X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Kanak-kanak ini buta kerana ibu kurang bagi makan MAKANAN INI!

4 min bacaan
Kanak-kanak ini buta kerana ibu kurang bagi makan MAKANAN INI!Kanak-kanak ini buta kerana ibu kurang bagi makan MAKANAN INI!

Kanak-kanak ini hilang penglihatan akibat kurang vitamin A. Pemakanan yang seimbang adalah penting untuk elak dari penyakit seperti ini.

Makanan yang seimbang penting untuk anak-anak anda kerana banyak sebab. Yang paling penting adalah kerana ia untuk mengekalkan kesihatan mereka. Baru-baru ini, seorang budak berusia 11 tahun telah dijangkiti penyakit gara-gara kurang vitamin A!

Kajian menunjukkan kanak-kanak ini beransur buta kerana pemakanan yang tidak sihat yang diberikan oleh ibunya sendiri!

Bagaimana kanak-kanak buta kerana kurang vitamin A?

Tak semua orang dijangkiti alahan. Tapi untuk orang yang ada alahan, anda pasti selalu mengelak makanan tertentu sebab taknak alahan tersebut jadi teruk, kan?

Perbuatan anda itu sebenarnya bukanlah satu pilihan yang bijak. Malah ia boleh membawa bencana sama seperti apa yang dilalui oleh kanak-kanak ini!

Kanak-kanak ini ada alahan pada makanan yang akan menyebabkan ekzemanya jadi makin teruk. Ibunya cuba untuk mengawal keadaan sakit kulitnya ini dengan menetapkan yang anaknya hanya boleh makan daging khinzir, daging kambing, kentang, epal, timun dan Cheerios.

Kesan dari pemilihan makanan ini adalah lebih serius dari penyakit asalnya.

Pemakanan yang ketat telah menghalang kanak-kanak ini dari mendapat nutrisi yang mencukupi, termasuk vitamin A.

Kanak-kanak ini kemudian telah dimasukkan ke Hospital Kanak-Kanak di Toronto. Doktor di sana menemui, dalam masa lapan bulan, kanak-kanak ini mengalami simptom-simptom berikut:

  • penglihatan semakin hilang
  • buta malam
  • peningkatan sensitiviti terhadap cahaya
  • mata kering

Dr Dustin Jacobson, ketua pengarang kajian ini menjelaskan yang kanak-kanak berikut juga mengalami ekzema yang serius.

Ramai pesakit dengan alahan akan membuang makanan yang menyebabkan alahan seperti soya, susu dan kacang dari diet mereka.

Ibu kanak-kanak ini juga berbuat sedemikian, perlahan-lahan membuang makanan yang boleh menyebabkan ekzema naik. Tapi kanak-kanak ini juga memilih makanan.

kurang vitamin a, makanan tak seimbang, pemakanan seimbang, cacat penglihatan, hidangan bernutrisi tinggi,

Malangnya, apabila kanak-kanak ini berjumpa doktor, ia dah terlambat.

Penglihatan kanak-kanak ini kabur dan hanya boleh melihat pergerakan tangan dalam lingkungan 30cm: klasifikasi sah untuk buta. Tak lama selepas itu penglihatannya menjadi bertambah teruk dan buta sepenuhnya!

Adakah penglihatan hilang akibat kurang vitamin A boleh dikembalikan?

Doktor merawat kanak-kanak ini dengan suplemen vitamin A. Kanak-kanak ini diberikan dua megados vitamin A yang perlu diambil setiap hari selama dua hari dan perlu ulang semula selepas dua minggu.

Satu megados bersamaan dengan 100 kali vitamin A yang perlu diambil dalam sehari.

Menurut Jacobson,

“Penglihatannya semakin baik dengan rawatan, tapi mustahil untuk kami beritahu sampai mana penglihatannya akan baik. Dia mempunyai risiko untuk mendapat cacat penglihatan seumur hidup.” 

Biasanya, penglihatan yang terjejas akibat kurang vitamin A boleh disembuhkan. Tapi, jika keadaaan ini telah berlaku terlalu lama seperti kanak-kanak ini, ia boleh menyebabkan cacat penglihatan seumur hidup.

Tip nutrisi untuk ibu bapa

Pengajaran dari kisah ini adalah jangan terlalu menyekat pemakanan anak anda. Vitamin A bertanggungjawab untuk mengekalkan kesihatan mata, kulit dan tindakbalas imunisasi.

Beberapa sumber vitamin A termasuk:

  • skuasy
  • keledek dengan kulit
  • sayur kuning atau oren
  • sayur berdaun hijau
  • susu
  • keju
  • hati
  • telur
kurang vitamin a, makanan tak seimbang, pemakanan seimbang, cacat penglihatan, hidangan bernutrisi tinggi,

Tak ada nutrisi yang cukup seperti niacin, B12, vitamin D, zat besi, vitamin C dan nutrisi lain boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius.

Ini adalah empat kumpulan makanan yang memberi nutrisi yang penting:

1. Nasi perang dan roti bjirin penuh

Selain dari nasi perang dan roti bijirin penuh, makanan lain dalam kumpulan ini termasuk oat, biskut bijirin penuh dan capati bijirin penuh. Makanan ini kaya karbohidrat dan serat serta memberikan vitamin dan mineral.

2. Buah

Buah mengandungi banyak vitamin, mineral dan serat. Jadikan makan buah sebagai rutin anak anda dengan memberi mereka buah yang berwarna terang setiap hari.

3. Sayur

Sayur adalah penting untuk kesihatan. Ia memberikan nutrisi penting untuk kesihatan dan tubuh badan.

4. Daging dan lain-lain

Kumpulan ini termasuk daging, ayam, makanan laut, telur, kekacang dan produk tenusu. Makanan ini adalah sumber penting pelbagai nutrisi terutamanya protein yang diperlukan untuk membina tisu dan perkembangan.

Bantu anak anda dengan menyediakan makanan dari empat kumpulan makanan ini.

 

 

 

 

Stories Rakan Kongsi
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!
“Eidress Jarang Sangat Sakit Dan Cerdas!” Ini Rupanya Tips Anzalna Amalkan Bagi Memastikan Anaknya Membesar Dengan Baik!
“Eidress Jarang Sangat Sakit Dan Cerdas!” Ini Rupanya Tips Anzalna Amalkan Bagi Memastikan Anaknya Membesar Dengan Baik!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Artikel asal ditulis oleh Kevin Wijaya dan diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore

Baca juga:

https://my.theasianparent.compenyakit-riket

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nadia Ghafar

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan & Pemakanan
  • /
  • Kanak-kanak ini buta kerana ibu kurang bagi makan MAKANAN INI!
Kongsikan:
  • (Video) Anak lahir tanpa tangan dan kaki ini boleh main video game dan pandai matematik!

    (Video) Anak lahir tanpa tangan dan kaki ini boleh main video game dan pandai matematik!

  • Jauhi 5 Makanan Ringan Penyebab Kanser Ini Dari Anak Anda Sekarang!

    Jauhi 5 Makanan Ringan Penyebab Kanser Ini Dari Anak Anda Sekarang!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

app info
get app banner
  • (Video) Anak lahir tanpa tangan dan kaki ini boleh main video game dan pandai matematik!

    (Video) Anak lahir tanpa tangan dan kaki ini boleh main video game dan pandai matematik!

  • Jauhi 5 Makanan Ringan Penyebab Kanser Ini Dari Anak Anda Sekarang!

    Jauhi 5 Makanan Ringan Penyebab Kanser Ini Dari Anak Anda Sekarang!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.