Anak perlu belajar di rumah, tetapi tiada tempat yang sesuai untuk membuat ulangkaji dan kerja sekolah? Meja makan mungkin menjadi pilihan yang terbaik setakat ini namun hakikatnya, sebaik-baiknya ibu ayah perlu dapatkan meja belajar kanak-kanak yang lebih sesuai dan khusus untuk pembelajaran anak.
Meja belajar yang khusus akan membuatkan anak lebih kusyuk dan peka untuk menyiapkan kerja dengan lebih baik, apatah lagi apabila diletakkan di ruang yang sepatutnya.
Ada pelbagai jenis dan rekabentuk meja belajar kanak-kanak yang boleh dipilih di pasaran, yang pastinya pilihnya yang cukup untuk memenuhi keperluan anak dan cukup luas keselesaannya.
Memilih Meja Belajar Kanak-Kanak Yang Terbaik Untuk Anak
Sebelum membeli meja belajar untuk anak, ada beberapa perkara yang harus dipertimbangkan seperti:
- Saiz meja Cari saiz meja yang sesuai dengan ruang yang anda cadang untuk meletakkannya. Jangan beli yang terlalu besar untuk diletakkan di bilik anak pula ya.
- Ruang tambahan Ada meja belajar yang mempunyai ruang laci dan tempat letak buku tambahan, yang lebih memudahkan.
- Material Teliti kualiti bahan yang digunakan untuk membuat meja. Sebaik-baiknya, cari meja kayu yang tegas dan kuat dengan batang logam.
- Ciri tambahan seperti anti karat dan tekstur bebas karat termasuk jaminan, kualiti anti karat, dan kaki bebas calar untuk meningkatkan kualiti.
Selain itu, ibu ayah juga boleh pertimbangkan meja yang boleh digunakan bermula usia kecil sehingga sekolah rendah, misalnya untuk penjimatan.
6 Meja Belajar Kanak-Kanak Yang Terbaik di Pasaran
6 Meja Belajar Kanak-kanak Terbaik
| MIZONA Nordic Study Desk Meja Belajar Kanak-kanak Terbaik Mudah Bersih | | View Details | Beli di Shopee |
| Cassa Maple White Office Study Table Meja Belajar Kanak-kanak Terbaik Kabinet Boleh Alih | | View Details | Beli di Shopee |
| TEEMO Student Bedroom Simple Study Table Meja Belajar Kanak-kanak Terbaik Praktikal Dan Sederhana | | View Details | Beli di Shopee |
| MF Design GARY PC Laptop Table Meja Belajar Kanak-kanak Terbaik Ringan Dan Mudah Alih | | View Details | Beli di Shopee |
| Veus HARY Computer Desk Study Meja Belajar Kanak-kanak Terbaik Harga Berbaloi | | View Details | Beli di Shopee |
| Auntton Table/ Meja Tulis Berwarna Meja Belajar Terbaik Rekabentuk Ceria | | View Details | Beli di Shopee |
MIZONA Nordic Study Desk
Meja Belajar Kanak-kanak Terbaik Mudah Bersih
Meja belajar yang bagus dan ringkas ini dilengkapi dengan reka bentuk moden, praktikal dan mesra pengguna. Dengan gaya yang elegan, dibuat dengan halus kerana struktur tebal dan stabil disokong dengan kuat oleh tekanan dan daya sokongan kuat dan beratnya tinggi dan tidak mudah digoncang, menjadikannya selamat untuk anak-anak anda.
Info produk:
- Warna: Beige, Putih
- Bahan: Kayu
- Dimensi (L x W x H): 100CM x 50CM x 70CM
- Berat: 15.15KG
Apa yang kami suka?
- Mudah dibersihkan
- Kukuh di permukaan rata
- Reka bentuk bergaya yang sesuai dengan hiasan bilik anda, kombinasi sempurna dengan aksesori perabot lain
- Mencerahkan ruang bilik dengan mudah
- Reka bentuk elegan sederhana yang sesuai dengan semua jenis perabot
- Kaki meja yang padat dan sukar untuk menyokong beban berat
- Kelengkapan skru yang kukuh dan padat
- Permukaan licin dan keras yang besar untuk kerja-kerja menulis, membaca dan kertas
Cassa Maple White Office Study Table
Meja Belajar Kanak-kanak Terbaik Kabinet Boleh Alih
Meja tulis Cassa Maple kelihatan kemas dan elegan, sesuai untuk diletakkan di penjuru bilik. Yang menariknya, kabinet yang tersedia boleh dialih ke kiri atau kanan meja mengikut kesesuaian di kediaman anda. Ruang untuk meletakkan buku dan bahan pembelajaran juga lebih banyak jadi ibu ayah tak perlu risau untuk membelikan kebinet asing untuk tujuan ini!
Info produk:
- Warna: White/maple
- Dimensi: 120x55cm
- Berat: W120x D55x H110cm
Apa yang kami suka?
- Kemudahan penyimpanan penjimatan ruang
- Rak boleh ditukar kiri dan kanan
- Produk berkualiti
- DIY
- Mengekalkan ruang kerja yang banyak
TEEMO Student Bedroom Simple Study Table
Meja Belajar Kanak-kanak Terbaik Praktikal Dan Sederhana
Meja kerja ini dilengkapi dengan reka bentuk bergaya sederhana dengan pelbagai pilihan warna berfungsi dan sesuai untuk mana-mana bilik.
Ini mungkin meja belajar anda yang sempurna untuk bilik tidur dan asrama yang disediakan dengan banyak ruang menyimpan barang!
Tambahan lagi, meja ini mudah untuk dibersihkan dan berdiri kukuh di permukaan rata.
Info produk:
- Warna: Beige, Brown, Dark Brown
- Bahan: Kayu
- Dimensi (L x W x H): 100CM x 45CM x 71CM
- Berat: 21.50KG
Apa yang kami suka?
- Bagus dan sederhana
- Mudah dibersihkan
- Reka bentuk moden, praktikal & mesra pengguna
- Gaya yang elegan
- Mencerahkan ruang bilik anda dengan mudah
- Struktur tebal dan stabil disokong dengan kuat oleh tekanan dan daya sokongan kuat dan beratnya tinggi dan tidak mudah goncang
- Kaki meja yang padat dan sukar untuk menyokong beban berat
- Kelengkapan skru yang kukuh dan padat
MF Design GARY PC Laptop Table
Meja Belajar Kanak-kanak Terbaik Ringan Dan Mudah Alih
Meja ini diperbuat daripada papan gentian berketumpatan sehingga menjadikannya lebih ringan dan mudah alih untuk bergerak pada bila-bila masa yang dimahukan.
Produk ini mempunyai tepi bulat yang halus dengan cengkaman kayu yang kukuh sehingga tidak akan besar atau tidak mengikis dengan tepi tajam jika anda tersasar di sudut.
Ia didatangkan dalam pelbagai warna seperti kayu putih, kayu hitam, dan bahkan kuning.
Info produk:
- Warna: kayu putih, kayu hitam, kuning.
- Bahan: Density Fibreboard (MDF)
Apa yang kami suka?
- Pelbagai fungsi
- Rekabentuk menarik
- Ruang menulis yang besar
- Bahan: Papan gentian ketumpatan (MDF)
- DIY
Veus HARY Computer Desk Study
Meja Belajar Kanak-kanak Terbaik Harga Berbaloi
Jika anda mencari meja tulis dengan harga yang berbaloi, ini merupakan salah satu produk yang boleh dipertimbangkan. Dengan reka bentuk yang moden namun ringkas, ia sesuai untuk digunakan sebegai meja belajar anak setelah dipasang dengan baik.
Didapati dalam 3 warna, meja ini cukup luas untuk meletakkan komputer dan sesuai untuk aktiviti menulis.
Info produk:
- Warna: Brown, Light Brown and White
- Material: Density Fibreboard (MDF)
Apa yang kami suka?
- Reka bentuk moden dan ringkas. Sesuai untuk kegunaan rumah atau pejabat.
- Kaki keluli bersalut serbuk. Struktur keluli yang stabil dan kuat ditambah permukaan kayu yang keras.
- Permukaan licin dan keras yang besar untuk kerja menulis, membaca dan kertas.
- Reka bentuk sudut lengkung.
- Kaki meja antislip dan anti calar.
- Diperbuat dari bahan berkualiti tinggi dan baik.
Auntton Table/ Meja Tulis Berwarna
Meja Belajar Terbaik Rekabentuk Ceria
Meja tulis ini memang sesuai untuk kanak-kanak disebabkan rekabentuk yang ceria, membuatkan anak bersemangat untuk melakukan ujikaji.
Ia boleh didapati dalam 3 warna utama seperti grey line, sonama dark dan sonama black. Produk ini juga mempunyai banyak ruang tambahan, membolehkan anda meletakkan lebih banyak barangan dengan lebih kemas tanpa mengganggu ruang meja tulis.
Info produk:
- Warna: Grey Line, Sonama Dark, Sonama Black
- Bahan: Particle board dengan kertas PU dilaminasi
Apa yang kami suka?
- Warna yang menarik
- Permukaan licin dan keras yang besar untuk kerja menulis, membaca dan kerja kertas
- Meja yang sangat sesuai untuk rumah dan pejabat
- Sesuai untuk bilik bacaan, pejabat, sekolah, dan lain-lain
- DIY
Perbandingan Harga
|
Jenama |
Harga (RM) |
MIZONA Nordic Study Desk
|
144.90 |
Cassa Maple White Office Study Table
|
109.90 |
TEEMO Student Bedroom Simple Study Table
|
129.90 |
MF Design GARY PC Laptop Table
|
114.90 |
Veus HARY Computer Desk Study |
119.90 |
Auntton Table/ Meja Tulis Berwarna
|
95.20 |
Tips Mencipta Ruang Belajar Terbaik Untuk Anak
Kredit gambar: Huffpost
Tiada satu pun spot membuat kerja sekolah yang efektif untuk semua orang, tetapi ikut panduan ini untuk mencipta ruang belajar yang pasti akan berfungsi untuk anak anda.
1. Set persekitaran
Adakah anak anda seorang yang suka belajar berseorangan atau adakah dia perlukan lebih aktiviti untuk fokus? Untuk mereka yang sukakan kesunyian, setkan satu ruang di dalam bilik tidur mereka atau spot belajar yang berbeza. Untuk kanak-kanak yang gemarkan persekitaran yang sibuk atau suka bergaul sama ketika membuat kerja sekolah, reka satu ruang belajar di sudut tepi dapur atau ruang keluarga untuk belajar.
Cuba kekalkan gangguan pada tahap yang boleh diurus dengan menjauhi laluan keluarga.
2. Buatkan ruang yang selesa (tetapi tidak terlalu selesa)
Pilih satu spot yang akan membuatkan anak anda relax, fokus dan alert. Dia mungkin suka membaca di atas katilnya, tetapi jika dia terlena, dia tidak akan selesai dengan kerja sekolahnya. Sebuah kerusi empuk berkusyen mungkin pilihan yang bagus.
3. Ergonomik
Idealnya, permukaan belajar anak perlu sekitar ketinggian pinggang. Apabila mereka duduk, lihat jika mereka boleh merehatkan siku mereka di atas meja tanpa menegakkan bahu mereka. Dia sepatutnya boleh meletakkan kakinya rata di atas lantai (biarpun dia tidak boleh selalu duduk dengan posisi itu.)
Jika kerusinya tidak berada pada ketinggian yang betul, berikannya duduk di atas sebuah bantal atau kotak kasut dibawah kakinya untuk membantunya sampai di atas lantai. Selitkan sehelai selimut di belakang badannya untuk memastikan mereka tidak sakit badan.
Jika anak anda mempunyai sebuah komputer, letakkan skrin monitor sekitar 18 ke 30 inci jaraknya. Skrin anti-glare dapat membantu mata mereka kekal segar.
4. Cerahkan suasana
Anak anda akan mula penat dan terganggu dengan mudah jika mereka perlu menjulingkan mata pada bukunya atau tidak dapat melihat akan apa yang mereka tulis. Cuba satu kombinasi lampu di atas kepalanya dan sebuah lampu membaca atau lampu meja belajar yang mana dia boleh sasarkan pada buku-bukunya atau skrin komputer.
5. Tambah stok
Bekalan apa yang anak anda selalu cari? Gunting? Kalkulator? Kertas? Cuba untuk kekalkan bekalannya pada satu spot jadi mereka tidak perlu mencari untuk item penting ini. Pastikan anak anda mempunyai sebuah kalendar, senarai perlu buat atau buku planner atau apa sahaja yang dia boleh tahu akan apa yang dia ingin lakukan dan bila.
6. Susun atur
Biarkan anak anda menggunakan kotak, laci atau organizer, apa sahaja yang mereka sukakan, untuk memastikan semua barangan belajarnya kemas. Gantung sebuah papan buletin atau kalendar dinding untuk membantunya memastikan sentiasa mengesan masa dan tarikh sebagai reminder tugasnya.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Nak Anak Belajar Tidur Di Bilik Sendiri? Ibu, Belikan Katil Kanak-Kanak Yang Terbaik Untuknya!
Baca juga: Mencari Meja Tukar Lampin Untuk Bilik Nurseri Si Manja? Ini Meja Tukar Lampin Terbaik 2021
Baca juga: 7 Katil Bayi Yang Terbaik Di Malaysia, Pastikan Si Manja Tidur Dengan Selamat dan Selesa!