Kerana Terlalu Takut, Gadis Kunci Bilik Melahirkan Sendiri & Ditemui Mati Bersama Bayinya

Melahirkan sendiri anak di rumah boleh mendatangkan bahaya kepada mana-mana ibu. Risiko semasa atau selepas kelahiran boleh meragut nyawa

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap proses kelahiran memiliki risikonya yang tersendiri. Disebabkan itulah doktor sentiasa mengingatkan semua ibu untuk segera ke hospital apabila merasai kontraksi bagi mengelakkan anda melahirkan sendiri di rumah.

Jika dahulu, ada bidan-bidan kampung mahir dalam menyambut bayi baru lahir. Namun sekarang anda tidak digalakkan bersalin di rumah kerana pelbagai masalah dan bahaya boleh meragut nyawa.

Remaja meninggal ketika melahirkan sendiri dalam rumah

Seorang gadis dilaporkan ditemui telah meninggal dunia bersama bayinya yang baru sahaja lahir dalam sebuah bilik tidur di negara seberang.

Menurut laporan media tempatan, mangsa yang baru berusia 17 tahun berasal dari Desa Karanghajo Kecamatan Glenmore Kabupaten Bayuwangi Jawa Timur telah meninggal dunia selepas melahirkan seorang bayi pada 31 Ogos yang lalu.

Ibu mangsa, Lin Tisyani yang berusia 39 tahun tidak menyangka perkara tersebut akan berlaku pada anak perempuannya.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Banyuwangi, Iptu Agus Winarno mendedahkan jantina bayi yang baru dilahirkan itu adalah lelaki. Namun hal yang menyedihkan adalah bayi berkenaan turut ditemui mati bersebelahan dengan ibunya di dalam bilik.

”Menurut penjelasan dari ibu mangsa, dia pada mulanya sudah berasa curiga keraa anaknya langsung tidak keluar dari bilik sehari sebelum kejadian,” katanya.

Pada keesokan harinya selepas diperiksa oleh ibu ayah mangsa, mereka mendapati pintu bilik telah dikunci dari dalam sehingga perlu meminta bantuan adiknya untuk membuka tombol pintu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun pintu bilik tidur tidak berjaya dibuka. Mereka terpaksa membuka tingkap yang ada bersebelahan bilik. Agak menyedihkan apabila mereka melihat mangsa bersama bayinya sudah terbaring di atas lantai.

”Dalam bilik itu juga ada banyak percikan darah. Selepas diperiksa, kedua-duanya sudah tidak bernafas dan meninggal dunia,” jelasnya.

Agus berkata ibu ayah mangsa telah membuat laporan polis. Untuk kejadian ini, ahli keluarga bersetuju menerima dan tidak mendakwa secara jenayah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Keluarga telah meredai dan menerima kejadian tersebut sebagai musibah. Mereka juga enggan membuat bedah siasat dan ingin segera kebumikan mangsa.” katanya.

Agus menambah, mangsa dan bayi lelaki segera dikebumikan pada hari yang sama di tanah perkuburan berhampiran rumah mereka.

Bahaya melahirkan sendiri di rumah

Menurut Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr Mardiana Kipli mengatakan pendarahan yang teruk selepas bersalin telah menjadi penyebab utama kematian ibu seluruh dunia.

Apabila seseorang ibu melahirkan sendiri bayi di rumah, tiada pemantauan dapat dilakukan semasa kelahiran. Misalnya, cardiotocograph iaitu alat untuk memantau jantung janin bagi mengesan early hypoxic insult.

Disebabkan oleh kekurangan bidan terlatih yang bertauliah pada kawasan tertentu seperti di pedalaman, ia boleh mengancam nyawa ibu dan bayi. Pelbagai masalah boleh berlaku semasa dan selepas melahirkan bayi. Ini termasuklah ibu tidak sedarkan diri hingga boleh menyebabkan kematian.

Kadar kematian bayi yang dilahirkan di rumah tiga kali ganda lebih tinggi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut The American College of Obstetricians and Gynecologist (ACOG), bayi yang dilahirkan di rumah berisiko tinggi untuk mengalami kematian peranakan dan sawan.

Bukan itu sahaja, kadar kematian bayi yang dilahirkan di rumah adalah tiga kali ganda lebih tinggi daripada mereka yang dilahirkan di fasiliti kesihatan. 

Bagi ibu yang bersalin di rumah dan mengambil perkhidmatan doula, mereka tetap perlu merujuk doktor untuk tujuan perubatan terutamanya ketika berlakunya sesuatu di luar jangkaan.

Jika doula tidak dilengkapi dengan ilmu perubatan kecemasan seperti ubat dan peralatan, nyawa ibu dan bayi boleh hilang dalam sekelip mata. Jika ini berlaku, tiada mana-mana pegawai perubatan yang akan bertanggungjawab.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Rasa Kepala Baby Dah Kat Bawah, Wanita Bersalin & Sambut Anak Sendiri Dalam Kereta

Baca juga: Sama-Sama Hamil Dengan Adik Ipar, Wanita Reda Diuji Dua Bayi Meninggal Selepas Bersalin

Baca juga:  Wanita Bersalin Sendiri Di Tepi Jalan, Ditemani 5 Anaknya Yang Berada Dalam Kereta

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan