Mucus plug tanda bersalin merupakan salah satu ‘alert’ proses bersalin di mana lendiran ini akan terkumpul di sekitar serviks ketika mengandung.
Apabila serviks ibu mula terbuka sedikit demi sedikit dan akhirnya semakin meluas, lendir tersebut akan mulai keluar mengalir pada faraj.
Kalau ini kali pertama anda membaca entri tentang Mucus Plug ini, jangan bimbang. Kami akan bantu para ibu untuk memahami lebih mendalam tentang mucus plug pregnancy ini ya!
Mucus Plug Tanda Bersalin
Apabila terjadinya proses ini, boleh dikatakan anda akan bersalin pada bila-bila masa atau dalam masa satu/dua minggu kemudian. Sebab itulah para ibu perlu ‘alert’ dengan warna mucus plug, tekstur mucus plug ini ketika hamil.
Tapi tengok juga, lain individu, lain tempoh bersalin mereka selepas keluarnya mucus plug ini meskipun ianya memang salah satu petanda untuk si ibu masuk labor room tidak lama lagi.
Apa Itu Mucus Plug?
Mucus plug anda ialah koleksi pelindung lendir dalam saluran serviks. Semasa kehamilan, serviks merembeskan cecair pekat seperti jeli untuk memastikan kawasan itu lembap dan dilindungi.
Cecair ini akhirnya terkumpul dan menutup saluran serviks, mewujudkan palam lendir yang tebal. Palam lendir bertindak sebagai penghalang dan boleh menghalang bakteria yang tidak diingini dan sumber jangkitan lain daripada masuk ke dalam rahim anda.
Kehilangan mucus plug semasa mengandung boleh menjadi petanda anda akan bersalin. Apabila serviks mula terbuka lebih luas sebagai persediaan untuk bersalin, mucus plug akan mula mengalir ke dalam faraj.
Tugas utama mucus plug ialah untuk menghalang bakteria dan jangkitan daripada sampai ke janin dalam kandungan dan melindungi janin daripada jangkitan yang mungkin berlaku semasa kehamilan.
Apabila proses ini berlaku, serviks melembut dan membengkak sehingga sel-sel mukus mula mengepam lendir ke dalam rongga, sehingga tiada celah tinggal. Hormon progesteron menyebabkan lendir menjadi pekat dan terus dirembes sepanjang kehamilan.
Mucus Plug Tanda Bersalin: Apakah Kepentingan Mucus Plug?
Di dalam cecair pekat dan melekit ini terdapat antibodi yang boleh melindungi janin yang sedang membesar dalam kandungan ibu. Janin juga dilindungi daripada banyak bakteria, virus, dan agen penyebab penyakit lain.
Sebelum bersalin, keseimbangan hormon wanita hamil mula berubah. Tahap estrogen meningkat apabila proses perkembangan janin hampir memasuki peringkat akhir. Ini mengakibatkan mucus plug mula lembut, menipis dan serviks secara beransur-ansur mengembang dan membuka.
Keadaan ini menyebabkan musuc plug tertanggal daripada serviks dan menolaknya keluar melalui faraj anda. Inilah masanya wanita hamil kehilangan mucus plug – yang dikenali dalam dunia perubatan sebagai bintik berdarah.
Kebiasaannya mucus plug dikeluarkan selepas 37 minggu kehamilan. Dan dalam beberapa kes, ia juga mungkin berlaku beberapa hari atau minggu sebelum tarikh lahir bayi. Namun, ada juga yang tidak mengalaminya sehingga tiba hari untuk melahirkan bayi.
Cecair yang keluar biasanya tidak berbau dengan berwarna merah/merah jambu dengan tekstur berjalur. Cecair ini berasal dari kapilari pecah.
Keluarnya mucus plug itu adalah petanda proses bersalin si ibu semakin hampir. Oleh itu, jika mucus plug itu jatuh pada peringkat awal kehamilan, ia sebenarnya menunjukkan masalah serius atau komplikasi dalam kehamilan ibu.
Pendek kata, setiap kehamilan memang akan ada mucus plug ini.
Mucus Plug Tanda Bersalin: Beza Mucus Plug Dengan Keputihan
Sumber gambar: Mum’s Grapevine.
Mucus Plug:
- Berwarna jernih, putih pudar atau sedikit berdarah – merah, coklat atau merah jambu.
- Tekstur melekit dan seakan-akan jeli.
- Kepanjangan antara 1-2 inci.
- Jumlah antara 1-2 sudu besar.
- Tidak berbau.
Keputihan:
- Berwarna putih susu.
- Tekstur lebih tebal.
- Aroma yang ringan.
Mucus Plug Tanda Bersalin: Ciri-ciri Mucus Plug
Saiz mucus plug dianggarkan 1-2 inci panjang dan 1-2 sudu besar isipadu. Teksturnya melekit dan seperti jeli. Warna juga boleh sedikit berbeza untuk setiap ibu, termasuk:
- Berwarna krim hingga putih kekuningan, dan kadangkala diwarnai dengan merah jambu.
- Kadangkala ianya kelihatan seperti tompokan darah dalam warna merah jambu, coklat atau merah yang mungkin anda lihat pada seluar dalam atau tisu anda selepas anda membuang air kecil.
- Kadang-kadang juga warnanya lebih kuning air atau coklat.
Anda mungkin kehilangan mucus plug anda dalam satu ketulan atau anda mungkin kehilangannya secara beransur-ansur dari masa ke masa dan tidak pernah menyedarinya.
Sebilangan kecil darah adalah perkara biasa, tetapi pendarahan yang banyak mungkin merupakan tanda gangguan plasenta, plasenta previa, atau komplikasi kehamilan yang lain.
Hubungi doktor anda dengan kadar segera jikalau anda mendapati berlakunya pendarahan luar biasa semasa kehamilan.
Pengeluaran cecair dari mucus plug pada wanita hamil boleh berbeza-beza dari satu ibu ke ibu yang lain. Berikut ialah beberapa perkara berbeza yang boleh berlaku apabila mucus plug mula keluar, termasuk:
- Dalam kebanyakan kes, pelepasan akan dibuktikan dengan lendir yang terdapat pada seluar dalam atau cadar, dalam tempoh beberapa hari.
- Untuk sesetengah ibu, mucus plug mungkin terkeluar ketika buang air kecil atau mandi.
- Sesetengah wanita hamil juga berasa kekejangan ringan atau mengadu sakit yang mengganggu di bahagian bawah perut. Rasanya sama dengan senggugut, walaupun keadaan ini mungkin jarang berlaku.
Jika anda melihat palam lendir keluar atau melihat garis-garis darah, ini mungkin menunjukkan bahawa anda akan bersalin dalam beberapa jam atau minggu lagi.
Punca Keluarnya Mucus Plug
Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan ibu hamil kehilangan mucus plug.
Antaranya adalah:
- Melembut dan membuka serviks: Apabila serviks mula menipis (melembut dan menipis) dan melebar (terbuka) – sebagai persediaan untuk bersalin – mucus plug cenderung untuk dikeluarkan dan keluar melalui faraj. “Discharge” mucus plug adalah petanda bahawa bayi sedang bersedia untuk melaluinya.
- Seks: Seks secara amnya selamat semasa mengandung. Walau bagaimanapun, hubungan seks pada minggu-minggu terakhir kehamilan berpotensi melonggarkan mucus plug.
- Pemeriksaan serviks: Semasa temu janji pranatal, bidan atau pakar obstetrik anda akan memeriksa serviks anda (menyapu membran). Ujian ini berisiko meregangkan atau merengsakan serviks dan menyebabkan mucus plug terkeluar.
Jika anda mengesyaki bahawa anda telah kehilangan mucus plug pada kandungan kurang daripada 37 minggu, segera berjumpa dengan doktor pakar untuk pemeriksaan lanjut.
Mucus Plug Tanda Bersalin: Perbezaan Mucus Plug Dengan Pendarahan (Bloody Show)
Kedua-duanya adalah perkara yang berbeza, tetapi berkait rapat. Pendarahan dan mucus plug berlaku pada lewat kehamilan apabila serviks ibu mengembang sebagai persediaan untuk bersalin.
Perbezaan dengan mucus plug, seperti yang dijelaskan sebelum ini – menunjukkan kebocoran darah (pendarahan) pada penghujung semester melalui serviks yang mengembang dan menipis, tanda bahawa badan ibu sedang bersedia untuk bersalin – sebagai saluran kelahiran bayi.
Serviks terdiri daripada saluran darah, di mana apabila dilatasi dan effacement berlaku, serviks terdedah kepada bocor dan menyebabkan darah di dalam keluar – dan kemudian bercampur dengan lendir dari mucus plug itu sendiri.
Bagaimana Pula Jika Ibu Kehilangan Mucus Plug Lebih Awal?
Walaupun secara umum dikatakan mucus plug itu keluar selepas kandungan 37 minggu, namun belum tentu anda akan mengalami keguguran sekiranya mucus plug muncul sebelum tempoh tersebut. Dalam sesetengah kes, ramai wanita hamil mengalami keputihan dan juga tompok ringan, tetapi masih boleh mempunyai kehamilan yang sihat.
Mucus plug yang muncul pada awal kehamilan juga tidak bermakna bahawa janin dalam rahim anda akan mempunyai peningkatan risiko jangkitan.
Tenang ya ibu, di akhir kehamilan bukan sahaja mucus plug yang bertanggungjawab memberi perlindungan, malah air ketuban turut memainkan peranan. Jadi selagi air ketuban dalam rahim ibu cukup dan tidak pecah, semuanya terkawal!
Bila Perlu Jumpa Doktor?
Kehilangan mucus plug lebih awal (sebelum 37 minggu) adalah petanda anda akan bersalin awal. Oleh itu, segera periksa kehamilan anda dengan doktor pakar supaya mereka dapat memberikan bantuan atau penjagaan yang diperlukan serta dapat mengelakkan kelahiran pramatang dan keguguran.
Bahaya keluar mucus plug awal ya! Jangan ambil enteng.
Anda juga disarankan untuk berhati-hati dengan beberapa tanda atau gejala kelahiran pramatang dan keguguran seperti berikut:
- Keluarnya darah merah terang dari faraj.
- Mengalami kontraksi atau kekejangan – lebih daripada lima kali sejam.
- Tekanan pelvis yang sengit.
- Sakit pinggang bawah.
- Keputihan yang jelas dan berair secara tiba-tiba dari faraj.
Tanda-tanda keguguran (sebelum minggu ke-20), termasuk:
- Sakit perut atau kekejangan.
- Sakit belakang.
- Ada tisu keluar dari faraj.
- Kehilangan gejala kehamilan secara tiba-tiba.
- Pendarahan faraj.
Selain itu, anda juga perlu mengetahui tanda-tanda stillbirth atau keguguran selepas minggu ke-20 iaitu:
- Tidak merasakan tendangan janin.
- Bilangan tendangan janin semakin berkurangan, malah meningkat secara mendadak.
- Sakit yang teruk di perut atau belakang.
- Pendarahan faraj.
Jika anda mengalami simptom di atas, segera hubungi ob-gyn anda atau pergi ke hospital berdekatan.
Semoga bermanfaat.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Benarkah Selalu Sakit Pinggang Tanda Hamil? Ini Penyebab & Cara Untuk Mengatasinya
Baca juga: Rasa Badan Lain Macam Kebelakangan Ini? Ini Tanda Mengandung Seminggu Ramai Wanita Tidak Perasan!
Baca juga: 10 Makanan Yang Boleh MELEMAHKAN Kandungan, Ibu Hamil Sebolehnya Elakkan!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!