Mimpi Pasangan Curang Ketika Anda Hamil - Apa Maksudnya?

lead image

Ketika hamil, ibu selalu mimpi bukan-bukan, kan? Salah satunya mimpi suami curang. Apa maksud mimpi pasangan curang ini? Pakar menjelaskan ertinya.

Ibu hamil selalu mimpi pelik-pelik, kan? Ada antara mimpi yang nampak “real” sampai mengganggu ketenteraman ibu. Salah satu mimpi yang selalu ibu hamil alami ialah mimpi suami curang.

Aduh, apa maksud mimpi pasangan curang ni? Adakah pasangan betul-betul akan curang? 

Apa maksud mimpi pasangan curang?

maksud mimpi pasangan curang, mimpi curang, mimpi suami curang, mimpi kekasih curang, curang, suami curang, curang ketika hamil, suami curang ketika isteri hamil

Ibu hamil mana yang tak takut bila dapat mimpi pasangan curang. Lebih-lebih lagi ketika anda tengah hamil.

Tapi tahukah anda, maksud mimpi pasangan curang itu sebenarnya normal? Ramai ibu hamil mendapat mimpi ini. 

Menurut pakar, ia kerana ketakutan dan kerisauan ibu hamil apabila badannya mengalami perubahan. Contoh, badan makin kembang, kulit tidak semulus dulu, wajah berjerawat dan rambut serabai.

Segala kerisauan tentang perubahan tubuh ini akan membuatkan anda terfikir tentang hubungan anda dan suami. Anda risau, dengan perubahan tubuh ketika hamil ini, perkahwinan anda akan tergugat.

Anda risau suami takkan tertarik lagi pada anda. Padahal, itu semua hanyalah mainan tidur dan fikiran anda!

Maksud mimpi pasangan curang: Bagaimana pula jika saya yang curang?

maksud mimpi pasangan curang, mimpi curang, mimpi suami curang, mimpi kekasih curang, curang, suami curang, curang ketika hamil, suami curang ketika isteri hamil

Ha… jangan terkejut! Tapi, ada juga ibu hamil yang mimpi mereka sendiri curang! Contohnya seperti curang dengan lelaki idaman, takpun dengan selebriti idaman kalian.

Tenang. Jangan panik dan malu. Maksud mimpi ini juga sebenarnya normal. Anda bukan ingin bersama dengan lelaki lain. 

Menurut Dr. Neil Stanley, seorang pakar dalam ilmu tidur, maksud mimpi pasangan curang, atau anda sendiri curang, merupakan sebahagian daripada kesan akibat perubahan hormon.

Ia terjadi ketika hamil, ketika cemas, ataupun ketika ibu tidak selesa dengan tubuh sendiri.

Maksud mimpi pasangan curang sebenarnya tiada apa-apa?

Mimpi pasangan curang memang kadang-kadang boleh mengganggu fikiran dan emosi kita. Lebih-lebih lagi, kita nak tahu apa maksud mimpi pasangan curang ini.

Namun, sebuah kajian telah membuktikan ibu hamil memang akan cenderung mengalami mimpi bukan-bukan. Hal ini kerana ibu hamil sering risau sebelum mereka tidur.

Sebab itu, mulalah anda pun mimpi yang bukan-bukan! 

Kalau anda masih khuatir dan risau dengan maksud mimpi pasangan curang itu, cuba sembang dan ceritakan pada pasangan. Luahkan apa yang anda rasa. Jangan malu.

Jika fikiran anda terganggu, cuba tenangkan diri dulu. Semoga perkongsian ini bermanfaat!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Artikel ini ditulis oleh Aulia Trisna, dan mendapat kebenaran theAsianparent Indonesia untuk diterjemah

Baca juga:

7 Mimpi Pelik Yang Sering Dialami Wanita Hamil Dan Mengapa Ia Terjadi