X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Mengidam Makan Petai Mentah Buat Ulam, Ini Risiko Untuk Ibu Hamil

5 min bacaan
Mengidam Makan Petai Mentah Buat Ulam, Ini Risiko Untuk Ibu Hamil

Walaupun petai menghasilkan bau kurang enak ketika kencing, masih ramai lagi yang gemar untuk meratahnya. Bagaimana pula jika pengambilan petai untuk ibu hamil? Adakah ia memberi kesan pada tubuh?

Mengidam sering menghantui perasaan para ibu hamil. Namun bagaimana jika anda mengidam makan petai? Adakah pengambilan petai untuk ibu hamil tidak mendatangkan risiko kepada bayi dalam kandungan? 

Seperti yang kita sedia maklum, petai mempunyai aroma bau yang kurang menyenangkan. Namun ia adalah ulam yang paling popular bagi meningkatkan selera makan seseorang. Isinya sedap dimakan mentah atau dimasak dalam hidangan seperti masakan sambal atau masak lemak.

Walau bagaimanapun, kita tidak boleh sangkal petai juga sangat bermanfaat untuk kandungan ibu hamil. Bahkan banyak penelitian merungkaikan makan dua papan petai sama dengan bersenam selama 90 minit. 

▲▼Isi Kandungan

  • 5 Khasiat Petai Untuk Ibu Hamil 
  • Keburukan Makan Petai Untuk Ibu Hamil
  • Resepi Berasaskan Petai 

5 Khasiat Petai Untuk Ibu Hamil 

 

 

Mengidam Makan Petai Mentah Buat Ulam, Ini Risiko Untuk Ibu Hamil

Petai adalah tumbuhan jenis saka atau nama saintifiknya Parkia Speciosa yang biasanya tumbuh di dalam hutan atau ditanam secara komersial. 

Kebaikan petai yang terdapat pada kulit dan isinya iaitu kandungan faitosterol yang bersifat anti diabetes dan anti kolestrol menjadikan sayuran ini sesuai untuk dimakan oleh ibu hamil yang mempunyai GDM.

Salah satu cara yang boleh digunakan untuk mengurangkan bau yang kuat adalah dengan merebus petai terlebih dahulu sebelum dimakan bersama nasi putih. 

Jom kita semak kebaikan petai semasa hamil ini: 

1. Makan petai ketika hamil: Menjaga kesihatan tulang 

Dengan petai, anda dapat mencegah penyakit osteoporosis dan membantu pembentukan tulang serta gigi pada janin dalam kandungan ibu. 

2. Makan petai ketika hamil: Dapat mencegah anemia 

Dengan petai juga dapat membantu memberi kandungan zat besi yang cukup pada ibu hamil yang memiliki masalah anemia atau kekurangan darah merah. 

Ini kerana semasa hamil, ibu memerlukan volume darah yang mencukupi supaya kesihatan janin dalam keadaan baik sehingga selamat dilahirkan. 

3. Memelihara tekanan darah 

Mengidam Makan Petai Mentah Buat Ulam, Ini Risiko Untuk Ibu Hamil

Tekanan darah tinggi juga sering menyerang wanita hamil dan keadaan ini boleh membahayakan bayi dalam kandungan. 

Namun, jika ibu mengambil petai ia dapat memaksimumkan risiko ini kerana petai mengandungi potasium seterusnya menstabikan tekanan darah semasa hamil.

4. Meningkatkan daya tahan tubuh 

Biji petai terbukti mengandungi hexathionine dan trithiolane yang memiliki kemampuan anti bakteria seterusnya dapat meningkatkan daya tahan tubuh terhadap sebarang infeksi, kuman dan bakteria.

5. Dapat mencegah penyakit berbahaya 

Petai juga dapat menyediakan antioksidan yang mencukupi untuk kesihatan badan anda.

Flavonoid dalam petai juga dapat membantu melawan radikal bebas yang sering ditemui dalam penyakit kanser dan kencing manis. 

Keburukan Makan Petai Untuk Ibu Hamil

Mengidam Makan Petai Mentah Buat Ulam, Ini Risiko Untuk Ibu Hamil

  • Petai memiliki protein yang tinggi dan amonia di mana ia boleh menyebabkan proses penyaringan dalam tubuh menjadi lambat. Sekiranya ia dibiarkan, boleh mengakibatkan ginjal bekerja lebih kuat berbanding biasa. 
  • Makan petai juga boleh membuatkan mulut dan urin berbau busuk selama dua ke tiga hari. Sudah tentu keadaan ini menganggu orang di sekitar anda.
  • Dengan petai juga menyulitkan proses pencernaan untuk pemecahan karbohidrat kompleks yang ada dalam petai. Maka, sebaiknya anda masak atau rebus petai terlebih dahulu supaya sistem pencernaan tidak terganggu. 

Selalunya misi akan menasihati supaya tidak makan ketika apabila sudah menghampiri ‘due date’ kerana akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Walau bagaimanapun, jika anda ingin makan petai pastikan tidak mengambilnya secara berlebihan dan sekiranya muncul sebarang alahan tertentu pastikan anda rujuk dengan doktor.

Resepi Berasaskan Petai 

Sambal Hijau Petai Ikan Bilis

petai untuk ibu hamil

Bahan-Bahan: 

  • 250gm ikan bilis
  • 200gm cawan isi petai
  • 1 biji bawang besar dihiris 
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • Minyak secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya

Bahan kisar:

  • 6 biji cili hijau
  • 10 biji cili padi hijau
  • 3 ulas bawang putih 
  • 6 ulas bawang merah 

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Kemudian goreng pula petai. Angkat dan ketepikan.
  3. Menggunakan minyak yang sama tumis, bawang merah bersama bahan kisar.
  4. Kacau sehingga wangi dan pecah minyak.
  5. Masukkan ikan bilis dan petai, kacau rata.
  6. Seterusnya, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
  7. Kecilkan api terus kacau sambal hingga garing.
  8. Angkat dan hidangkan.

Sambal Petai Sotong

sambal petai

Bahan-Bahan: 

  • 300gm sotong 
  • 200gm isi petai
  • 1 biji bawang besar
  • 1 sudu besar pes asam jawa
  • 4 sudu besar pes cili
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu besar minyak masak

Bahan kisar:

  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang kisar
  • 3 biji cili merah
  • 2cm halia muda 
  • 2cm belacan

Cara memasak:

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
  1. Masukkan sotong dalam kuali, kemudian kacau seketika sehingga sotong kecut lebih kurang 2-3 minit sahaja. Angkat dan toskan.
  2. Menggunakan kuali lain, panaskan minyak, kemudian goreng petai hingga layu. Angkat dan ketepikan.
  3. Menggunakan kuali yang sama, tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar.
  4. Setelah wangi masukkan pes cili bersama asam jawa. Kacau lagi hingga pecah minyak.
  5. Masukkan petai dan sotong tadi.Kacau rata lebih kurang 2-3 minit.
  6. Seterusnya perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Kecilkan api biarkan sambal mereneh hingga pecah minyak seketika.
  8. Angkat dan sedia dihidangkan.

Gulai Lemak Petai Udang

petai untuk ibu hamil

Bahan-Bahan:

  • 2 papan petai muda
  • 500gm udang saiz XL
  • 2 batang serai
  • 2 keping asam gelugor
  • 1 helai daun kunyit 
  • 3 cawan santan
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar halus:

  • 15 biji cili padi
  • 2 tangkai cili merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 3cm kunyit hidup

Cara Memasak:

  1. Rebus petai yang telah dibersihkan hingga empuk. Angkat dan toskan.
  2. Masukkan petai di dalam periuk bersama asam gelugor, serai dan daun kunyit dan bahan-bahan kisar halus tadi.
  3. Tuangkan santan dan gaul rata.
  4. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih.
  5. Seterusnya masukkan udang dan sentiasa kacau.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Kecilkan api dan kacau seketika, kemudian tutup api.
  8. Gulai sedia dihidangkan.

Selamat mencuba.

Popmama Rasa

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 12 Cara Pastikan Miss V Bau Wangi Sepanjang Hari, Tiada Lagi Bau Busuk!

Baca juga: Jangan Ambil Mudah Sakit Gigi Ketika Hamil, Anda Berisiko Dapat Bayi Pramatang!

Baca juga: Tapai Pulut Memang Sedap, Tapi Boleh Menyebabkan RISIKO Kepada Bayi Dalam Kandungan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Mengidam Makan Petai Mentah Buat Ulam, Ini Risiko Untuk Ibu Hamil
Kongsikan:
  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham