X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Maggi Malaysia Lancar 6 Episod Realiti TV 'Resipi Berani Maggi' Bermula 14 Julai Ini

4 min bacaan
Maggi Malaysia Lancar 6 Episod Realiti TV 'Resipi Berani Maggi' Bermula 14 Julai Ini

Maggi Malaysia melancarkan siri realiti TV iaitu Resipi Berani Maggi. Ia mengandungi enam episod dan sebahagian kempen Program Mentor Wanita Cukup Berani

Setiap tahun pihak Maggi Malaysia akan merancang dan menetapkan pelbagai program menarik untuk pengguna setianya. Memandangkan kini kita semua dalam tempoh kawalan pergerakan, Maggi mengambil pendekatan dengan melancarkan siri realiti televisyen bagi menghiburkan hati seisi keluarga di rumah.

Siri realiti TV dengan enam episod ini bakal disiarkan bermula pada 14 Julai 2021 pada setiap minggu. Ia merupakan sebahagian daripada kempen Program Mentor Wanita Cukup Berani Maggi.

Keistimewaan siri realiti TV yang disediakan oleh Maggi Malaysia

Mentor Wanita Cukup Berani Maggi

Program Mentor Wanita Cukup Berani Maggi melengkapkan proses pembelajaran dan pemerkasaan, memberi peluang peningkatan kemahiran serta kepemimpinan untuk para peserta.

Ia juga dikenali sebagai mentee yang mengambil bahagian, sambil memperlihatkan transformasi perjalanan hidup serta kemampuan mereka dalam meraih kejayaan.

Antara salah satu tujuan utama kempen Program Mentor Wanita Cukup Berani Maggi adalah untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita melangkah keluar dari zon selesa dan mencuba sesuatu yang baharu. Bak kata pepatah, Tak Kenal, Tak Cinta.

Pada tahun lalu, hampir 1,000 orang wanita telah mengambil bahagian dengan menyertai Bengkel Online Wanita Cukup Berani Maggi yang diadakan melalui kerjasama program Women’s Will anjuran Google.

Maggi Malaysia cipta program bagi menguatkan keupayaan wanita

Daripada bengkel ini, lapan mentee telah dipilih sebagai finalis dalam siri realiti TV yang dinilai dari aspek keberanian, ketahanan diri dan tekad mereka untuk mencipta kejayaan melalui perniagaan makanan dari rumah serta menghadapi realiti mencabar pada hari ini.

Dalam program Resipi Berani Maggi, peserta akan menerima pelbagai cabaran dalam bidang berikut:

  • Kemahiran digital dan memasak
  • Kemahiran perniagaan
  • Sesi bimbingan maklum balas dengan tiga mentor Maggi Malaysia iaitu- Ikon Masakan dan Duta Jenama bagi Maggi CukupRasa, Datin Paduka Eina Azman, Pengarah, Penerbit, Pelakon dan Pemilik The Dim Sum Place, Sheila Rusly dan Ikon Usahawan Muda 2019 dan Pemilik My Mum’s Bakery, Anne Idris

Bengkel Online Wanita Cukup Berani

Pemenang pertama Resipi Berani Maggi bakal menerima hadiah wang tunai sebanyak RM8,000 dan program bimbingan peribadi selama 8 minggu bersama ikon usahawan, Anne Idris.

Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing akan menerima wang tunai sebanyak RM5,000. 

Lapan orang finalis yang tampil dalam siri realiti TV Resipi Berani Maggi ini terdiri daripada pemilik-pemilik perniagaan makanan dari rumah iaitu Aza Syima Abdullah, Bibiaminani A. Ghani, Haslina Mohd Idris, Mazzaton Miza Wahab, Nur Azreen Masera Albakri, Nur Hidayah Jeffri, Roslina Mohd Isa dan Siti Aishah Abd Razak.

Maggi Malaysia berhasrat menyokong lebih ramai wanita

”Pelancaran Resepi Berani Maggi ini adalah sangat mengujakan dan bermanfaat. Ia juga membuktikan bahawa Program Mentor Wanita Cukup Berani Maggi 2020 telah berjaya.”

”Objektif utama program bersiri ini adalah untuk mengetengahkan transformasi dan perjalanan penuh emosi para mentee, memberi inspirasi kepada wanita lain untuk membina langkah pertama mencuba sesuatu yang baru dan membawa perubahan positif bagi diri mereka serta insan yang disayangi,” jelas Pegawai Eksekutif Perniagaan Maggi, Nestle (Malaysia) Berhad, Geetha Balakrishna.

Resipi Berani MAGGI

Jelas Geetha, pihaknya telah melihat bagaimana para mentee dapat melangkah keluar dari zon selesa mereka, mengatasi cabaran dan merasai peningkatan kemahiran di bawah bimbingan Mentor yang berwibawa.

Maggi Malaysia turut berharap agar dapat terus menyokong lebih ramai wanita melalui Program Mentor Wanita Cukup Berani Maggi pada tahun 2021.

Bagi anda yang berminat menyertai Bengkel Online Wanita Cukup Berani Maggi dengan kerjasama Google Women’s Will, ia bakal diadakan pada tarikh 27-29 Julai 2021 dan 12-14 Oktober 2021.

Peserta yang terpilih berpeluang menghadiri Masterclass: Cara Menjayakan Perniagaan Makanan yang eksklusif dan serba baru.

Untuk maklumat lanjut mengenai siri realiti TV Resipi Berani Maggi dan pendaftaran bengkel, anda boleh terus ke laman web rasmi di www.maggi.my/ms/aktiviti-maggi/maggi-cukup-rasa/

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Maggi Bawa Keceriaan Kepada Warga Emas Yang Terpilih Sempena Tahun Baru Cina 

Stories Rakan Kongsi
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Maggi Malaysia Lancar 6 Episod Realiti TV 'Resipi Berani Maggi' Bermula 14 Julai Ini
Kongsikan:
  • 14 Ciri Unik Penapis Udara Dyson TP07, Udara Dalam Rumah Bersih & Segar Sepanjang Ramadan

    14 Ciri Unik Penapis Udara Dyson TP07, Udara Dalam Rumah Bersih & Segar Sepanjang Ramadan

  • Cara Solat Terawih Sendirian Wanita Di Rumah, Panduan Buat Ibu Yang Ada Anak Kecil

    Cara Solat Terawih Sendirian Wanita Di Rumah, Panduan Buat Ibu Yang Ada Anak Kecil

  • Tak Sempat Ganti Puasa Tahun Lepas, Ini Kadar Bayaran Fidyah Ikut Negeri Tahun 2023

    Tak Sempat Ganti Puasa Tahun Lepas, Ini Kadar Bayaran Fidyah Ikut Negeri Tahun 2023

  • 14 Ciri Unik Penapis Udara Dyson TP07, Udara Dalam Rumah Bersih & Segar Sepanjang Ramadan

    14 Ciri Unik Penapis Udara Dyson TP07, Udara Dalam Rumah Bersih & Segar Sepanjang Ramadan

  • Cara Solat Terawih Sendirian Wanita Di Rumah, Panduan Buat Ibu Yang Ada Anak Kecil

    Cara Solat Terawih Sendirian Wanita Di Rumah, Panduan Buat Ibu Yang Ada Anak Kecil

  • Tak Sempat Ganti Puasa Tahun Lepas, Ini Kadar Bayaran Fidyah Ikut Negeri Tahun 2023

    Tak Sempat Ganti Puasa Tahun Lepas, Ini Kadar Bayaran Fidyah Ikut Negeri Tahun 2023

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.