X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Anak Kulit Gelap Selepas Lahir? Lama-Lama Warnanya Akan Berubah Juga Ya Ibu!

22 Mar, 2022
Anak Kulit Gelap Selepas Lahir? Lama-Lama Warnanya Akan Berubah Juga Ya Ibu!

Kulit gelap selepas dilahirkan, kanak-kanak lelaki ini mengalami perubahan mendadak apabila semakin cerah, berbeza sewaktu berusia 1 bulan.

Ada sesetengah bayi punyai kulit gelap selepas lahir. Namun semakin dia membesar, anak ini juga akan melalui perubahan mendadak. Sewaktu usianya 1 bulan, dia berkulit gelap namun apabila menginjak usia 1 tahun, anak ini kelihatan sangat berbeza.

Perubahan kulit anak ini dikongsikan oleh ibunya menerusi akaun TikTok @decbabe12 dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Ramai yang tertanya-tanya mengapa kulitnya berbeza, ramai juga mula memberi kritikan.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Anak berubah rupa setiap bulan
  • Benarkan jaundis penyebab bayi berkulit gelap?

Anak kulit gelap selepas lahir, berubah rupa setiap bulan

kulit gelap lepas lahir

Kredit: TikTok @decbabe12

Seperti yang dimaklumkan ibunya berdasarkan balasan komen kepada netizen, dia memaklumkan anaknya melalui perubahan setiap bulan.

“Ya, anak saya berubah rupa hampir setiap bulan. Kejap muka suami, kejap muka saya,” katanya.

Dalam masa sama, wanita itu berkata, orang ramai tidak sepatutnya menghakimi dan membanding-bandingkan warna kulit seseorang termasuk kanak-kanak.

“Korang janganlah judge colour gelap ke, cerah ke. Semua bayi comel wey. Normal lah kita orang Asia warna gelap,” katanya.

Benarkah bayi kulit gelap selepas lahir disebabkan oleh penyakit kuning yang tinggi?

Anak Kulit Gelap Selepas Lahir? Lama-Lama Warnanya Akan Berubah Juga Ya Ibu!

 

Menurut laman web MyHEALTH, jaundis neonatal atau dikenali sebagai icterus dalam bahasa ilmiah, merupakan sejenis penyakit disebabkan oleh perubahan warna kekuningan pada kulit dan sclera (bahagian putih pada mata) bayi yang baru lahir.

Jaundis neonatal merupakan sebab utama kemasukan semula ke hospital dalam minggu pertama usia selepas kelahiran.

Keadaan ini berlaku hampir 70 peratus dalam kalangan bayi yang dilahirkan selepas melalui terma penuh. Bayi yang dilahirkan sebelum mencapai terma penuh lebih cenderung untuk menjangkiti jaundis neonatal.

Jaundis neonatal terjadi akibat pemendapan bilirubin apabila terdapat peningkatan tahap bilirubin dalam darah, iaitu keadaan yang juga dikenali sebagai hyperbilirubinemia.

Bilirubin terhasil daripada penguraian hemoglobin dalam sel darah merah. Bilirubin wujud dalam bentuk tak terkonjugasi atau bebas yang tidak larut air dan dibawa ke organ hati melalui albumin dalam plasma.

Di dalam hati, ia kemudiannya ditukar kepada bilirubin terkonjugasi yang memiliki sifat larut dalam air. Bilirubin yang terkonjugasi kemudiannya disingkirkan dalam hempedu.

Hyperbilirubinemia neonatal boleh disebabkan oleh pelbagai keadaan sama ada bersifat sementara contohnya jaundis fisiologikal neonatal ataupun keadaan lebih teruk yang menyebabkan hyperbilirubinemia berlanjutan dalam bayi.

Jaundis fisiologikal neonatal disebabkan oleh peningkatan kadar pemecahan sel darah merah serta organ hati bayi yang kurang matang.

Keadaan yang tidak memudaratkan ini biasanya muncul dalam bayi yang berusia 2 hingga 4 hari dan akan beransur hilang sewaktu bayi berumur 1 hingga 2 minggu.

Jaundis yang berlanjutan sering kali menunjukkan keadaan yang serius bagi bayi, contohnya penyakit hemolitik bayi yang baru lahir, penyakit atresiabiliari (penyakit di mana sistem hempedu luar tidak wujud dan menyebabkan bayi mengalami jaundis berpanjangan) ataupun hepatitis neonatal idiopathic yang jarang berlaku.

Rawatan fototerapi

bayi gelap selepas lahir

Salah satu kaedah rawatan di hospital bagi bagi yang mengalami penyakit kuning ialah fototerapi.

Menerusi kaedah ini, bayi tersebut diletakkan di bawah pancaran cahaya yang berfungsi untuk memecahkan bilirubin serta larut di dalam air. Dengan ini ia mudah disingkirkan daripada badan bayi tersebut.

Jaundice penyebab kulit gelap?

Ada dalam kalangan ibu-ibu yang memaklumkan kulit bayi mereka menjadi gelap selepas sesi rawatan fototerapi tersebut. Bagaimanapun, bayi tersebut berubah kembali kepada kulit mereka dalam tempoh 3 hingga 4 minggu selepas sesi rawatan tersebut.

Semoga bermanfaat.

TikTok, MyHEALTH

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Ini Petua Hilangkan Penyakit Kuning Pada Bayi Dengan Efektif & Cepat

Baca juga: Prolonged Jaundice, Mengapa Anak Kuning Masih Belum Sembuh? Ini Punca & Cara Rawatan Betul

Baca juga: Warna Najis Bayi Berlendir Kuning, Adakah Ia Normal Atau Perlukah Ibu Risau?

Stories Rakan Kongsi
Is Your Child Having Trouble Digesting? Here are 10 Foods to Improve Their Gut Health
Is Your Child Having Trouble Digesting? Here are 10 Foods to Improve Their Gut Health
5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
Pentingnya Nutrien Awal Untuk Sistem Penghadaman Anak! Ini Cara Untuk Anak Anda Mendapat Nutrisi Secukupnya
Pentingnya Nutrien Awal Untuk Sistem Penghadaman Anak! Ini Cara Untuk Anak Anda Mendapat Nutrisi Secukupnya
Alarming Facts About Your Child’s Formula Milk Powder
Alarming Facts About Your Child’s Formula Milk Powder

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aisyah Sukaimi

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Anak Kulit Gelap Selepas Lahir? Lama-Lama Warnanya Akan Berubah Juga Ya Ibu!
Kongsikan:
  • Baru 10 Minit Ibu Keluar Ke Kedai, Sekelip Mata Empat Anak Terkorban Dalam Kebakaran

    Baru 10 Minit Ibu Keluar Ke Kedai, Sekelip Mata Empat Anak Terkorban Dalam Kebakaran

  • Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

    Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

  • Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

    Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

  • Baru 10 Minit Ibu Keluar Ke Kedai, Sekelip Mata Empat Anak Terkorban Dalam Kebakaran

    Baru 10 Minit Ibu Keluar Ke Kedai, Sekelip Mata Empat Anak Terkorban Dalam Kebakaran

  • Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

    Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

  • Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

    Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.