X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Hot Dog Boleh Membunuh Kanak-Kanak Dalam Beberapa Saat, Ibu Kalau Boleh Elakkan!

4 min bacaan
Hot Dog Boleh Membunuh Kanak-Kanak Dalam Beberapa Saat, Ibu Kalau Boleh Elakkan!

Makan hot dog yang berlebihan boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan terhadap anak kecil. Ibu ayah sebaiknya elakkan beri makanan ini

Kebanyakan kanak-kanak gemar makan hot dog dan makanan proses yang lain. Memandangkan segelintir anak menolak nasi, ada ibu terpaksa memilih makanan ini hampir setiap hari.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Bahaya anak makan hot dog dengan banyak
  • Makan hot dog boleh meningkatkan risiko kanser usus
  • Bukan makan sosej setiap hari, jadi apa salahnya?
  • Buah-buahan dan susu sebagai 'penawar' terhadap kesan hot dog

Hot dog atau sosej merupakan sejenis makanan yang diproses mempunyai pelbagai risiko masalah kesihatan jika anak kecil mengambilnya dalam kadar tinggi.

Bahaya anak makan hot dog dengan banyak

bahaya hot dog

Menurut Public Health Malaysia, selain masalah kesihatan, pakar kanak-kanak menyarankan agar tanda amaran diletakkan di plastik pembungkus sosej kerana ia merupakan makanan utama berupaya menyebabkan kes tercekik dalam kalangan kanak-kanak.

Berdasarkan kajian American Academy of Pediatrics, sebanyak 17 peratus kes tercekik makanan berpunca dari makan hot dog, terutamanya bagi kanak-kanak yang berusia 3 tahun ke bawah, di mana ketika ini gigi masih belum tumbuh sepenuhnya untuk mengunyah hot dog.

Pengarah Center of Injury Research and Policy at Nationwide Children's, Ohio, Dr Gary Smith, mengatakan hot dog boleh menyendal saluran pernafasan. Jika ini yang terjadi, memang agak mustahil untuk mengeluarkannya.

Makan hot dog boleh meningkatkan risiko kanser usus

Rasanya yang sedap membuatkan ramai meminati makanan proses ini. Namun tahukah anda apakah kandungan di dalamnya?

Sebenarnya hot dog mengandung kandungan garam serta lemak tepu yang tinggi sehingga boleh menyebabkan masalah obesiti, kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung.

Lebih membahayakan, kandungan nitrite di dalam hot dog dan kebanyakan makanan proses lain diketahui menyebabkan kanser usus.

anak makan hot dog

Dari 2008-2013, terdapat 4501 kes kanser usus di Malaysia terutamanya dalam kalangan kaum cina dan ia merupakan antara pembunuh utama di Malaysia. Nitrites merupakan garam tambahan yang digunakan sebagai bahan pengawet di dalam hot dog.

Apabila ia dicernakan dalam sistem penghadaman, bakteria akan menukarkannya kepada N-Nitroso yang merupakan bahan kompaun yang boleh menyebabkan kanser.

Menurut WHO's International Agency for Research on Cancer, setiap 50g daging proses yang dimakanan, ia berupaya meningkatkan risiko kanser usus sebanyak 18 peratus.

Bukan makan sosej setiap hari, jadi apa salahnya?

Mungkin ada ibu yang melihat isu ini secara sinis dengan mengatakan ''ala, bukan makan hari-hari.''

Fikirkanlah semula.

''Makanan proses'' dalam konteks ini termasuklah segala makanan di dalam tin seperti ikan sardin, tuna, makanan sejuk beku, makanan yang dikeringkan dan diawet seperti ikan masin, ikan kering, buah-buahan, sayuran jeruk serta segala makanan yang diproses sebelum dihidangkan ke pinggan anda.

Buah-buahan dan susu sebagai 'penawar' terhadap kesan hot dog

Kajian awal makmal saintis membuktikan pengambilan makanan yang mengandungi kalsium dapat mengurangkan kesan bahan berkanser di dalam hot dog.

Dalam kajian tersebut, tikus yang diberikan kalsium tidak menunjukkan peningkatan paras Tumor Marker berbanding tikus yang diberi makan hot dog. 

Justeru pengambilan makanan yang mengandungi kalsium seperti susu dan yogurt boleh menjadi 'penawar' kepada bahan kanser di dalam hot dog.

bahaya sosej

Selain itu pengambilan makanan yang tinggi bahan antioksida dan vitamin C seperti buah-buahan dan sayuran dapat membantu mengurangkan kesan buruk akibat dari pengambil hot dog.

Apa yang masyarakat perlu tahu adalah pengambilan hot dog yang kerap dalam kuantiti banyak boleh memberikan kesan buruk serta bahaya terhadap kesihatan.

Pastikan hidangan ini diseimbangkan dengan buah-buahan, sayur-sayuran serta produk tenusu yang lain.

Kesimpulannya, bersederhanalah ketika mengambil makanan proses ini. Ibu-ibu hendaklah menyediakan menu hidangan yang lebih sihat bagi memastikan kesihatan si manja terjaga.

Hal ini kerana mereka berhak mendapatkan makanan yang selamat dan tidak memberikan sebarang kesan bahaya pada masa akan datang.

Public Health Malaysia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bahaya Anak Gemar Makan Sosej, Ia Sebenarnya Penyebab Leukemia & Kanser Usus!

Stories Rakan Kongsi
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
Pencegahan 101: Panduan Ringkas Dalam Melindungi Bayi Anda Terhadap Rotavirus
Pencegahan 101: Panduan Ringkas Dalam Melindungi Bayi Anda Terhadap Rotavirus
Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

Baca juga: Mata Anak Buta Akibat Terlebih Makan Kentang, Sosej & Makanan Ringan Sejak Sekolah Rendah!

Baca juga: Ibu Bapa Mungkin Sebab Anak Lebih Suka Makanan Ringan, Menurut Kajian 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Hot Dog Boleh Membunuh Kanak-Kanak Dalam Beberapa Saat, Ibu Kalau Boleh Elakkan!
Kongsikan:
  • Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
    Stories Rakan Kongsi

    Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus

  • Ada Pelbagai Masalah Mata, Tetapi Jangan Tersalah Rawat Ya! Ini 8 Ubat Mata Untuk Legakan Mata Kering, Mata Merah Dan Sebagainya

    Ada Pelbagai Masalah Mata, Tetapi Jangan Tersalah Rawat Ya! Ini 8 Ubat Mata Untuk Legakan Mata Kering, Mata Merah Dan Sebagainya

  • Plasenta Akreta Adalah Keadaan Yang Membahayakan Wanita Hamil & Janin. Bakal Ibu Perlu Waspada!

    Plasenta Akreta Adalah Keadaan Yang Membahayakan Wanita Hamil & Janin. Bakal Ibu Perlu Waspada!

  • Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
    Stories Rakan Kongsi

    Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus

  • Ada Pelbagai Masalah Mata, Tetapi Jangan Tersalah Rawat Ya! Ini 8 Ubat Mata Untuk Legakan Mata Kering, Mata Merah Dan Sebagainya

    Ada Pelbagai Masalah Mata, Tetapi Jangan Tersalah Rawat Ya! Ini 8 Ubat Mata Untuk Legakan Mata Kering, Mata Merah Dan Sebagainya

  • Plasenta Akreta Adalah Keadaan Yang Membahayakan Wanita Hamil & Janin. Bakal Ibu Perlu Waspada!

    Plasenta Akreta Adalah Keadaan Yang Membahayakan Wanita Hamil & Janin. Bakal Ibu Perlu Waspada!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.