 cawan (950ml) teh halia sehari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Smoothie buah & sayuran

Bukan sahaja sihat, malah ia adalah penyelesaian pintar untuk ibu hamil yang cerewet di luar sana yang tidak boleh mengambil sayur-sayuran mereka secara sukarela seperti wanita hamil yang lain lakukan.

Satu-satunya yang perlu diambil perhatian apabila anda membuat smoothie ialah paras gula. Jadi, daripada menambah gula ke dalam minuman anda, gunakan air kosong, susu atau yogurt. 

Ada baiknya anda buat sendiri di rumah bagi mengelakkan sebarang gula tambahan pada minuman anda nanti yang boleh mengundang kepada mendapat diabetes ketika hamil. 

  1. healthline.com (2021, Julai 28) Can I Drink Green Tea While Pregnant? www.healthline.com/health/pregnancy/green-tea-while-pregnant

Artikel ini mendapat kebenaran daripada theAsianparent Singapura untuk diterjemahkan. 

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Awas! Minum Alkohol Masa Hamil Berisiko Sebabkan Kecacatan & Kematian Janin

Baca juga : 5 Makanan Mengejutkan Yang Patut Dielakkan Apabila Hamil

Baca juga : 10 Makanan Yang Boleh MELEMAHKAN Kandungan, Ibu Hamil Sebolehnya Elakkan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nur Syazwani