Bagi ibu bapa baru atau sudah lama, anda mungkin pernah melalui pengalaman di mana si manja anda kerap meragam dan menangis akibat naik ruam lampin. Walau bagaimanapun, usahlah panik kerana ia adalah masalah normal dihadapi kebanyakan bayi. Penyelesaiannya mudah sahaja, iaitu penggunaan krim ruam lampin.
Ruam lampin adalah sejenis keradangan kulit yang lazim dan dicirikan oleh warna kemerah-merahan yang merengsakan sehingga bayi rasa terganggu dan tidak senang. Lazimnya, ia terjadi di sekitar tempat yang ditutupi lampin membabitkan bahagian kemaluan, punggung, celah kelengkang dan lipatan dalam paha.
Krim Ruam Lampin: Penyebab Ruam Lampin
Segelintir bayi yang berlampin, jika dibiarkan dalam keadaan basah terlalu lama kulit mereka menjadi merah dan tidak selesa atau ruam bayi.
Keadaan ini mengundang masalah dikenali sebagai ruam lampin berikutan kulit bayi sangat sensitif berbanding kulit orang dewasa dan mudah mengalami kerengsaan. Namun ada faktor-faktor lain menjadi penyebab kepada masalah ini:
- Penggunaan sabun atau buih mandian yang tidak sesuai kerana ada kalanya kulit bayi sangat sensitif kepada sabun.
- Pengunaan baby wipe yang tidak sesuai dengan kulit bayi pun boleh menyebabkan ruam lampin ini terjadi
- Ada sesetengah bayi mempunyai kulit yang secara semula jadi adalah sangat sensitif, jadi bila ruam lampin terjadi agak susah dan mengambil masa untuk pulih.
Kredit gambar: Freepik
7 Krim Ruam Lampin Terbaik
Sebagai ibubapa, anda boleh kurangkan rengsaan kulit bayi dengan memakaikan krim ruam lampin sebelum memakai lampin.
Krim ruam bayi ini mampu menghalang kulit daripada terdedah pada kelembapan yang menggalakkan pertumbuhan bakteria.
Justeru di sini kami kongsikan beberapa jenama krim ruam terbaik yang ada di pasaran. Musim Covid-19 ini tidaklah perlu ibu ayah keluar rumah kerana anda boleh menyemaknya di hujung jari sahaja!
Krim Ruam Lampin Terbaik
| Pureen Nappy Rash Cream Terbaik Dengan Formula Triple Action | | View Details | Beli di Shopee |
| Himalaya Diaper Rash Cream 50 Gram Terbaik melembutkan kulit bayi | | View Details | Beli di Shopee |
| Sebamed Baby Diaper Cream Terbaik untuk kulit ekzema | | View Details | Beli di Shopee |
| Drapolene Cream Terbaik pilihan ibu bapa sejak dahulu | | View Details | Beli di Shopee |
| Buds Super Soothing Rescue Lotion Terbaik dengan kandungan prebiotik | | View Details | Beli di Shopee |
| Chicco Natural Sensation Nappy Cream 4 in 1 Terbaik untuk newborn | | View Details | Beli di Shopee |
| Sudocream Nappy Cream Terbaik berkesan dalam penggunaan singkat | | View Details | Beli di Shopee |
Pureen Nappy Rash Cream For Babies
Terbaik dengan formula triple action
Dengan formula triple action, krim ruam bayi daripada Pureen ini bukan hanya menyembuhkan ruam malah menghalang kulit daripada dijangkiti ruam agar bayi kekal selesa.
Ianya membentuk satu penghadang pada kulit untuk meminimakan kulit bayi daripada bersentuhan dengan bendasing seperti bakteria yang terkandung dalam najis bayi.
Produk ini cukup menarik kerana ianya pekat dan tekstur krim ini diperbuat untuk merawat, mengawal dan menghalang terbentuknya ruam bayi, kemerah-merahan pada kulit bayi yang sensitif.
Apa yang kami suka :
- Teksturnya yang pekat, mudah disapu dalam kuantiti yang sedikit.
- Boleh digunakan di bahagian lain selain punggung seperti ruam di sekitar badan akibat cuaca panas dan berpeluh.
- Boleh digunakan untuk penyakit ekzema yang menyerang bayi.
Himalaya Diaper Rash Cream
Terbaik melembutkan kulit bayi
Berkesan dalam merawat dan mengurangkan rengsaaan kulit dan juga kemerah-merahan. Ianya membina satu lapisan pada kulit bayi untuk menghalang daripada terdedah pada bendasing untuk jangka masa yang lama.
Ianya diformulasikan dengan Five-Leaved Chaste Tree yang membantu menghalang ruam dan juga mengurangkan kemerahan serta rengsaan disebabkan oleh pemakaian lampin yang lama.
Apa yang kami suka :
- Kandungan minyak badam serta aloe vera dalam krim ruam Himalaya ini amat membantu untuk mengurangkan iritasi dan melembutkan kulit.
Sebamed Baby Diaper Cream
Terbaik untuk kulit ekzema
Sebamed adalah salah satu jenama yang cukup terkenal dengan kebolehannya dalam merawat kulit terutama sekali yang berkaitan dengan kulit sensitif serta ekzema.
Krim ini mempunyai kandungan pH 5.5 yang terbukti berkesan untuk membantu pertumbuhan asid mantel dalam menjaga kulit bayi.
Krim ruam Sebamed ini bukan hanya merawat ruam lampin tetapi juga dermatitis kulit dan melindungi kulit daripada bendasing yang agresif pada kulit dan boleh membuatkan kulit bayi yang lembut menjadi kemerah-merahan.
Apa yang kami suka :
- Bebas dari bahan-bahan kimia yang merbahaya pada kulit.
Drapolene Nappy Cream
Terbaik pilihan ibu bapa sejak dahulu
Tidak perlu diperkenalkan lagi, jenama ini telah menjadi pilihan ibu bapa di Malaysia sejak sekian lama.
Krim ini ternyata dapat membantu untuk mengelak ruam di bahagian lampin bayi, membantu melembutkan kulit serta mengurangkan rengsaan kulit daripada luka mahupun ruam.
Ianya diformulasikan dalam bentuk krim agar mudah disapu serta tidak menghalang kulit daripada terdedah di udara.
Apa yang kami suka :
- Mengandungi dua bahan aktif iaitu benzalkonium serta khloride dan cetrimide yang membantu menyejukkan dan menghilangkan kesakitan akibat iritasi.
- Mudah didapati walaupun di rak kedai runcit.
Buds Super Soothing Rescue Lotion
Terbaik dengan kandungan prebiotik
Lindungi kulit si manja daripada ruam lampin dengan menggunakan Buds Super Soothing Nappy Rash Rescue Lotion. Ianya membantu merawat dengan kehadiran prebiotik.
Krim ini membantu menggalakkan pertumbuhan bakteria sihat pada kulit bayi di samping menghalang pertumbuhan bakteria lain. Penuh dengan bahan-bahan yang terbaik yang berkesan merawat kulit serta dapat mengekalkan kelembutan kulit bayi.
Apa yang kami suka :
- Mengandungi ekstrak jojoba, bunga matahari, zaitun serta Inca Inchi yang berkesan untuk merawat ruam.
- Berkesan dalam penggunaan singkat.
Chicco Natural Sensation Nappy Cream 4 in 1
Terbaik untuk newborn
Mencegah, melindung, melegakan dan membaiki kulit bayi daripada ruam lampin seawal usia newborn.
Menggunakan formula tanpa bau, krim ruam lampin ini memastikan kulit bayi terhalang daripada iritasi yang disebabkan oleh bendasing.
Ia juga melindungi kulit bayi dan menguatkan sistem pertahanan kulit semula jadi dengan mencipta penghalang dan kulit bayi juga dapat ‘bernafas’ dengan baik.
Apa yang kami suka :
- Melegakan bahagian ruam meskipun pada penggunaan kali pertama
- Tahan lama, tidak perlu dipakai berkali-kali
- Diluluskan pakar dermatologi dan pakar kanak-kanak
Sudocream Nappy Cream
Terbaik berkesan dalam penggunaan singkat
Digalakkan untuk digunakan secara berkala sewaktu menukar lampin bayi, krim ini mengandungi bahan “water-repellent" untuk menjaga kulit dengan bertindak melindungi kulit daripada najis serta air kencing bayi yang mempunyai bakteria yang boleh menyebabkan ruam.
Peru Balsam turut terkandung dalam krim ini iaitu, bahan aktif yang bersifat anti-bakteria dan anti-kulat dapat membantu menggalakkan pemulihan luka-luka kecil seperti kesan melecet.
Ibu ayah hanya perlu mengambil masa 3 hari sahaja untuk melihat kesan pemulihannya!
Apa yang kami suka :
- Ianya amat mudah untuk digunakan dan ianya kurang berminyak.
- Krim ini amat membantu untuk melembutkan, merawat, menjaga serta mengembalikan kelembutan kulit bayi seperti sedia kala.
Perbandingan Harga Krim Ruam Lampin Terbaik
|
Jenama |
Harga |
Berat |
Pureen Nappy Rash Cream For Babies |
RM12.30 |
50 gram |
Himalaya Diaper Rash Cream |
RM18.90 |
50 gram |
Sebamed Baby Diaper Rash Cream |
RM23.89 |
100 ml |
Drapolene Nappy Cream |
RM16.90 |
55 gram |
Buds Super Soothing Rescue Lotion |
RM55.69 |
55 ml |
Chicco Natural Sensation Nappy Cream 4 in 1 |
RM39.20 |
100 ml |
Sudocream Nappy Cream |
RM15.90 |
60 gram |
Penjagaan Bayi Dengan Ruam Lampin Selain Krim Ruam Lampin
Kredit gambar: Raising Children Network
Perkara utama untuk mencegah dan mengelakkan ruam lampin adalah dengan memastikan kawasan lampin bayi anda sentiasa bersih, tidak panas dan kering. Ibu ayah juga perlulah mengambil langkah-langkah seperti berikut:
- Periksa lampin bayi anda secara kerap dan tukarkannya sebaik sahaja ia basah atau kotor.
- Berhati-hati membersihkan bahagian punggung bayi anda apabila menukar lampin. Gunakan air suam dengan atau tanpa sabun yang lembut.
- Biarkan kulit bayi anda kering sepenuhnya sebelum memakaikannya semula lampin baru.
- Gunakan ubat sapu yang mengandungi zink oksida untuk melindungi kulit bayi anda.
- Elakkan penggunaan seluar plastik atau pelapik plastik kain lampin.
- Elakkan penggunaan tisu lampin yang mengandungi alkohol.
- Sekiranya ruam berterusan, tukarkan tisu lampin, lampin atau sabun yang digunakan.
Semoga artikel ini dapat dijadikan panduan buat ibu ayah!
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Jangan Tunggu Lampin Anak Penuh Dulu Baru Nak Tukar, Ia PUNCA Ruam & Jangkitan Kuman!
Baca juga: Kulit Bayi Sensitif Cenderung Alami Ruam & Ekzema, Ini 7 Jenis Krim Berkesan Merawatnya!
Baca juga: Ruam Gatal @ Ekzema Boleh Ditenangkan Dengan Sabun Yang Betul, Ini Senarainya!