X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Product Guide
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Kebaikan Labu Air Bukan Sahaja Bagus Untuk Cegah Penyakit, Boleh Perbanyakkan Susu Badan Untuk Ibu Menyusu!

5 min bacaan
Kebaikan Labu Air Bukan Sahaja Bagus Untuk Cegah Penyakit, Boleh Perbanyakkan Susu Badan Untuk Ibu Menyusu!

Labu air biasanya sedap dimasak air atau dibuat gulai ini ternyata mempunyai beberapa khasiat baik untuk kesihatan, terutamanya ibu menyusu.

Labu air ialah sejenis sayuran buah yang popular dalam kalangan masyarakat Cina. Tanaman labu air ini tumbuh menjalar di atas tanah atau para dan biasanya subur dalam iklim tropika dan subtropika yang mempunyai sumber cahaya dan hujan yang mencukupi.

Ia memiliki saiz yang lonjong berwarna hijau muda kulitnya dan mempunyai isi putih yang lembut bergabus dan rasanya sama seperti timun.

Cara masak labu air biasanya masakan berkuah seperti masak labu air, masak kuning, masak bening dan masak lemak putih bertujuan untuk menyejukkan badan. 

Nama saintifik labu air ialah lagenaria siceraria, dan sering dipanggil sebagai labu botol. 

Khasiat Labu Air

1. Tinggi kandungan air

Labu jenis ini merupakan sayuran buah yang mempunyai kandungan air yang tinggi, jadi ia sangat baik untuk mengekalkan kelembapan bagi pengamalnya, juga baik untuk ibu menyusu.

Gula semulajadi di dalamnya juga mencukupkan karbohidrat paling ringkas untuk ibu menyusu dan dalam masa yang sama dapat memperbanyakkan susu badan.

2. Mencegah obesiti

labu air

Bagi mereka yang mempunyai berat badan berlebihan, makan labu botol secara berkala boleh menjadi pilihan yang tepat.

Ini kerana sayuran buah ini mengandungi serat makanan, kandungan air yang tinggi, dan rendah kalori. Makanan rendah kalori ini adalah pengambilan yang tepat untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan. 

3. Mencegah sembelit

Sekiranya seseorang mengamalkan labu secara kerap, ia dapat membantu tubuh menghasilkan lebih banyak enzim dalam metabolisme disebabkan ia kaya dengan serat makanan dan kandungan air yang tinggi. Sebab itu, sayuran buah ini baik untuk melancarkan sistem penghadaman dan mengelakkan berlakunya sembelit. 

4. Mencegah penyakit kronik

Labu kaya dengan antioksidan tinggi yang berupaya mencegah penyakit kronik seperti diabetes, malaria, arteriosklerosis, strok, penyakit jantung, dan kanser.

Antioksidan yang tinggi mampu melawan radikal bebas yang menganggu tubuh badan.

5. Meningkatkan kesihatan tulang

Kandungan magnesium, kalsium, fosforus, serta beberapa mineral yang diperlukan untuk kesihatan tulang dan gigi terkandung dalam sayuran berkhasiat ini. Jika anda mempunyai masalah kesihatan tulang rapuh seperti  osteoporosis. Anda boleh memasak sayur ini dengan hidangan yang sihat seperti sup ringkas.

6. Membantu proses detoksifikasi badan

Seperti yang kita tahu, setiap hari tubuh terdedah kepada banyak bahan toksik yang datang dari udara, makanan, dan sebagainya. Jadi, kebaikan labu air ini membantu proses detoksifikasi yang menyahkan segala toksin dalam badan. 

7. Mencegah tekanan darah tinggi 

Kandungan seperti kalium dan potasium dalam sayuran buah ini dapat melancarkan saluran darah bagi mengelakkan ia tersumbat yang menjadi punca kepada masalah tekanan darah tinggi. 

Resepi sayur labu air

1. Labu Air Tumis Ikan Bilis

labu air

Bahan-bahan:

  • 1 biji labu saiz kecil
  • 2 labu bawang kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 biji cili padi
  • 2 sudu besar ikan bilis
  • 2 cawan air
  • 1 sudu kecil garam

Cara penyediaan:

  1. Kupas dan potong labu air. Tumbuk bawang dan ikan bilis.
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan yang ditumbuk. Kacau hingga kekuningan. Masukkan air dan biarkan mendidih.
  3. Masukkan sayur labu yang telah dipotong kecil dan masak hingga empuk.
  4. Tambahkan garam. Kacau.
  5. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Saiz hidangan: 3 orang makan

2. Labu Air Masak Bening

masak bening

Bahan-bahan:

  • 1 biji labu air (dikupas kulit dan dipotong)
  • 1 biji bawang merah (dihiris nipis)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
  • Sejemput ikan bilis (dikupas dan dibuang kepala)
  • 2 batang serai saiz kecil (kalau saiz besar guna 1 batang je – diketuk)
  • 5 biji cili padi (kalau cili merah guna sebiji – dihiris serong)
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 3 cawan air
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil garam
  • 3/4 sudu kecil Ajinomoto

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang merah, bawang putih, ikan bilis, serai dan cili hingga naik bau.
  2. Kemudian, masukkan air.
  3. Apabila air mendidih, masukkan potongan labu, garam dan serbuk perasa Ajinomoto. Masak jangan lama.
  4. Tutupkan api kerana haba panas akan melembutkan labu air itu.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

Nota: Jangan letak kesemua labu air kerana apabila sejuk ianya akan kurang sedap dan terlalu lembik. Apabila hendak makan baru lah dipanaskan lagi kuahnya dan boleh dimasukkan sayur labu air.

3. Masak Pedas Terengganu

masak pedas

Bahan-bahan:

  • 1/2 biji labu saiz sederhana- buang kulit, potong
  • Bahan tumbuk/kisar:
  • 2 sudu besar bilis
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu besar budu
  • segenggam daun kesum/ daun selasih(kemangi)
  • secukup rasa garam dan gula
  • 2 cawan air
  • 3 biji cili padi- pilihan

Cara penyediaan:

  1. Sediakan bahan-bahan seperti di atas.
  2. Masukkan labu, sedikit air dan bahan-bahan kisar/tumbuk ke dalam kuali/periuk. Panaskan hingga mendidih.
  3. Masukkan budu, garam, sedikit gula (pilihan) dan serbuk perasa.
  4. Lepas tu masukkan daun kemangi dan cili padi (jika suka). Biarkan mendidih sekejap. Tutup api.
  5. Sedia untuk dinikmati dengan nasi panas, ikan panggang dan  budu.

4. Masak Lemak Fucuk Dan Suhun

masak lemak

Stories Rakan Kongsi
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca

Bahan-bahan:

  • 1 biji labu air
  • 1 kotak kecil santan Kara
  • 2 biji cili besar
  • Sedikit fucuk dan suhun
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam (optional)
  • secukup rasa 
  • Garam, gula
Bahan kisar kasar:
  • Sejemput ikan bilis/1 ekor isi ikan rebus
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih

Cara penyediaan:

  1. Rendam terlebih dahulu fucuk dan suhun dalam air biasa sehingga kembang. Tujuannya supaya tidak menyerap kuah nanti.
  2. Tumbuk atau kisar kasar ikan bilis, bawang merah dan bawang putih.
  3. Sangai bahan kisar bersama serbuk lada hitam untuk hilangkan bau bawang. Tambahkan air. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan cili dan labu botol. Kemudian masukkan santan.
  5. Tambahkan air untuk adjust kepekatan kuah. Masak sehingga labu separuh lembut.
  6. Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
  7. Akhir sekali masukkan fucuk dan suhun.

Merdeka , Cookpad

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Labu Boleh Buat Bayi Tidur Lena Tau, 3 Resepi Makanan Berasaskan Labu Ibu Boleh Cuba!

Baca juga: Khasiat Peria Untuk Ibu Hamil, Bantu Kurangkan Gula Dalam Darah & Kaya Asid Folik

Baca juga: Bagus Untuk Kandungan, Ini Rupanya Khasiat Kurma Yang Ramai Tidak Tahu!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Kebaikan Labu Air Bukan Sahaja Bagus Untuk Cegah Penyakit, Boleh Perbanyakkan Susu Badan Untuk Ibu Menyusu!
Kongsikan:
  • Ramai Ibu Tangguh Waktu Tidur Untuk Me Time, Kenali Apa Itu Revenge Bedtime Procrastination

    Ramai Ibu Tangguh Waktu Tidur Untuk Me Time, Kenali Apa Itu Revenge Bedtime Procrastination

  • Tanda Menopause/ Putus Haid: Usia Wanita Monopos, Simptom & Tips Penting

    Tanda Menopause/ Putus Haid: Usia Wanita Monopos, Simptom & Tips Penting

  • Masalah Mata: Jenis Masalah Penglihatan, Tanda Dan Cara Penjagaan Mata Yang Betul

    Masalah Mata: Jenis Masalah Penglihatan, Tanda Dan Cara Penjagaan Mata Yang Betul

  • Ramai Ibu Tangguh Waktu Tidur Untuk Me Time, Kenali Apa Itu Revenge Bedtime Procrastination

    Ramai Ibu Tangguh Waktu Tidur Untuk Me Time, Kenali Apa Itu Revenge Bedtime Procrastination

  • Tanda Menopause/ Putus Haid: Usia Wanita Monopos, Simptom & Tips Penting

    Tanda Menopause/ Putus Haid: Usia Wanita Monopos, Simptom & Tips Penting

  • Masalah Mata: Jenis Masalah Penglihatan, Tanda Dan Cara Penjagaan Mata Yang Betul

    Masalah Mata: Jenis Masalah Penglihatan, Tanda Dan Cara Penjagaan Mata Yang Betul

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham