X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Kalau Anak Comot-comot Sebab Main Lumpur, Biarkan Sahaja. Ini Sebabnya!

4 min bacaan
Kalau Anak Comot-comot Sebab Main Lumpur, Biarkan Sahaja. Ini Sebabnya!

Sebagai ibu bapa, tentulah kita tidak suka melihat anak kita comot dan kotor akibat dari main lumpur tetapi membenarkan anak bermain dengan lumpur dan memberi mereka kebebasan untuk comot-comot sebenarnya memberi faedah kepada tumbesaran mereka.

Kanak-kanak adalah makhluk yang sentiasa ingin meneroka dan tidak mempedulikan apa-apa hal. Yang mereka tahu, mereka hanya hendak berseronok dan bermain sepanjang hari walaupun main lumpur!

Sebagai ibu dan bapa, tentulah kita tidak mahu membenarkannya kerana khuatir si anak akan mengotorkan baju dan tubuh badan mereka, lantas mengotorkan rumah pula apabila mereka pulang dari bermain.

Tetapi, sebenarnya, ada bagus jika anda tidak menghalang si manja daripada bermain lumpur kerana kanak-kanak yang diberi kebebasan untuk meneroka akan menunjukkan implikasi-implikasi yang baik dalam tumbesaran mereka.

Kesan-kesan Baik Bila Membenarkan Anak Main Lumpur

main lumpur

Kredit: Freepik

1# Sistem imunisasi yang lebih sihat

Betul, lumpur memang mengandungi kuman. Tetapi, kuman-kuman ini dapat menguatkan sistem imunisasi anak anda kerana mereka telah terdedah padanya di usia yang lebih awal. Sesetengah kajian menyatakan bahawa kanak-kanak yang tidak terdedah kepada penerokaan yang kotor lebih mudah untuk mendapat penyakit dan alahan.

2# Melahirkan kanak-kanak yang kreatif

Penerokaan anak-anak terhadap lumpur boleh menjadikan mereka individu-individu yang kreatif. Jika mereka menambah sedikit air kepada lumpur, anak anda boleh membentuk lumpur tersebut menjadi seakan-akan kek atau mereka juga boleh bermain masak-masak dengan lumpur tersebut.

3# Mengurangkan tahap stres anak

Walaupun mereka hanyalah kanak-kanak, tetapi mereka juga ada hari di mana mereka berasa stres dan mungkin pada hari tersebut, si kecil hendak bermain dengan lumpur. Jadi, biarkan sahaja. Sekiranya permainan tersebut menyeronokkan bagi mereka, pasti mereka akan good mood dengan secepat mungkin.

4# Perkembangan penggunaan skil motor kasar dan halus

main lumpur

Kredit: Unsplash

Dengan bermain lumpur, anak anda pasti akan menggunakan pelbagai perbuatan seperti mencedok lumpur, menggaul, meletakkan lumpur di dalam bekas. Ini semua akan mengembangkan lagi skil motor mereka.

5# Pertambahan vitamin D

Bermain dengan tanah pasti akan menyebabkan anak anda terdedah kepada cahaya matahari. Cahaya matahari boleh memberi pertambahan vitamin D ke dalam diri anak untuk melindungi kesihatan tulang dan sistem imuniasi mereka. Walaupun pendedahan terlalu banyak kepada cahaya matahari boleh menjadi bahaya, tetapi jika tidak mendapat pendedahan secukupnya pun tidak elok juga.

Tetapi, Selamatkah Aktiviti Bermain Lumpur Ini?

Anda mungkin sedang berfikir tentang kuman-kuman yang berada di dalam tanah tersebut yang boleh menyebabkan si manja anda tidak sihat. Tapi, kami syorkan bahawa membenarkan si kecil anda bermain dalam lumpur adalah sangat, SANGAT selamat!

Walau bagaimanapun, jika anda masih khuatir, ini cara kami melindungi si kecil setelah bermain dengan lumpur.

  • Menghalang mereka memasukkan tangan ke dalam mulut. Kanak-kanak tidak tahu-menahu tentang bahaya memakan perkara-perkara rawak. Jadi, sudah menjadi tugas anda untuk menghalang mereka dari memasukkan tangan yang kotor dengan lumpur ke dalam mulut.
  • Mandi menggunakan sabun antibakteria setelah bermain. Sejurus sahaja selepas bermain, suruhlah anak anda mandi dan membersihkan diri dengan teliti menggunakan sabun antibakteria. Pastikan celahan kuku si manja anda dibersihkan dengan rapi sehingga tiada lagi lumpur.
Kalau Anak Comot-comot Sebab Main Lumpur, Biarkan Sahaja. Ini Sebabnya!

Kredit: Healthline

  • Potong kuku anak sebelum bermain. Jika mencuci kuku anak setelah bermain lumpur sesuatu yang melecehkan, potonglah kuku mereka terlebih dahulu sebelum turun bermain ke tanah.
  • Mencabut lalang yang ada pada tanah. Elakkan menggunakan racun pembunuh lalang untuk memastikan ketiadaan lalang pada tanah. Sekiranya si manja anda tersilap memasukkan tangan ke dalam mulut setelah terdedah kepada tanah yang disembur racun, ia boleh membawa implikasi yang lebih serius pula.
  • Memakan ubat cacing. Seperti yang kita ketahui, kanak-kanak perlulah memakan ubat cacing jadi sekiranya si manja anda sudah mempunyai perlindungan dari ubat cacing tersebut, anda tidak perlulah terlalu risau. Tetapi, jika mereka masih belum mendapatkan dos ubat cacing pada waktu yang ditetapkan, inilah waktu untuk anda mulakan.

Kesimpulannya, membenarkan si manja anda bermain dengan lumpur sebenarnya lebih selamat dari tidak membenarkan mereka terdedah kepada apa-apa kuman dan bahaya. 

Walaupun ia agak memeningkan kepala ibu dan ayah dari segi pembersihan, tetapi membenarkan si kecil anda meneroka dunia yang tampak besar ini pada mereka boleh melahirkan seorang individu yang cerdik, kreatif serta lebih sihat sistem imunisasinya!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Life Education, Kids Do Gardening

Baca juga: Jangan Marah Anak Kuat Bermain! Ia Membantu Pembesaran & Pembelajaran Mereka – Kajian

Stories Rakan Kongsi
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Shafirra

  • halaman rumah
  • /
  • Kanak-Kanak
  • /
  • Kalau Anak Comot-comot Sebab Main Lumpur, Biarkan Sahaja. Ini Sebabnya!
Kongsikan:
  • Jangan Marah Anak Kuat Bermain! Ia Membantu Pembesaran & Pembelajaran Mereka - Kajian

    Jangan Marah Anak Kuat Bermain! Ia Membantu Pembesaran & Pembelajaran Mereka - Kajian

  • Perkembangan Anak 6 Tahun 6 Bulan, Mereka Makin Aktif & Perlukan Makanan Sihat Setiap Hari

    Perkembangan Anak 6 Tahun 6 Bulan, Mereka Makin Aktif & Perlukan Makanan Sihat Setiap Hari

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Jangan Marah Anak Kuat Bermain! Ia Membantu Pembesaran & Pembelajaran Mereka - Kajian

    Jangan Marah Anak Kuat Bermain! Ia Membantu Pembesaran & Pembelajaran Mereka - Kajian

  • Perkembangan Anak 6 Tahun 6 Bulan, Mereka Makin Aktif & Perlukan Makanan Sihat Setiap Hari

    Perkembangan Anak 6 Tahun 6 Bulan, Mereka Makin Aktif & Perlukan Makanan Sihat Setiap Hari

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.