X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Maksud Kitar Semula, Ini Info Lengkap Tentang Konsep 3R Berserta Lokasi Kitar Semula

3 min bacaan
Maksud Kitar Semula, Ini Info Lengkap Tentang Konsep 3R Berserta Lokasi Kitar Semula

Amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) merupakan antara maksud kitar semula yang perlu dipupuk dalam tabiat harian demi menjaga alam sekitar.

Rata-rata semua orang tahu maksud kitar semula tetapi tidak ramai lagi yang mempraktikkannya dalam tabiat harian. 

Berdasarkan laporan Pusat Kajian Alam Sekitar dan Kebangsaan (NECC) pada 2022, Malaysia mempunyai kadar penghasilan sisa pepejal domestik hampir 40,000 tan setiap hari.

Ia dijangka meningkat 1.5 kali ganda pada 2050. 

Jika dibiarkan, ia akan mendatangkan kesan kepada bencana alam seperti pencemaran air akibat pembuangan sampah-sarap yang tidak terkawal. 

Dalam artikel ini, kami kongsikan maksud alam sekitar, kepentingan, konsep 3R berserta lokasi kitar semula yang boleh anda kunjungi. 

Maksud kitar semula

maksud kitar semula

Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672), maksud kitar semula ialah memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi menghasilkan keluaran. Dalam erti kata lain, mengurangkan dan menggunapakai semula barangan yang boleh dikitar semula. 

Amalan kitar semula bukan sahaja menyelamatkan alam sekitar dari tercemar, malah mengurangkan kebergantungan dan mengelakkan berlakunya pembaziran terhadap keperluan bahan mentah yang saban tahun meningkat. 

Konsep kitar semula terbahagi kepada tiga iaitu, Reduce, Reuse dan Recycle. 

  • Reduce – bermaksud mengurangkan penghasilan sisa dan penggunaan sumber.
  • Reuse – bermaksud penggunaan barangan yang boleh digunakan berulang kali.
  • Recycle – proses meletakkan semula barangan terpakai dalam kitaran penghasilan. Barang lama atau sisa makanan yang boleh dikitar semula dijadikan produk baru oleh organisasi yang tertentu. 

maksud kitar semula

Menurut peraturan dibawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672), antara sisa pepejal yang perlu diasing dan dikitar semula adalah seperti berikut: 

  • Kertas
  • Plastik
  • Kaca/seramik
  • Tin aluminium/besi/logam lain
  • Sisa elektrik/barangan elektrik
  • Bahan fabrik/kasut/getah/kulit
  • Sisa berbahaya seperti bekas penyembur serangga atau bekas bahan pelarut
  • Sisa kebun/taman
  • Sisa pukal seperti barangan lama di rumah iaitu katil, peti sejuk, perabot, sofa dan lain-lain

Bahan pepejal tersebut boleh dikelaskan dan diletakkan ke dalam tong sampah mengikut warna. Tong sampah berwarna biru untuk kertas sahaja, tong sampah berwarna coklat untuk kaca manakala tong sampah berwarna jingga untuk plastik dan aluminium.

Lokasi di sekitar Lembah Klang

  1. Pusat Kitar Semula Alam Flora
  2. Klang Recycle Center
  3. PK Metal Recycling
  4. Aspen Recycle Sdn. Bhd
  5. IPC Recycling & Buy Back Centre

Ada banyak lagi lokasi kitar semula yang boleh anda temui berdekatan dengan lokasi tempat tinggal anda.

Amalan kitar semula bukan hanya mengurangkan pencemaran dan kesan rumah hijau, amalan 3R secara konsisten membantu menjimatkan sumber semula jadi dan menjana pendapatan apabila menghasilkan baja kompos menggunakan sisa makanan. 

Semoga bermanfaat. 

Property Guru

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Pencemaran Pek Plastik Makanan Puri Bayi

Baca juga: Membantu anak-anak untuk mesra alam sekitar

Baca juga: Lindungi anak-anak daripada kesan jerebu

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Maksud Kitar Semula, Ini Info Lengkap Tentang Konsep 3R Berserta Lokasi Kitar Semula
Kongsikan:
  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

  • 10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

    10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

  • 10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

    10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham