Minum air lemon semasa hamil tentunya menyegarkan. Betul tak ibu? Tapi, tahukah anda tentang manfaat lemon untuk ibu hamil?
Berdasarkan buku Lemon Health Benefits by Chris Shaw, dalam sebiji buah lemon segar yang tidak dikupas, terdapat kandungan 17 kalori malah ia mengandungi kandungan vitamin dan mineral (niacin, kalsium, magnesium, asam folat, dan riboflavin) yang tinggi!
Manfaat Lemon Untuk Ibu Hamil
Buah masam ini juga mengandungi asid sitrat yang bagus untuk membakar lemak dalam tubuh, menyingkirkan racun, menambah tenaga, dan mengekalkan keseimbangan hormon. Jadi ternyata lemon sangat bagus untuk baik untuk dimakan ibu hamil untuk menjaga tubuh dari kekurangan air.
Jom ibu! Cuba minum air lemon sepanjang kehamilan dan ketahui manfaat lemon untuk ibu hamil ini!
Manfaat Lemon Untuk Ibu Hamil #1 Melegakan Morning Sickness
Morning sickness adalah suatu keadaan yang kerap dialami oleh wanita hamil. Gejala morning sickness seperti loya dan muntah dialami oleh 85% dari wanita hamil, dan biasanya berlaku apabila kehamilan memasuki usia 6 minggu.
Menurut fakta dari American Pregnancy Association, air lemon boleh membantu hilangkan rasa loya dan muntah yang teruk. Malah, ia boleh membersihkan saluran percernaan dan efektif untuk menyegarkan nafas.
Manfaat Lemon untuk Ibu Hamil #2 Memperbaiki Sistem Pencernaan
Air lemon boleh menjaga tubuh dari mengalami kekurangan air, serta membantu mengurangi masalah yang berkaitan dengan pencernaan seperti sembelit.
Sonali Ruder dalam bukunya yang berjudul ‘Natural Pregnancy Cookbook’ mengatakan, sembelit selama kehamilan boleh dielak dengan mengambil segelas air lemon setiap hari sehingga buang air besar lebih lancar.
#3: Perkembangan Janin Yang Sihat
Kalsium dan magnesium efektif yang terkandung dalam air lemon boleh membantu meningkatkan kesihatan tulang, dan mendorong perkembangan janin yang baik dalam kandungan.
Selain itu, air lemon juga akan mengalirkan mineral pada janin yang baik untuk perkembangan organnya.
#4: Mengurangkan Tekanan Darah
Masalah lain yang kerap dialami oleh ibu hamil ialah masalah tekanan darah, yang boleh mempengaruhi kesihatan bayi dalam kandungan. Jangan risau ya ibu, air lemon sebenarnya boleh membantu anda.
Dalam satu kajian yang dijalankan pada 2014, rutin minum air lemon terbukti efektif bagi menjaga kestabilan kadar gula darah sepanjang tempoh kehamilan. Kandungan flavonoid yang ada dalam lemon juga boleh mengurangkan kolesterol dalam tubuh!
#5: Mengurangkan Pembengkakkan Kaki
Semasa hamil, ibu mungkin akan mengalami perubahan tubuh badan, contohnya bahagian kaki yang membengkak!
Namun ibu jangan khuatir kerana lemon merupakan sumber utama antioksidan dan vitamin yang membantu mengurangkan bengkak kaki semasa kehamilan.
Bagaimana Untuk Makan Buah Lemon?
Untuk mendapat kebaikan lemon sepenuhnya, anda boleh memerah lemon menjadi jus lemon! Potong lemon kepada 2 dan perah jus ke dalam gelas.
Jika rasanya terlalu masam, tambahkan sedikit madu. Jadikan ia lebih menyelerakan dengan menambah halia. Rebus segelas air dengan hirisan lemon dan halia dan minum suam. Mesti sedap!
Manfaat Lemon Untuk Ibu Hamil: Langkah Penjagaan
Dengan manfaat lemon, mungkin ada di kalangan anda yang sudah tergoda untuk mencuba air lemon. Namun ada beberapa perkara yang sebaiknya diperhatikan ya ibu. Antaranya seperti:
- Bersihkan mulut dengan berkumur menggunakan air kosong setelah makan lemon. Rasa asam pada lemon dapat mempengaruhi penghasilan enamel pada gigi.
- Jika ingin mencampur ekstrak lemon dengan air, gunakan air panas. Air panas mendidih boleh merosakkan kandungan vitamin dalam lemon. Sebaiknya gunakan air suam.
- Mula minum lemon sedikit demi sedikit untuk membiasakan dengan rasanya yang masam. Jumlah air lemon yang dicadangkan adalah sekitar 2 – 3 gelas.
- Gunakan buah lemon segar, bukan air lemon buatan yang mengandungi kadar gula tinggi.
Semoga bermanfaat!
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Erin dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Baca juga: Cara Buat Jeruk Mangga Tanpa Pengawet, Bantu Ibu Hamil Hilangkan Loya & Selamat Dimakan!
Baca juga: Durian Belanda Bagus Untuk Cegah Mual & Banyakkan Susu Badan, Ibu Hamil Perlu Makan Ini!
Baca juga: Kenapa ibu mengandung selalu mengidam 10 makanan ini? Berikut kata pakar…