Tak Keruan Bila Keluar Lendir Coklat Semasa Hamil, Ini 6 Punca Yang Mungkin Berlaku

Keluar cairan warna seakan coklat sewaktu hamil, adakah ia boleh menyebabkan keguguran?
Terkejut dan tentunya anda akan gelabah bila melihat lendir coklat di awal kehamilan kerana bimbang jika ia boleh mendatangkan risiko keguguran lantas menyebabkan anda tidak kesampaian untuk bergelar ibu dan ayah.
Lendir coklat di awal kehamilan
Mengupas topik ini dengan lebih panjang lebar, Dr Wong Yen Shi dari Sunway Velocity mengatakan lendir coklat di awal kehamilan itu adalah spotting yang normal berlaku kerana implantasi darah.
Namun, ramai yang keliru dengan spotting ini kerana ia berlaku dalam keadaan yang ringan dan jangka masa yang pendek. Walau bagaimanapun, tidak semua wanita hamil akan melalui implantasi berdarah ini.
Sekiranya terdapat pendarahan semasa kehamilan ini, penilaian yang wajar akan dilakukan oleh Pakar Obstetrik bagi mengetahui selanjutnya tentang punca dan mengapa ia terjadi.
Selain daripada implantasi berdarah, pendarahan pada awal kehamilan ini boleh disebabkan keguguran atau kehamilan yang abnormal seperti mengandung luar rahim atau molar pregnancy.
Namun tak perlu risau kerana jarang sekali ia boleh menjadi punca kepada kanser serviks.
Menurut Dr Wong lagi, pada peringkat yang lebih awal spotting ini mungkin tidak terlalu menakutkan dan ia adalah keadaan yang kecil berlaku tanpa perlu dirisaukan. Apapun, anda perlu diperiksa oleh doktor untuk menentukan sama ada ia berisiko pada kehamilan atau tidak.
Biarkan obstetrik yang menentukan sama ada sebarang pendarahan itu normal atau tidak. Jadi, jika anda perhatikan munculnya pendarahan semasa mengandung, jangan tunggu dan teruskan berjumpa doktor untuk diperiksa.
Adakah ia tanda keguguran?
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, keguguran boleh hadir dengan pendarahan dan biasanya berlaku sebelum 20 minggu kehamilan dan boleh terjadi pada satu pertiga daripada kehamilan. Bahkan, keguguran itu sendiri boleh hadir dengan kesakitan dan pendarahan.
Ini 6 punca pendarahan di awal kehamilan
Mestilah risau bila berlakunya pendarahan semasa awal kehamilan, kerana bimbang jika ia boleh mendatangkan risiko pada janin dalam kandungan.
Walau bagaimanapun, jika mengalami spotting adalah lebih baik untuk terus rujuk dengan doktor bagi menentukan keselamatan janin dan ibu.
Berikut ini adalah punca yang boleh menyebabkan pendarahan di awal kehamilan anda:
#1. Jangkitan
Sekiranya terdapat jangkitan pada bahagian serviks (pangkal rahim), vagina atau jangkitan STD seperti herpes, maka ia boleh menyebabkan adanya perdarahan semasa di awal kehamilan anda.
#2. Kehamilan luar rahim
Kehamilan ektopik ini berlaku apabila embrio menempel pada bahagian luar rahim dan jika ia tidak dikesan awal boleh membesar sehingga menyebabkan kerosakan pada tiub follopian sekaligus memberi ancaman pada nyawa ibu.
Bukan hanya berdarah, tetapi terdapat juga simptom lain yang boleh berlaku seperti cramp atau sakit pada bahagian abdomen dan pening kepala. Akan tetapi kebarangkalian untuk berlaku adalah 2% sahaja.
#3. Keguguran
Ini yang paling banyak terjadi pada awal kehamilan, maka pendarahan yang berlaku semasa ini perlulah diberi perhatian lebih. Jadi sebaiknya anda lebih peka terhadap kitaran haid supaya lebih berjaga-jaga sekiranya hamil.
Apatah lagi ramai wanita yang tidak sedar dirinya berbadan dua mengamalkan makanan yang salah atau pengambilan produk yang boleh menyebabkan keguguran.
#4. Implanation bleeding
Implantation bleeding biasanya berlaku sekitar 1 ke 2 hari dan darahnya tidaklah sebanyak darah haid kerana sedikit sahaja.
Ini berlaku disebabkan telur yang disenyawakan sedang mula menempel pada dinding rahim.
#5. Kehamilan molar
Pernah dengar tentang kehamilan molar? Ia merupakan satu keadaan di mana tisu abnormal tumbuh dalam rahim wanita.
Dalam sesetengah kes ia mungkin boleh merebak ke bahagian badan yang lain lalu menjadi kanser. Antara simptom yang dialami seperti muntah-muntah dan loya serta saiz rahim membesar dengan cepat.
#6. Pendarahan placenta
Subchorionic hemorrhage adalah pendarahan yang berlaku sekeliling plasenta dan ibu yang mengalami ini masih boleh bersalin secara normal namun berisiko untuk lahirkan bayi pramatang.
Semoga maklumat ini bermanfaat untuk sepanjang kehamilan anda.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Sunway Velocity, Zine
Baca juga
5 Jenis Cecair Yang Selalu Keluar Dari Faraj, Apa Maksudnya Dari Segi Kesihatan Anda?
Adakah Normal Jika Vagina Keluar Darah Selepas Hubungan Seks Semasa Hamil?
Amaran Seorang Ibu: JANGAN Gendong Bayi Ketika Memasak Di Dapur Kalau Tak Mahu Menyesal!
5 Perilaku Anak Yang Nampak Biasa, Tapi Sebenarnya Bahaya, Tak Boleh Dipandang Remeh!