Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

lead image

Bayi sembelit boleh diatasi dengan 1) Letak Daun Kunyit Pada Perut, 2) Merangsang Tapak Kaki Bayi, 3) Galakkan Aktiviti Fizikal, 4) Probiotik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Melihat sahaja si manja menahan sakit perut dan sukar buang air besar boleh membuatkan ibu ayah risau. Kenapa bayi boleh sembelit? Kenapa bayi tak berak sehari? Kenapa bayi kentut tapi tidak berak? Sesetengah tanda masalah kesihatan seperti bayi sembelit memang sukar dikesan kerana ia tidak selalu jelas kelihatan.

Apa Itu Bayi Sembelit

Bayi sembelit adalah masalah membuang air besar atau najis si manja menjadi keras, kering, dan sukar untuk dikeluarkan. Bagi bayi, sembelit bukan sahaja menyakitkan tetapi juga boleh membuat mereka menangis, meragam, dan kurang selera makan.

Kekerapan membuang air besar bagi setiap bayi adalah berbeza. Bayi yang menyusu badan mungkin tidak membuang air besar setiap hari kerana susu ibu lebih mudah dihadam. Namun, jika najis bayi terlalu keras, kering atau bayi kelihatan sakit semasa meneran, itu boleh menjadi tanda sembelit.

Simptom Bayi Sukar Buang Air Besar

Kenapa bayi boleh sembelit? Kenapa bayi tak berak sehari? Kenapa bayi kentut tapi tidak berak?

Bayi yang menyusu badan secara eksklusif, terutamanya dalam enam bulan pertama, jarang sekali mengalami masalah sembelit. Ini kerana susu ibu dicipta secara semula jadi untuk mudah dihadam oleh sistem pencernaan bayi yang masih belum matang. Hampir kesemua kandungan nutrien dalam susu ibu akan diserap dengan efisien oleh tubuh bayi, dan ini menyebabkan najis mereka lebih lembut serta lebih mudah dikeluarkan.

Sebaliknya, keadaan ini berbeza bagi bayi yang diberi susu formula. Susu formula biasanya mengandungi protein dan bahan tambahan lain yang lebih sukar dihadam oleh usus bayi. Ini boleh menyebabkan najis menjadi lebih padat dan keras, lalu meningkatkan risiko sembelit.

Selain itu, sesetengah jenis formula tertentu mungkin tidak serasi dengan sistem penghadaman bayi dan boleh menyebabkan ketidakselesaan perut, termasuk kembung dan sukar buang air besar.

Masalah sembelit juga menjadi lebih ketara apabila bayi mula diperkenalkan kepada makanan pepejal, biasanya sekitar usia enam bulan. Pada peringkat ini, sistem penghadaman mereka sedang menyesuaikan diri dengan tekstur dan komposisi makanan yang baru.

Justeru adalah penting untuk ibu ayah mengetahui beberapa simptom bayi sembelit:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Bayi Tidak Berak Lebih 3 Hari

Bagi bayi yang sudah mula makan makanan pepejal, tidak membuang air besar lebih daripada tiga hari boleh menjadi tanda sembelit. Ini kerana makanan pepejal mengambil masa lebih lama untuk dicerna, dan jika tiada najis dikeluarkan dalam tempoh tersebut, ia mungkin menunjukkan sistem penghadaman sedang ‘tersangkut’.

2. Najis Bayi Sembelit Keras, Kering Dan Bentuk Bebola Kecil

Najis yang normal bagi bayi biasanya lembut dan mudah dikeluarkan. Jika najis bayi sembelit kelihatan keras, kering, dan berbentuk seperti ketulan kecil atau bebola, ia menunjukkan bayi mungkin kekurangan air atau serat dalam dietnya. Keadaan ini juga boleh menyebabkan bayi meneran dengan kuat, hingga menimbulkan rasa tidak selesa.

3. Bayi Menangis Ketika Meneran

Jika setiap kali bayi membuang air besar dia kelihatan tegang, wajah memerah, atau menangis dengan kuat, ini mungkin menandakan najisnya terlalu keras dan menyakitkan untuk dikeluarkan. Bayi sembelit biasanya tidak selesa dan boleh menjadi sangat meragam ketika cuba meneran.

4. Perut Kembung Dan Keras Bila Disentuh

Perut yang terasa keras dan tegang apabila disentuh, atau kelihatan membuncit, boleh menjadi petunjuk bahawa najis sedang terkumpul dalam usus bayi. Kadangkala, bayi juga akan mengeluarkan banyak kentut, tetapi masih tidak membuang air besar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Hilang Selera Makan

Apabila perut penuh dengan najis yang tidak keluar, bayi akan berasa tidak selesa, loya, atau seakan-akan kekenyangan. Ini boleh menyebabkan bayi enggan menyusu atau makan, dan menjadi lebih cerewet daripada biasa.

6. Kesan Darah Pada Najis

Sekiranya terdapat tompokan darah kecil pada najis bayi, ia boleh disebabkan oleh rekahan kecil di kawasan dubur akibat meneran terlalu kuat. Walaupun sedikit darah mungkin tidak membahayakan, ia tetap memerlukan perhatian kerana boleh menyebabkan ketidakselesaan dan jangkitan jika dibiarkan.

Bayi Sembelit Apa Perlu Buat

Berikut beberapa perkara yang perlu ibu ayah buat jika bayi mengalami masalah sembelit:

1. Meletakkan Daun Kunyit Pada Perut

Salah satu petua tradisional yang telah diamalkan sejak dahulu ialah menggunakan daun kunyit yang dilayur.

Cara melakukannya:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Ambil beberapa helai daun kunyit dan layurkan di atas api sehingga menjadi lembut.

  • Setelah agak suam (tidak panas), letakkan daun kunyit tersebut pada bahagian perut bayi, terutamanya di bawah pusat.

  • Biarkan selama beberapa minit. Ia dipercayai dapat membantu merangsang sistem penghadaman dan memudahkan proses pembuangan najis.

2. Merangsang Tapak Kaki Bayi

Teknik ini melibatkan sentuhan ringan yang boleh membantu merangsang sistem saraf dan usus bayi.

Langkah-langkah:

  • Dalam keadaan bayi berbaring, tekan secara perlahan tapak kakinya menggunakan ibu jari.

    Loading...
    You got lucky! We have no ad to show to you!
    Iklan
  • Seterusnya, angkat tubuh bayi secara perlahan dari posisi baring ke posisi duduk, dengan sokongan pada bahagian belakang dan leher (terutamanya untuk bayi kecil).

  • Ulang beberapa kali secara lembut untuk merangsang pergerakan usus.

3. Galakkan Aktiviti Fizikal Seperti Merangkak

Bayi yang aktif bergerak mempunyai sistem penghadaman yang lebih sihat. Aktiviti fizikal seperti meniarap, berguling, atau merangkak membantu mengaktifkan pergerakan usus dan melancarkan pencernaan.

4. Beri Probiotik 

Probiotik merupakan bakteria baik yang membantu mengekalkan keseimbangan mikroflora dalam usus bayi. Ia boleh membantu mengurangkan risiko sembelit dan mengekalkan sistem pencernaan yang sihat.

Sumber probiotik:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Yogurt bayi (sesuai untuk bayi berumur 8 bulan ke atas)

  • Serbuk atau titisan probiotik khas bayi (mengikut dos yang dicadangkan)

  • Susu formula yang mengandungi probiotik (jika bukan penyusuan susu ibu)

Penting: Sebelum memberi sebarang suplemen atau probiotik, ibu ayah perlu mendapatkan nasihat doktor atau pakar pemakanan bayi terlebih dahulu.

Rawatan Cara Mengatasi Bayi Sembelit

Antara rawatan cara mengatasi bayi sembelit adalah:

1. Tukar Jenama Susu Formula (Jika Perlu)

Sesetengah bayi tidak serasi dengan jenis susu formula tertentu yang mungkin menyebabkan sembelit. Jika anda mengesyaki susu formula menjadi puncanya, berbincanglah dengan doktor sebelum menukar jenama. Pilih susu yang lebih mudah dihadam atau yang diformulasikan khas untuk bayi yang mempunyai masalah penghadaman.

2. Urutan Lembut di Bahagian Perut

Urutan ringan di kawasan perut bayi dapat membantu merangsang pergerakan usus. Gunakan hujung jari yang bersih dan urut secara membulat mengikut arah jam di sekitar pusat bayi. Anda juga boleh cuba teknik “I-L-U” – iaitu urutan yang membentuk huruf ‘I’, ‘L’ dan ‘U’ di bahagian perut bayi, yang dipercayai membantu mendorong najis keluar secara semula jadi.

3. Senaman Kaki Bayi (Seperti Kayuhan Basikal)

Letakkan bayi dalam posisi baring dan gerakkan kakinya perlahan-lahan seperti sedang mengayuh basikal. Gerakan ini boleh membantu menstimulasi usus dan melancarkan pergerakan najis, terutamanya jika bayi kurang bergerak. Ia juga menyeronokkan untuk bayi dan boleh dijadikan aktiviti harian yang santai.

4. Mandikan Bayi Dengan Air Suam

Memandikan bayi dalam air suam boleh melegakan otot-otot perut dan mengurangkan tekanan ketika membuang air besar. Suhu yang hangat akan memberikan rasa selesa dan boleh membantu melegakan bayi yang meragam akibat sembelit.

Selepas mandi, anda juga boleh menyapu minyak telon atau minyak bayi dan teruskan dengan urutan perut secara lembut.

5. Pastikan Pengambilan Air Mencukupi

Untuk bayi yang sudah mula makan makanan pepejal (biasanya selepas usia 6 bulan), pastikan mereka minum air kosong dengan cukup.

Air membantu melembutkan najis dan memudahkan proses pembuangan. Jika bayi masih menyusu badan sepenuhnya, pastikan mereka menyusu dengan kerap kerana susu ibu juga mengandungi banyak cecair yang mencukupi untuk keperluan tubuh.

Bagaimana Jika Masih Tidak Berjaya?

Jika teknik-teknik semula jadi dan perubahan diet yang disyorkan untuk mengatasi sembelit bayi tidak berjaya, ibu bapa mungkin perlu mempertimbangkan penggunaan rawatan perubatan

1. Glycerin Suppository

Glycerin suppository digunakan untuk membantu merangsang usus dan memudahkan pembuangan najis. Ia bekerja dengan cara melarutkan dan melembutkan najis, memudahkan bayi untuk membuang air besar tanpa rasa sakit.

Cara penggunaan:

  • Glycerin suppository dimasukkan ke dalam dubur bayi dengan berhati-hati. Ia biasanya disyorkan oleh doktor apabila bayi menunjukkan tanda-tanda kesukaran yang jelas dalam membuang najis, terutama jika najis tersebut keras atau bayi kelihatan sangat tertekan.

  • Biasanya, bayi akan mengalami pembuangan najis selepas beberapa minit penggunaan suppository.

Penggunaan glycerin suppository hanya disyorkan di bawah pengawasan doktor, terutama jika bayi sering mengalami sembelit atau jika terdapat darah pada najis, yang mungkin menunjukkan rekahan di dubur atau masalah kesihatan lain.

2. Laksatif (Laxative)

Laksatif adalah ubat yang membantu merangsang pencernaan dan melembutkan najis. Laksatif yang biasa digunakan terdiri daripada bahan seperti ekstrak malt barli (contohnya, Maltsupex) atau serbuk psyllium (seperti Metamucil).

Laksatif membantu melembutkan najis dan mempercepatkan pergerakan usus, mengurangkan kesakitan semasa membuang air besar.

Walau bagaimanapun, penggunaan laksatif dalam kalangan bayi tidak disyorkan tanpa preskripsi atau arahan daripada doktor, kerana laksatif yang kuat boleh memberi kesan sampingan kepada sistem pencernaan bayi yang masih sensitif.

Penggunaan laksatif harus dilakukan dengan berhati-hati dan hanya selepas berunding dengan doktor, kerana penggunaan yang berlebihan atau tidak betul boleh menyebabkan ketergantungan pada ubat tersebut, yang boleh menjejaskan fungsi usus bayi pada jangka panjang.

Bila Perlu Jumpa Doktor

Sekiranya bayi anda menunjukkan tanda-tanda ini, segeralah bawa mereka berjumpa dengan doktor dan dapatkan rawatan dengan segera. 

  • Bayi meragam dan kelihatan mengalami sakit perut. Mereka akan menarik kaki keatas mendekati perut dan menangis apabila mereka dalam kesakitan
  • Mengalami muntah-muntah, perut kelihatan kembung dan banyak angin
  • Bayi demam
  • Najis berdarah atau pendarahan rektum
  • Sembelit mereka tidak berkurangan walaupun telah dirawat
  • Masih mengalami sembelit walaupun telah menukar pemakanan bayi
  • Bayi menolak untuk makan atau tidak berselera
  • Bayi kelihatan lemah dan tidak bermaya
  • Pertambahan berat badan yang teruk atau penurunan berat badan

Kesimpulannya, baby sembelit boleh menjadi episod yang sukar, tetapi boleh diuruskan dengan berkesan dengan strategi yang betul. Memahami punca bayi sembelit, gejala dan kaedah pencegahan sembelit bayi adalah penting untuk menyediakan penjagaan yang terbaik untuk si kecil anda. 

Sentiasa berunding dengan pakar pediatrik anda sebelum memperkenalkan makanan, ubat baru kepada bayi, dan dapatkan rawatan perubatan jika anda melihat sebarang tanda sembelit berterusan. 

Semoga artikel ini bermanfaat.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Susahnya Hati Bila Anak Sembelit, 5 Makanan Ibu Tak Sedar Buat Anak Susah Berak!

Baca juga:  Budak 4 Tahun Hidap Diabetes, Ambil Minuman Kultur Untuk Rawat Sembelit Hingga Ketagihan

Baca juga:  12 Langkah Urut Bayi Yang Sembelit & Muak Susu, Barulah Si Kecil Selesa!