X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Mainan Wisel Birthday Rodok Lelangit Mulut Anak Sampai BERDARAH & LUKA TERUK!

4 min bacaan
Mainan Wisel Birthday Rodok Lelangit Mulut Anak Sampai BERDARAH & LUKA TERUK!

Tak dapat nak dibayangkan bagaimana sengsaranya adik ini apabila mainan tiup-tiup hari jadi akhirnya berubah menjadi tragedi yang tidak akan dilupakan.

Siapa sangka mainan kanak-kanak yang kita rasakan tidak mendatangkan bahaya, rupa-rupanya boleh mencederakan anak tanpa di sedari.

Hal ini kerana, permainan dan kanak-kanak sememangnya tidak dapat dipisahkan kerana si kecil boleh belajar sesuatu daripada alat mainan tersebut mengikut perkembangan usia mereka.

Namun siapalah kita untuk menidakkan sesuatu perkara dari terjadi seperti kisah ini di mana seorang kanak-kanak perempuan mengalami kecederaan yang serius di bahagian lelangit mulutnya akibat tercucuk dengan mainan wisel birthday.

Jom ikuti perkongsian daripada ibunya yang bernama Nur Hidayah Baharom yang tular di laman Facebook.

Bahaya mainan kanak-kanak

mainan kanak kanak

Ini petikan posting yang dimuat naik dalam Facebook Hidayah dan mendapat  19,692 shares dari pengguna yang lain.

Bismillahirrahmanirrahim, pengajaran buat saya dan ibu bapa di luar sana supaya tidak leka dengan apa yang anak kita pegang untuk bermain kerana apa- apa pun boleh berlaku seperti tercucuk di mata, hidung atau seperti yang terjadi kepada anak saya sendiri. Walaubagaimanapun, tujuan saya berkongsi cerita ini hanya untuk dijadikan sekadar peringatan, pengajaran dan pengalaman supaya kita lebih berhati-hati di masa depan. Saya tidak pandai untuk bercerita lebih panjang namun secara ringkasnya, anak perempuan saya bernama Nur Alisha Safiya Mohd Khairul Anuar yang berumur dua tahun sedang bermain dengan mainan yang selalu digunakan untuk tiup-tiup semasa birthday.

Semasa itu, dia letakkan benda tersebut di dalam mulut tapi tiba- tiba dia jatuh tersembam ke lantai hingga benda tersebut merodok lalu menyebabkan lelangit mulutnya terkoyak dan berlaku di depan mata saya sendiri. Terus saya menggigil bila melihat darah banyak tak berhenti sampai muka anak jadi biru malah menangis pun tak keluar suara. Kemudian saya basuh muka dia dan bagi minum air sejuk. Bila darah sudah berhenti, saya lihat koyakan besar di bahagian atas lelangit itu. Terus kami bergegas ke hospital dan doktor buat surat untuk ke bahagian pakar sebab ia membabitkan dalam mulut yang nipis. Lantas itu, doktor terus meminta persetujuan untuk melakukan jahitan pada bahagian yang tercedera itu. Ya, ini silap saya dan berkongsi cerita ini untuk menjadi pengajaran buat semua agar tidak melakukan perkara yang sama. Walaupun mainan tersebut hanyalah straw biasa namun macam-macam boleh terjadi.

Apa itu kecederaan oral?

mainan budak

Kecederaan oral atau mulut (maksilofasial) merujuk kepada kawasan mulut, muka dan rahang. Ia juga meliputi kecederaan di mana-mana kawasan bertulang, struktur daging atau isi muka.

Selain itu, kecederaan ini juga melibatkan bahagian bibir, pipi, lidah atau hidung yang berkemungkinan untuk terkoyak atau tercalar.

Kecederaan yang parah boleh menyebabkan tulang muka, lelangit, soket mata dan rahang bawah beralih atau berubah tempat.

Oleh sebab itu, kecederaan yang parah ini boleh menyebabkan masalah untuk bernafas, bercakap dan makan.

Tanda-tanda

kecederaan lelangit

Sekiranya anak mengalami gejala seperti di bawah segera bawanya berjumpa doktor.

  • Sakit bahagian rahang
  • Luka pada tisu lembut sama ada kulit atau dalam mulut
  • Bengkak dan pendarahan
  • Kedudukan tulang yang beralih
  • Pergerakan tulang yang tidak normal
  • Kesukaran untuk mengunyah dan makan
  • Rasa sakit bila disentuh atau ditekan
  • Patah gigi atau sakit gigi
  • Kehilangan deria rasa
  • Bukaan mulut jadi semakin sempit
  • Kecederaan mata termsuklah gangguan penglihatan
  • Sukar bernafas

Komplikasi yang boleh berlaku

Berikut adalah komplikasi yang boleh berlaku jika membiarkan keadaan anak tanpa dibawa berjumpa doktor

  • Risiko kepada laluan pernafasan
  • Pendarahan
  • Jangkitan
  • Kecacatan bentuk muka
  • Hilang keupayaan untuk menggigit, mengunyah dan menelan
  • Masalah dengan sendi rahang
  • Gangguan deria rasa
  • Gangguan fungsi mata

Rawatan

Seperti yang berlaku pada kanak-kanak perempuan itu yang mengalami luka di bahagian tisu yang lembut di mana kecederaan tersebut perlu dibersihkan terlebih dahulu supaya dapat mengelakkan jangkitan.

Namun luka yang lebih besar memerlukan jahitan. Kemudian antibiotik dan ubat tahan sakit akan diberikan bagi membantu proses penyembuhan.

Semoga kita semua lebih waspada tentang keselamatan anak tidak kira di mana jua. 

Stories Rakan Kongsi
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Beware of chemicals that can harm your children
Beware of chemicals that can harm your children

Mainan Wisel Birthday Rodok Lelangit Mulut Anak Sampai BERDARAH & LUKA TERUK!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Nur Hidayah Baharom

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comanak-tertusuk-kayu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Keselamatan anak
  • /
  • Mainan Wisel Birthday Rodok Lelangit Mulut Anak Sampai BERDARAH & LUKA TERUK!
Kongsikan:
  • Anak Lembik, Keluar Darah Tercekik Mainan! Baca Kisah Ibu Ini Yang Sangka Anaknya Mati!

    Anak Lembik, Keluar Darah Tercekik Mainan! Baca Kisah Ibu Ini Yang Sangka Anaknya Mati!

  • Semak Dulu Sebelum Beli Permainan Anak, Mungkin Ada 4 Bahan Kimia Bahaya Ini!

    Semak Dulu Sebelum Beli Permainan Anak, Mungkin Ada 4 Bahan Kimia Bahaya Ini!

  • Anak Lembik, Keluar Darah Tercekik Mainan! Baca Kisah Ibu Ini Yang Sangka Anaknya Mati!

    Anak Lembik, Keluar Darah Tercekik Mainan! Baca Kisah Ibu Ini Yang Sangka Anaknya Mati!

  • Semak Dulu Sebelum Beli Permainan Anak, Mungkin Ada 4 Bahan Kimia Bahaya Ini!

    Semak Dulu Sebelum Beli Permainan Anak, Mungkin Ada 4 Bahan Kimia Bahaya Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.