Ketika hari pertama kelahiran sehingga usia bayi 6 bulan, para ibu disaran untuk memberikan si manja penyusuan secara eksklusif. Sekiranya tiada masalah atau halangan, penyusuan hendaklah diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Namun ramai ibu mengakui berdepan dengan cepat lapar dan dahaga. Adakah ia normal?
Menurut kaunselor laktasi bertauliah, Nad Masrom, proses menyusu badan akan menggalakkan penghasilan hormon prolaktin dan seterusnya mencetuskan rasa lapar. Semakin tinggi hormon prolaktin yang dirembeskan, semakin meningkat rasa lapar.
Justeru adalah normal jika ibu-ibu menyusu kerap rasa lapar dan dahaga.
Penyebab lain ibu menyusu kerap rasa lapar dan dahaga
Penyusuan memerlukan banyak tenaga yang membakar kalori dan menyebabkan penghidratan. Pengeluaran tenaga yang maksimum berlaku apabila badan menghasilkan susu dan anda menyusukan bayi secara terus (direct).
25% daripada tenaga akan digunakan untuk badan menghasilkan susu ibu. Ini bermakna anda bekerja keras untuk mengekalkan semua fungsi badan yang lain. Jadi, tidak hairanlah beban tambahan membuatkan ibu menyusu cepat lapar dan dahaga.
✅ Apa yang penting adalah bagaimana ibu-ibu menyusu dapat memilih makanan tinggi nutrisi dan bukan sekadar makan ‘ikut suka’ sahaja.
✅ Ibu-ibu menyusu yang baru sahaja melahirkan bayi, disarankan agar menunggu sekurang-kurangnya 6-8 minggu selepas kelahiran untuk menurunkan berat badan.
✅ Ini kerana tubuh ibu selepas bersalin memerlukan masa untuk pulih dan dalam masa yang sama memastikan bekalan susu tidak terjejas.
Cara mengelakkan peningkatan berat badan akibat situasi kerap lapar
1. Kurangkan pengambilan makanan tinggi tenaga seperti karbohidrat, protein dan lemak.
➡️ Ambil makanan tinggi nutrisi. Pengambilan vitamin seperti B12 juga perlu untuk membantu proses metabolisme tenaga.
➡️ Pastikan ibu-ibu mengambil pemakanan seimbang yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran serta mengurangkan pengambilan makanan ringan.
Anda juga boleh mengamalkan konsep diet suku suku separuh.
2. Mengira kalori makanan.
➡️ Ibu menyusu harus mengambil sekurang-kurangnya 1800 kalori sehari, iaitu lebih kurang 500 kalori tambahan dari jumlah asal kalori.
➡️ Namun, ibu yang obesiti tidak perlu menambah jumlah kalori tambahan lagi.
➡️ Pastikan juga ibu mengamalkan aktiviti senaman yang bersesuaian untuk kecergasan fizikal.
➡️ Hormon prolaktin dapat membantu penggunaan asid lemak jika ibu melakukan jenis senaman berintensiti tinggi seperti tekan tubi atau plank.
3. Menyusukan anak sekerapnya.
➡️ Proses penyusuan membantu pembakaran kira-kira 500-700 kalori setiap hari untuk pengeluaran susu.
➡️ Ibu-ibu yang menyusukan bayinya lebih mudah untuk turun berat badan berbanding ibu yang tidak menyusui bayi mereka.
4. Sekiranya ibu menyusa rasa lapar selepas makan, minum air kosong terlebih dahulu.
➡️ Ini kerana ibu mungkin berfikir mereka masih lapar tetapi sebenarnya mereka hanya DAHAGA.
➡️ Keadaan ini berlaku disebabkan oleh tubuh badan ‘keliru’ dengan signal yang dihantar oleh otak untuk badan mengambil air dan ditafsirkan sebagai LAPAR.
➡️ Minum segelas air sebelum mencari sesuatu untuk dimakan dan sekiranya ibu telah berasa kenyang, tidak perlu untuk mencari makanan lagi.
5. Tidur yang cukup.
➡️ Pastikan ibu cuba dapatkan tidur berkualiti untuk mengelakkan masalah ketagihan ibu-ibu menyusu dengan makanan manis.
Bila ibu kurang tidur atau stress, otak akan menghantar signal untuk badan mengambil gula ringkas untuk tenaga segera bagi mengimbangi kekurangan tidur dan bagi menghadapi stress.
Bila gula berlebihan dalam badan, ia boleh merosakkan sistem metabolik dan seterusnya merosakkan sistem hormon dan akan menjejaskan hormon dalam badan termasuk hormon penyusuan.
Jadi, cara nak kurangkan situasi berlebihan pengambilan gula dalam makanan ini adalah dengan memperbaiki keperluan pemakanan, perbaiki kualiti tidur (walapun tak lama tapi berkualiti), banyakkan minum air kosong dan cuba atasi stres agar ia lebih terurus.
6. Amalkan pinggan sihat dan pilihlah sumber snek yang berkualiti dan bukan jenis makanan ringan atau tinggi gula.
Kebiasaannya ibu-ibu menyusu mengalami masalah berat berlebihan kerana tidak mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Justeru amalkan pinggan sihat dan pilihlah sumber snek yang berkualiti dan bukan jenis makanan ringan atau tinggi gula.
Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Jadual Pemakanan Ibu Menyusu & Diet Yang Betul Bantu Banyakkan Susu Badan
Baca juga: Ibu Menyusu Kena Selalu Happy & Positif, Ia Milk Booster SEBENAR & Terbukti Berkesan
Baca juga: Ramai Ibu Kekok & Tidak Pandai Menyusu Bayi Kali Pertama, Doktor Kongsi Teknik Yang Betul