Ikhlaskan Hati Bila Melayan Tetamu, Mereka Sebenarnya Pembawa Rezeki Dalam Rumah Tangga

Melayan tetamu merupakan amalan yang sangat digalakkan dalam Islam malah sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun zaman silih berganti, adab dan nilai bukanlah satu perkara yang perlu diketepikan malah ia harus dijaga dan diamalkan. Contohnya dalam adab melayan tetamu, ia bertujuan untuk mengeratkan perhubungan sesama manusia lebih-lebih lagi di hari raya.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Ikhlaskan hati ketika melayan tetamu yang datang ke rumah
  • Tetamu sebagai pembawa rezeki dalam rumah

Islam sangat mengambil berat berkenaan dengan memuliakan tetamu. Berdasarkan hadis Nabi SAW:

Maksudnya: “Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat makan jangan sakiti jirannya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka muliakanlah tetamunya. Juga sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka berkatalah dengan perkataan yang baik atau hendaklah dia diam.” – (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Ikhlaskan hati ketika melayan tetamu yang datang ke rumah

Adab melayan tetamu adalah tatacara seseorang melayani atau memperlakukan tamu yang berkunjung ke rumahnya dengan garis panduan yang dianjurkan oleh Islam dan masyarakat. Antara adabnya adalah seperti:

#1. Menjemput tetamu dengan niat untuk mengharapkan pahala

Perbetulkan niat setiap kali ingin menjemput tetamu datang ke rumah. Sematkan dalam hati, niat sebenar untuk menjemput mereka adalah semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT agar diberikan pahala yang berlipat kali ganda.

Bersihkan jiwa dari hasad dengki, rasa ingin menunjuk-nunjuk, riak, mengharapkan apa-apa balasan, atau mempunyai kepentingan tertentu di dunia ini asbab menerima tetamu bertandang ke rumah.

#2. Menerima tetamu dengan wajah yang ceria, senyuman, dan sopan santun

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Salah satu adab dalam Islam dalam menyambut tetamu adalah dengan wajah yang ceria, senyuman manis, bertanya khabar, dan menyembunyikan masalah diri kita supaya tidak diketahui oleh tetamu.

Apabila tetamu tiba, hulurkanlah salam sambil menyebut nama mereka, kemudian jemput masuk ke dalam rumah. Cipta suasana perbualan yang positif untuk memberi makna yang baik. Jangan terus berkata, jemput makan “apabila tetamu datang ke rumah”.

Hal ini seolah-olah kita menyuruh mereka datang hanya untuk makan atau menghabiskan makanan sahaja. Jauhi juga sikap sombong dan gemar memaling muka dengan tetamu. 

#3. Menjamu tetamu dengan makanan yang terbaik mengikut kemampuan

Hak sebagai tetamu  adalah dihidangkan dengan dengan air dan makanan yang terbaik mengikut kemampuan tuan rumah. Mahal tidak semestinya baik. Tetapi yang terbaik itu adalah yang mampu menjadi sumber tenaga berguna kepada sesiapa yang makan.

#4. Jaga percakapan dan tingkah laku

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam perbualan, kita sering kali melepasi sempadan tatasusila dan tingkah-laku yang dibenarkan. Kita haruslah sentiasa ingat dan menjaga perasaan tetamu yang berkunjung ke rumah. Berbual dengan nada yang sopan, dan tidak terlalu kuat sehingga menganggu jiran tetangga yang lain.

Usah bercakap perkara yang sensitif atau bertanya soalan-soalan peribadi kepada tetamu. Hal ini kerana, kita tidak tahu ayat yang mana satu dari mulut kita boleh menguris perasaan orang lain.

#5. Ucapan terima kasih atas kehadiran tetamu

Apabila seseorang rasa dihargai dan dialu-alukan datang ke rumah kita, mereka akan berasa senang hati dan seronok untuk berkunjung lagi. Ucapkan terima kasih dan penghargaan yang selayaknya kepada para tamu yang hadir.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tetamu sebagai pembawa rezeki dalam rumah

Sikap memuliakan tetamu sangat dituntut oleh Islam sehinggakan Nabi Muhammad SAW mengaitkan sifat itu dengan nilai iman. Rasulullah SAW ada bersabda yang maksud:

“Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka jangan sakiti jirannya. Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka muliakanlah tetamunya. Juga sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka berkatalah dengan perkataan yang baik atau hendaklah dia diam.” – (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Oleh itu, bersyukur dan bergembiralah dengan tetamu yang menziarahi ke rumah kita. Ia membawa rezeki yang berkat kepada seluruh isi rumah. Antara tanda anda mendapatkan rezeki yang berkat adalah seperti:

  • Sentiasa berasa cukup dengan apa yang dimiliki
  • Mempunyai keluarga yang bahagia
  • Mudah melakukan amalan-amalan wajib dan sunnah dalam kehidupan
  • Mendapat anak-anak yang cemerlang di dunia dan akhirat
  • Orang suka berkawan dengan kita
  • Tetamu suka datang ziarah ke rumah
  • Doa mudah untuk termakbul

Oleh yang demikian, santunilah tetamu yang ziarah di rumah kita, seperti mana kita mahu dilayan dan di terima di rumahnya jua. Amalan ini tidak hanya tertumpu pada setiap hari perayaan sahaja malah dalam apa-apa majlis yang melibatkan ramai orang, kita haruslah sentiasa menjaga akhlak peribadi yang berlandaskan syariat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tuan Rumah Jangan Tunjuk Muka Kekwat, Ini Masanya Ganda Pahala Dengan Layan Tetamu!

Baca juga: Bahana Turutkan Kemahuan Keluarga, Lebih 100 Tetamu Dijangkiti Covid-19, Pengantin Lelaki Maut Selepas 2 Hari Berkahwin

Baca juga:  Tips Rumah Kekal Wangi Menjelang Raya, Barulah Tuan Rumah Selesa Terima Tetamu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan