Rupanya Ada Perbezaan Kesihatan Bayi Lahir Caesar Berbanding Normal, Ibu Sila Alert!

Bayi lahir caesar dikatakan akan mengalami sedikit perbezaan dengan bayi bersalin secara normal. Ibu ayah perlu bersedia dan tahu beberapa perkara ini!

Setiap ibu pastinya akan dilanda pelbagai perasaan saat doktor mengatakan bahawa bayi perlu lahir caesar atas faktor tertentu bagi menyelamatkan nyawa anda dan anak. 

Sebelum membahaskannya dengan lebih lanjut, anda perlu tahu bahawa proses bersalin normal sememangnya lebih selesa bagi ibu dan bayi. Namun bagi kelahiran berisiko, proses pembedahan caesar dilakukan secara kecemasan yang boleh mengancam kesihatan.

Perbezaan bayi lahir caesar dengan normal

credit to sources

Melahirkan bayi secara pembedahan memberikan pengalaman serta kesannya yang tersendiri. Tidak hanya aspek pemulihan selepas bersalin, tetapi ia turut berkait dengan kesihatan dan keadaan bayi baru lahir dalam jangka masa panjang. Antaranya ialah:

#1. Cecair berlebihan

Bayi yang lahir caesar akan mengalami cairan tambahan yang boleh menyebabkan masalah. Semasa kelahiran normal, bayi mengalami banyak tekanan untuk melalui saluran kelahiran. Ia membantu memerah cecair dari paru-paru sebagai persediaan untuk bernafas dengan baik.

Namun ketika perlu bersalin secara pembedahan, bayi tidak mempunyai masa untuk meakukannya sehingga berlaku cairan tambahan setelah keluar dari perut ibu.

Akibatnya, si manja mungkin mengalami kesukaran bernafas, batuk atau terdengar seperti “berair” ketika bernafas dalam beberapa minggu pertamanya.

#2. Kepala bayi

Tengkorak bayi sangat lembut dan lentur untuk memudahkan perjalanan semasa kelahiran. Itulah sebabnya bagi bayi yang dilahirkan normal akan memiliki bentuk kepala yang bulat cerah atau tidak sempurna pada hari pertama selepas kelahiran.

Berbeza dengan bayi lahir caesar, keadaan kepala akan bergantung pada berapa lama dan seberapa rendah bayi berada dalam saluran kelahiran.

#3. Gangguan masalah kesihatan 

credit to sources

Semakin banyak penyelidikan membuktikan bahawa pembedahan caesar dikaitkan dengan masalah kesihatan bayi untuk jangka pendek dan panjang.

Masalah jangka pendek termasuklah kesukaran bernafas, risiko kecederaan kepala atau wajah akibat pembedahan, sukar menyusu dan hubungan ibu anak tertunda.

Bagi masalah jangka panjang pula, ia berkaitan pembedahan caesar seperti risiko asma, kegemukan dan perkembangan lewat.

#4. Bakteria usus yang berbeza

Bakteria usus pada manusia berperanan dalam mengekalkan kesihatan. Apabila bayi bersalin normal, usus mereka terdedah kepada bakteria baik yang terdapat di saluran kelahiran dan kulit ibu.

Bakteria usus ini membentuk asas mikrobioma khas bagi membina sistem imunisasi bayi anda. Namun ia berbeza sekiranya melalui pembedahan caesar kerana bayi kehilangan bakteria ini.

Sebaliknya, si manja anda mungkin terdedah kepada bakteria lain di hospital. Ini menyukarkan bayi yang dilahirkan pembedahan czer untuk melawan penyakit ini.

#5. Proses penyusuan boleh menjadi lebih sukar

Kajian menunjukkan bahawa bayi yang dilahirkan secara czer menghadapi lebih banyak masalah penyusuan. Ia mungkin disebabkan oleh hubungan kulit ke kulit yang tertunda, permulaan penyusuan awal (IMD), kesan sakit pembedahan yang boleh mengganggu bayi menyusu seperti sedutan atau lekatan lemah.

Sekiranya anda berdepan masalah ini, berjumpa dan berbincanglah dengan kaunselor penyusuan seawal dan sekerap mungkin bagi mengetahui kaedah terbaik ketika menyusu bayi.

#6. Sentuhan dengan kulit ibu tertunda

credit to sources

Ketika bayi baru dilahirkan di dunia, WHO dan Persatuan Pediatrik Indonesia (IDAI) mengesyorkan agar proses Permulaan Penyusuan Awal (IMD) dilakukan secepat mungkin sekurang-kurangnya 1 jam. Dalam proses ini, hubungan kulit ke kulit akan berlaku antara ibu dan si manja.

Kelewatan hubungan kulit-ke-kulit, pemisahan ibu-bayi selepas bersalin, kesukaran proses kelahiran dan trauma  dapat mempengaruhi ibu menjalin hubungan dengan bayi.

Ikatan yang tertangguh sukar untuk ditangani kerana sering kali ibu dilanda rasa bersalah sehingga menyebabkan kemurungan postpartum dan gangguan perasaan selepas bersalin.

#7. Risiko pramatang

Bayi yang dilahirkan melalui pembedahan caesarean elektif (pembedahan dilakukan tanpa sebab perubatan, tetapi atas permintaan) mempunyai risiko kelahiran pramatang atau kelahiran lewat. Kedua-duanya membawa masalah kesihatan seperti kesukaran bernafas, masalah perkembangan dan kesulitan penyusuan.

Justeru adalah lebih baik jika anda mengelakkan penjadualan pembedahan caesar (kecuali jika diperlukan). Sekiranya doktor mengesyorkan agar pembedahan c-section diperlukan, ketahui adakah anda boleh bersalin dengan baik bagi memastikan si manja dilahirkan pada masa yang tepat.

Sumber: Kumparan

Kredit foto: Google

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.compembedahan-caesar-diwarisi-anak