X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu Menyusu WAJIB Makan 9 Jenis Makanan Ini Setiap Hari Bagi Meriahkan Susu Badan!

4 min bacaan
Ibu Menyusu WAJIB Makan 9 Jenis Makanan Ini Setiap Hari Bagi Meriahkan Susu Badan!

Semua ibu mahu memberikan susu yang terbaik untuk bayinya. Bacalah apa yang berkhasiat ibu perlu makan ketika menyusukan si manja.

Apakah makanan untuk ibu menyusu yang baik untuk penghasilan susu badan yang berkhasiat? Ini soalan yang pasti ibu-ibu baru tertanya kerana mereka hanya inginkan yang terbaik untuk bayi.

Kebanyakan ibu-ibu bingung dengan apa yang boleh dan tidak boleh dimakan dalam jangka waktu menyusukan bayi mereka.

Susu ibu adalah sumber makanan yang penting untuk tumbesaran si kecil kerana kandungan khasiatnya yang boleh membantu menguatkan antibody si kecil bagi melawan penyakit yang tidak diingini.

Pemakanan yang sesuai dan seimbang adalah penting bagi ibu yang memberikan anak mereka susu badan, kerana apa yang dimakan oleh ibu akan diserap juga oleh si kecil.

9 Jenis Makanan Untuk Ibu Menyusu

Ini antara jenis-jenis makanan untuk ibu menyusu terbaik bagi mengekalkan nutrisi yang ada dalam susu:

1# Makanan untuk ibu menyusu: Ikan salmon

makanan untuk ibu menyusu

Kredit: Freepik

Ikan salmon memang kaya dengan kandungan lemak yang  penting  iaitu DHA, sejenis asid lemak pada omega-3. DHA adalah zat makanan yang paling penting untuk pertumbuhan, perkembangan dan penyelenggaraan tisu otak.

Hasilnya, bayi anda akan dapat berkonsentrasi dengan lebih baik dan cerdas. Oleh itu, makanlah salmon sebanyak 2-3 bahagian dalam seminggu untuk menghasilkan susu yang baik buat si kecil anda.

Selain ikan salmon, ikan tuna dan patin juga kaya dengan kandungan lemak positif ini.

2# Produk tenusu rendah lemak

Susu rendah lemak, yoghurt, dan keju sangat bagus untuk ibu yang menyusukan, kerana mengandungi sumber kalsium, protein dan vitamin B dan D.

Dengan mengambil kalsium yang secukupnya untuk tubuh anda sendiri, susu yang dihasilkan juga akan melimpah dengan kalsium untuk bayi anda.

Cuba selitkan sekurang kurangnya 3 cawan produk tenusu dalam diet anda setiap hari untuk membekalkan kalsium yang secukupnya untuk si kecil.

3# Makanan untuk ibu menyusu: Sayur-sayuran hijau

makanan untuk ibu menyusu

Kredit: Freepik

Makanan untuk ibu menyusu seperti sayur-sayuran bayam dan kangkung mengandungi zat besi yang baik bagi anda.

Setiap 100g sayuran hijau mengandungi sekitar 2.7mg zat besi dan 204mg kalsium.

Sayuran segar juga harus ada dalam menu makanan anda setiap hari, untuk suplemen vitamin A, C, B1, B2, B12, niasin dan asid folik yang sangat diperlukan pada masa menyusukan.

4# Roti wholemeal dan beras merah (Brown rice)

Asid folik adalah sumber nutrien penting untuk susu ibu, dan sumber ini boleh didapati dari roti bijirin, beras, biji-bijian seperti gandum, jagung, oats, pasta dan lain lain.

Ia juga kaya dengan serat dan zat besi buat si kecil, selain memberi lebih tenaga untuk ibu.

5# Makanan untuk ibu menyusu: Daging

makanan untuk ibu menyusu

Kredit: Freepik

Ibu yang menyusukan memerlukan lebih tenaga, jadi lebihkan protein dan vitamin B-12 dalam diet seharian. Kedua-dua nutrien ini terkandung dalam daging.

6# Kekacang

Kekacang dan legum adalah sumber protein yang baik bagi menggantikan daging. Ia juga membantu menstabilkan paras glukos dalam darah, mengimbangkan tindak balas elektrolit dalam tubuh dan meningkatkan kadar metabolisme serta fungsi tubuh dan otak.

Untuk mengoptimumkan khasiatnya dalam susu anda, kekacang seeloknya dimasak dengan minyak atau diambil bersama makanan berasaskan minyak. Contohnya seperti hummus (dicampur minyak zaitun).

7# Makanan untuk ibu menyusu: Telur

Ibu Menyusu WAJIB Makan 9 Jenis Makanan Ini Setiap Hari Bagi Meriahkan Susu Badan!

Kredit: Freepik

Kuning telur mengandungi sumber vitamin D, antara nutrien terpenting untuk mengekalkan tulang yang sihat untuk ibu dan juga penumbuhan tulang yang kuat untuk bayi.

Mudah untuk didapati dan juga senang untuk disediakan, cuma pukul beberapa biji telur untuk sarapan, sediakan omelet untuk makan tengahari, atau rebus telur dan hidang bersama salad untuk makan malam.

Telur jenis Omega atau yang diperkaya dengan DHA amat bagus bagi penambahan asid lemak yang baik untuk susu anda.

8# Buah-buahan

Ibu yang menyusukan bayi harus makan sekurang-kurangnya dua atau lebih bahagian buah-buahan segar setiap hari. Buah Oren dan Blueberi adalah pilihan yang terbaik untuk ibu yang menyusukan, kerana ia mengandungi vitamin C dan mineral yang secukupnya.

Bekalkan diri anda dengan beberapa biji buah oren, atau sebotol jus oren segar supaya boleh diminum dimana-mana sahaja.

Dan akhir sekali, minumlah air putih dengan banyak dan kerap kerana ia merupakan sumber cairan yang penting untuk menghasilkan susu.

Menyusukan si kecil akan membuatkan anda kerap merasa haus,  jadi anda perlu minum air yang banyak. Gunakan tahap kehausan anda sebagai panduan. Cuba minum 10 gelas air setiap hari dan cuba untuk minum air setiap kali anda hendak menyusukan bayi.

Stories Rakan Kongsi
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Pilihan Utama Ibu-Ibu Di Australia, 5 Sebab Anak Anda Perlu Beralih Kepada Susu Organik Kanak-Kanak Dari Bellamy’s Organic EQUISPIRE
Pilihan Utama Ibu-Ibu Di Australia, 5 Sebab Anak Anda Perlu Beralih Kepada Susu Organik Kanak-Kanak Dari Bellamy’s Organic EQUISPIRE
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!

Hadkan minuman ringan, air berperasa, air buah, kordial dan minuman diet kerana kandungan nutrisi yang rendah dan berkemungkinan mempunyai kandungan gula yang tinggi.

Selamat berjaya!

Rujukan: 12 Superfoods for New Moms

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bayi Suka Gigit Puting Payudara Ketika Menyusu, Jangan Pernah Pukul! Ikut Tips Ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

amelia

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan & Pemakanan
  • /
  • Ibu Menyusu WAJIB Makan 9 Jenis Makanan Ini Setiap Hari Bagi Meriahkan Susu Badan!
Kongsikan:
  • 20 Makanan Bayi 11 Bulan Agar Cepat Gemuk, Pilihan Tinggi Kalori, Vitamin & Lebih Berkhasiat!

    20 Makanan Bayi 11 Bulan Agar Cepat Gemuk, Pilihan Tinggi Kalori, Vitamin & Lebih Berkhasiat!

  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • 15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

    15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

  • 20 Makanan Bayi 11 Bulan Agar Cepat Gemuk, Pilihan Tinggi Kalori, Vitamin & Lebih Berkhasiat!

    20 Makanan Bayi 11 Bulan Agar Cepat Gemuk, Pilihan Tinggi Kalori, Vitamin & Lebih Berkhasiat!

  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • 15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

    15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham