Mengandung pastinya ditunggu-tunggu kebanyakan wanita yang sudah bergelar isteri. Namun tidak semua wanita berjaya hamil dalam masa terdekat. Anda boleh cuba mengamalkan makanan cepat hamil ini seperti mana disarankan oleh pakar.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- 6 jenis warna warni makanan cepat hamil yang suami isteri digalakkan ambil
6 jenis warna warni makanan cepat hamil yang suami isteri digalakkan ambil
Melalui perkongsian di facebook oleh Syaza Nutritionist ada pelbagai jenis makanan dipecahkan melalui warna untuk wanita hamil. Jenis-jenis makanan merupakan makanan cepat hamil untuk diamalkan oleh isteri yang ingin mengandung.
Beliau yang merupakan Pakar Nutrisi turut menyarankan agar golongan isteri ini memilih pelbagai jenis makanan berkhasiat. Ini kerana setiap makanan mempunyai khasiat yang berbeza.
Terdapat 6 jenis warna-warna makanan cepat hamil yang dinyatakan beliau. Antara warna-warna tersebut ialah hijau, kuning, oren, merah, putih dan coklat. Jom kenali lebih lanjut mengenai warna-warna makanan cepat hamil ini.
#1. Makanan berwarna hijau
Makanan berwarna hijau pasti tak lari dari golongan sayur-sayuran. Secara tak langsung sayur-sayuran sememangnya baik untuk kesihatan tubuh badan. Malah di dalam sayur-sayuran juga terdapat kandungan folik yang banyak dan zat besi yang dapat tingkatkan kesuburan suami dan isteri.
#2. Jenis makanan berwarna kuning
Pisang merupakan jenis makanan berwarna kuning yang boleh diamalkan selalu. Fosforus dan Vitamin B6 di dalam pisang dapat meningkatkan kualiti sperma dan ovum. Jangan lupa makan pisang bersama pasangan anda dalam usaha untuk cepat hamil.
#3. Warna makanan oren
Sebaik memikirkan warna oren pasti automatik otak akan memberikan imej buah oren, limau nipis atau tangerin. Tak salah lagi kerana makanan berwarna oren merupakan jenis makanan sitrus yang kaya dengan antioksidan dan Vitamin C. Makanan ini bukan sahaja dapat mengawal kitaran haid dan membantu proses ovulasi tetapi juga akan tingkatkan kesuburan wanita.
#4. Khasiat makanan berwarna merah
Warna merah ini jatuh kepada semua jenis ikan berlemak. Tahukah anda bahawa ikan berlemak kaya dengan Omega-3. Kebaikan Omega-3 pada isteri adalah penghasilan estrogen yang meningkatkan peluang hamil. Anda juga boleh dapatkan sumber Vitamin D melalui makarel dan salmon.
#5. Dapatkan warna putih dari telur
Makanan paling mudah untuk disediakan adalah telur. Putih telur pula sememangnya diakui dapat meningkatkan kesuburan. Ini kerana telur dapat banyakkan kualiti telur dan sperma. Malah protein dan Vitamin D dalam telur merupakan sumber tenaga untuk manusia.
#6. Warna coklat untuk cepatkan kehamilan
Bijiran penuh adalah makanan berwarna coklat. Ia penuh dengan sumber antioksidan. Toksin di dalam badan boleh dikeluarkan oleh antioksidan. Bukan itu sahaja, bijiran penuh juga dapat hasilkan sperma dan telur yang sihat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 7 Tahun Penantian Untuk Bergelar ibu, Wanita Ini Berkongsi Tips Cara Mudah Hamil!
Baca juga: Tanda Awal Kehamilan Yang Paling KETARA, Ibu Tidak Sedap Badan & Keluar Keputihan
Baca juga: Pantang Larang Suami Ketika Isteri Hamil, Kena Selalu Jaga Agar Tidak Beri Kesan Pada Bayi