Kolagen ialah sejenis protein yang membentuk fizikal manusia seperti rambut, kulit, tulang, otot, sendi dan sebagainya. Supplement untuk kulit adalah penting dalam memastikan kulit sentiasa sihat mulus remaja lebih lama.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, 1/3 daripada tubuh badan manusia sendiri adalah kolagen. Secara umumnya, terdapat 28 jenis kolagen yang diketahui dan 90% daripada badan manusia dirangkumi oleh kolagen Type 1.
Badan manusia boleh menghasilkan kolagen sendiri tetapi, apabila usia seseorang itu meningkat, badan tidak lagi dapat menghasilkan jumlah seperti asal. Dengan kekurangan kandungan kolagen dalam badan, proses penuaan seperti kulit berkedut, bergaris dan kendur, rambut gugur dan masalah tulang tidak kuat akan berlaku dengan lebih cepat.
Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Kolagen
Pengambilan makanan yang tinggi dengan kolagen seperti sup kaki ayam dan sup tulang lembu yang direbus lebih 24 jam, dan juga kulit ikan adalah antara solusinya. Tetapi, semestinya kita akan hilang selera jika terpaksa makan menu yang sama setiap hari.
Jadi, penyelesaian yang lebih mudah dan praktikal adalah dengan mengambil suplemen kolagen.
Kini terdapat pelbagai jenis dan jenama suplemen kolagen yang dibuat daripada sumber haiwan dan tumbuhan yang telah diformulasikan di makmal dengan selamat.
Isi Kandungan
Cara Memilih Supplement Yang Terbaik
Berikut merupakan tips pemilihan supplement yang terbaik di pasaran. Pastikan anda pertimbangkan dahulu beberapa faktor seperti di bawah sebelum mencuba.
- Lihat senarai kandungan produk itu – Pastikan sumber kolagen yang digunakan – marine bermaksud daripada ikan, bovine bermaksud daripada lembu, porcine daripada khinzir dan plants daripada tumbuh-tumbuhan.
- Semak dos untuk setiap kali pengambilan – Dos dalam kadar yang selamat dan berkesan yang disarankan adalah antara 2.5gram hingga 15 gram sehari.
- Pilih suplemen kolagen yang menggunakan hydrolysed collagen atau collagen peptides – Kolagen yang sudah diproses ini adalah dalam bentuk molekul yang lebih kecil dan mudah diserap oleh badan
- Periksa kandungan tambahan lain – Sesetengah suplemen kolagen mengandungi kandungan lain seperti gula, pewarna, perisa dan vitamin tambahan lain yang baik untuk kesihatan.
- Pilih suplemen yang mudah untuk anda makan – Sama ada yang berbentuk serbuk untuk dicampur dengan air, pil, cecair atau gummies. Terserah kepada kesukaan masing-masing.
8 Supplement Untuk Kulit Terbaik Di Pasaran
Jika anda lihat rak suplemen kolagen di farmasi dan kedai kesihatan, anda pasti akan terasa bingung untuk memilih produk yang terbaik. Dengan pelbagai pilihan yang ada, anda terpaksa menghabiskan masa berjam-jam untuk meneliti kandungan setiap satu.
Jadi untuk memudahkan anda, kami telah pilih 10 suplemen kolagen terbaik untuk anda cuba.
SWISSE Collagen Glow with Collagen Peptides
Terbaik Dengan Kandungan Grape Seed dan Co-Enzyme Q10
|
Beli di Shopee |
Kinohimitsu Collagen Diamond
Terbaik Dengan Rasa Laici Yang Menyegarkan
|
Beli di Shopee |
BIOGREEN O'Young Natural Collagen Drink
Terbaik Untuk Ibu Baru Bersalin Dan Ibu Menyusu
|
Beli di Shopee |
BIOXCELLENT Tripeptide Collagen White Diamond
Terbaik Dengan Kandungan Tripeptide Collagen
|
Beli di Shopee |
Nature's Way Beauty Collagen Gummies
Terbaik Jenis Gummy
|
Beli di Shopee |
Blackmores Collagen 10,000mg
Terbaik Halal
|
Beli di Shopee |
KITSUI Generation 3 Colla
Terbaik Untuk Penuaan
|
Beli di Shopee |
Total Image Collagen Plus
Terbaik Dengan Vitamin C Dan Vitamin E
|
Beli di Shopee |
SWISSE Collagen Glow with Collagen Peptides
Supplement Untuk Kulit Terbaik Dengan Kandungan Grape Seed dan Co-Enzyme Q10
Jenama Swisse dari Australia ini amat terkenal dan sudah lama berada di pasaran dan produk ini menggunakan kolagen daripada sumber bovine iaitu daripada lembu.
Apa yang kami suka :
- Menggalakkan penghasilan kolagen oleh tubuh badan sendiri.
- Membuatkan kulit lebih anjal, tegang dan glowing.
- Menggunakan collagen peptides yang mudah dihadam dan diserap oleh badan.
- Mengandungi kandungan tambahan seperti grape seed dan Co-Enzyme Q10.
- Menjadikan rambut dan kuku lebih kuat dan sihat.
Kinohimitsu Collagen Diamond
Supplement Untuk Kulit Terbaik Dengan Rasa Laici Yang Menyegarkan
Kinohimitsu ialah pengeluar minuman kecantikan No. 1 di Malaysia dan Singapura yang menghasilkan suplemen kolagen yang dipek dalam botol-botol kecil. Setiap satu kotak mengandungi 32 botol untuk pengambilan selama sebulan.
Apa yang kami suka :
- Menggunakan peptide collagen daripada sumber marine, iaitu ikan dalam bentuk molekul kecil yang memudahkan ia diserap oleh badan.
- Baik untuk ketegangan kulit dan mengurangkan garis kedut di muka.
- Membantu dalam menganjalkan payudara dan punggung.
- Menjadikan kuku dan rambut lebih kuat.
- Datang dalam perisa laici yang sedap untuk diminum, terutama sekali jika disejukkan dahulu di dalam peti sejuk.
BIOGREEN O’Young Natural Collagen Drink
Supplement Untuk Kulit Terbaik Untuk Ibu Baru Bersalin Dan Ibu Menyusu
Suplemen keluaran BIOGREEN ini datang dalam bentuk serbuk yang perlu dibancuh dengan air suam dan diambil 2 hingga 3 kali sehari.
Apa yang kami suka :
- Kolagen yang digunakan adalah 100% daripada sumber tumbuh-tumbuhan, dan menjadikannya pilihan terbaik untuk orang yang mengamalkan diet vegetarian.
- Sesuai untuk diambil oleh ibu yang baru bersalin dan menyusukan bayi.
- Melambatkan proses penuaan serta menjadikan kulit lebih anjal dan tegang.
- Menggalakkan pertumbungan rambut dan kuku yang lebih sihat.
- Pengambilan suplemen kolagen ini juga baik untuk mereka yang sering berada di bilik berpenyaman udara, tidak cukup tidur dan tidak mengamalkan diet yang seimbang.
BIOXCELLENT Tripeptide Collagen White Diamond
Supplement Untuk Kulit Terbaik Dengan Kandungan Tripeptide Collagen
Pemenang Health Brand Awards ini menggunakan kolagen daripada sumber marine yang sudah diformulasikan menjadi minuman campuran botani berperisa buah-buahan.
Apa yang kami suka :
- Mengandungi tripeptide collagen yang amat mudah diserap oleh sel-sel badan.
- Bertugas sebagai bahan yang menggalakkan penghasilan kolagen oleh tubuh badan seseorang itu sendiri.
- Membuatkan kulit menjadi lebih sihat, segar dan cerah.
- Menguatkan sendi, tulang, rambut dan kuku.
- Menunjukkan kesan yang ketara dalam tempoh yang singkat.
Nature’s Way Beauty Collagen Gummies
Supplement Untuk Kulit Terbaik Jenis Gummy
Nature’s Way ialah jenama dari Australia dan merupakan pengeluar suplemen yang amat terkenal dan dipercayai.
Apa yang kami suka :
- Mengandungi VERISOL® collagen peptides yang memperbaiki kesihatan kulit dari dalam.
- Datang dalam bentuk gummies yang sesuai untuk mereka yang suka mengunyah sambil bekerja.
- 99.8% bebas daripada kandungan gula tambahan, menjadikannya sesuai dengan mereka yang sedang mengawal pengambilan gula.
- Direka khas untuk kesihatan dan kekuatan rambut, kulit dan kuku.
- Menggalakkan penghasilan kolagen sendiri oleh tubuh badan.
Blackmores Collagen 10,000mg
Supplement Untuk Kulit Terbaik Halal
Lagi satu suplemen keluaran Australia yang dipercayai berkesan ialah Blackmores Collagen 10,000mg. Datang dalam botol-botol kecil yang dicampur dengan jus epal dan grape seed yang mudah diminum.
Apa yang kami suka :
- Mendapat sijil pengesahan Halal oleh Taiwan Halal Integrity Development Association (THIDA).
- Sesuai untuk diambil oleh sesiapa sahaja yang berusia 12 tahun ke atas, 1 botol setiap hari.
- Menggunakan kolagen daripada sumber marine iaitu daripada ikan yang berkualiti tinggi.
- Mudah diserap oleh badan dan tidak mempunyai sebarang perisa atau pewarna tambahan.
- Meningkatkan tahap kesihatan kulit dan sekaligus membuatkan kulit tampak lebih bersih, tegang dan cantik.
KITSUI Generation 3 Colla
Supplement Untuk Kulit Terbaik Untuk Penuaan
Banyak kelebihan dan masalah yang anda boleh atasi jika amalkan produk Kitsui Generation 3 Colla yang merupakan supplement kecantikan untuk mereka nak nampak cantik dan yakin.
Produk keluaran dari Asia Pacific Super Health Brand ini diproses di kilang bertaraf GMP, ianya juga diadun dari 5 bahan-bahan botanical utama dan ada kelulusan KKM, ramai yang memberi testimoni yang positif kerana berjaya mengatasi kulit bermasalah.
Menjadi penyelesaian untuk kulit kering, garis halus, kedutan dan anti penuaan, Kitsui Generation 3 Colla juga dapat menghilangkan masalah kulit kusam di muka serta menganjalkan kulit muka dengan cepat.
Dapat membantu melambatkan proses penuaan, produk ini juga dapat membantu memberikan struktur kepada kulit dan saling bekerjasama dengan protein yang dipanggil elastin untuk kulit yang lebih tegang, anjal, sihat, rambut yang lebih lebat, kuku yang lebih cantik dan sihat.
Kitsui Generation 3 Colla juga mengandungi kandungan 1000 kali lebih tinggi daripada vitamin C, 800 kali lebih berkuasa daripada CoQ10, dan 550 kali lebih kuat daripada vitamin E menjadikan produk ini terbaik untuk kulit anda.
Apa yang kami suka :
- Dapat membantu mengatasi masalah strechmark dan masalah tona kulit tak sekata
- Mencantikkan rambut dan kuku yang tidak sihat
- Menjadi pelindung dari sinar UV yang berbahaya
- Membantu meningkatkan pengeluaran kolagen dan proses regeneratif semula jadi kulit
Total Image Collagen Plus
Supplement Untuk Kulit Terbaik Dengan Vitamin C Dan Vitamin E
Campuran proprietari kolagen tulen terhidrolisis untuk merangsang kulit agar lebih tegang, lembut dan berseri manakala molekul kolagen terhidrolisis yang halus mengoptimakan penyerapan ke lapisan paling dalam, memberikan nutrisi dan penghidratan yang sangat diperlukan oleh kulit.
Diperkaya dengan vitamin C tambahan, tablet Collagen Plus membantu meratakan tona kulit dan mengurangkan kekusaman. Diperkaya juga dengan vitamin E, antioksidan semulajadi yang hebat untuk melindungi kulit anda daripada kesan radikal bebas berbahaya dan mengurangkan tanda-tanda penuaan.
Apa yang kami suka :
- Kandungan bahan aktif ialah kolagen 900mg, vitamin C 50mg dan vitamin E 25IU menjadikan supplement ini baik untuk kulit
- Disahkan Halal oleh Islamic Services of America, menjadikannya selamat untuk diambil oleh orang Islam.
Perbandingan Harga Supplement Untuk Kulit Terbaik
Jenama | Kuantiti | Harga (RM) |
SWISSE Collagen Glow with Collagen Peptides | 120 biji | RM129.31 |
Kinohimitsu Collagen Diamond | 6 botol | RM55.00 |
BIOGREEN O’Young Natural Collagen Drink | 400g | RM125.29 |
BIOXCELLENT Tripeptide Collagen White Diamond | 700g | RM69.95 |
Nature’s Way Beauty Collagen Gummies | 40 biji | RM69.90 |
Blackmores Collagen 10,000mg | 10 botol | RM110.00 |
KITSUI Generation 3 Colla | 15 sachet x 15 g | RM36.70 |
Total Image Collagen Plus | 60+10 biji | RM138.00 |
Fungsi Kolagen
Kolagen memainkan peranannya dalam kesihatan penjagaan kulit, otot, tulang, rawan, urat, rambut, kuku dan gigi. Rantaian kolagen yang kuat yang juga dikenali sebagai fiber kolagen merupakan komponen utama pada matrik ekstraselular yang mengukuhkan tisu serta struktur sel.
Selain itu, kolagen juga membantu dalam menguatkan saluran darah serta memainkan peranannya dalam membentuk tisu tubuh. Secara semulajadi, ia memerangkap kelembapan dan untuk keanjalan kulit.
Seringkali kolagen dikaitkan dengan kesihatan kulit manusia. Ia bersama-sama keratin menjadikan kulit kuat dan anjal. Kolagen menjadi kurang dengan bertambahnya usia. Kulit menjadi berkedut. Tidak hairanlah sekiranya ramai yang mencari-cari sumber dalam usaha menangani kesan ketara penuaan pada kulit.
Selain itu, kolagen juga diperlukan dalam hal perubatan, turut dijual sebagai suplemen bagi melancarkan pergerakan sendi. Ada juga digunakan dalam merawat dan mengubat kes-kes melecur yang serius.
Bagi merawat kes melecur, ia digunakan bagi mencipta ganti kulit palsu. Selain daripada kulit, kekurangan kolagen juga ditunjukkan dengan keadaan kehilangan keanjalan pada payudara, bahagian punggung dan bahagian abdomen atau perut kelihatan mengendur ke bawah.
Salah satu fungsi lain kolagen adalah merawat luka pada kulit. Ia merangsang platelet darah agar cepat membeku dan membentuk selapisan bagi melindungi luka.
Punca Kekurangan Kolagen Dalam Badan
Peningkatan usia adalah satu lumrah dan punca natural utama yang menyebabkan badan kita tidak dapat menghasilkan jumlah kolagen yang sama seperti semasa kita muda.
Selain itu, gaya hidup, pemakanan tidak seimbang dan tidak berkhasiat juga merupakan punca kepada masalah ini.
Pengambilan minuman beralkohol, menghisap rokok, kerap makan makanan bergoreng, kurang bersenam, tekanan perasaan dan kekurangan vitamin adalah contoh perkara yang membuatkan badan kita tidak dapat menghasilkan kolagen sendiri secara optimum.
Hasilnya, badan kita akan kekurangan sumber yang penting untuk kesihatan kulit, rambut, sendi, otot badan dan kekuatan tulang.
Cara Pengambilan Kolagen Yang Betul
- Ambil semasa perut kosong atau sebelum makan bersama segelas air. Sekurang-kurangnya 1-2 jam selepas makan sekiranya ambil selepas makan.
- Minggu pertama hingga kedua : ambil 2 biji pagi dan 2 biji malam
- Selepas minggu kedua : ambil 2 biji sebelum tidur atau untuk kesan yang lebih istimewa teruskan makan 2 kali sehari untuk 1 hingga 3 bulan pertama.
Masa Yang Sesuai Ambil Suplemen
- Waktu malam sebelum tidur. Ia sesuai dimakan sebagai makanan terakhir sebelum tidur.
- Dalam masa sejam pertama tidur, badan kita dalam mode tidur alfa (alpha sleep mode). Tempoh masa ini adalah tempoh paling sesuai badan menggunakan kolagen secara optimum.
- Kelenjar pituitary merembes hormone tumbesaan HGH, dan pada masa ini badan semakin aktif dalam proses penghasilan sel-sel baru, membaiki dan menggantikan sel-sel mati.
- Ketika ini hormon tumbesaran menggunakan collagen sebagai bahan mentah untuk memaksimakan penghasilan asid amino dalam fungsi memudakan kulit, menguatkan ligamen, tulang dan rawan serta menormalkan sistem imuniti badan.
Diharapkan semoga artikel ini bermanfaat buat anda yang mencari suplemen kolagen terbaik!
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Baca juga: Kenapa Ibu-Ibu Selalu Mengalami Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin? Ini Jawapannya
Baca juga: Penjagaan Wajah Yang Terbaik Buat Wanita Hamil Untuk Kulit Mulus & Lembap