X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Adakah Bahaya Memandu Ketika Hamil? Ibu, Ikuti 10 Checklist Ini Sebelum Mulakan Perjalanan

5 min bacaan
Adakah Bahaya Memandu Ketika Hamil? Ibu, Ikuti 10 Checklist Ini Sebelum Mulakan Perjalanan

Memandu kenderaan ketika hamil perlu dilakukan secara berhemah, lebih-lebih lagi jika anda sudah memasuki trimester ketiga kehamilan

Tuntutan kerja seharian membuatkan ramai ibu mengandung terpaksa keluar rumah dan memandu kenderaan. Ada yang memberanikan diri memandu meskipun dalam keadaan sarat. Justeru adakah ia selamat untuk ibu dan bayi dalam kandungan?

Memandu atau menaiki motorsikal sememangnya memberikan risiko yang tersendiri jika tidak mengikuti langkah-langkah keselamatan di jalan raya. Sebagai ibu hamil, adalah penting untuk anda memastikan diri dalam keadaan yang sihat sebelum melakukan pemanduan jarak dekat ataupun jauh.

Memandu kereta ketika mengandung

ibu hamil memandu

Sebelum membuat keputusan memandu kereta seorang diri, ibu hendaklah fikir berkali-kali apatah lagi jika ia melibatkan perjalanan jauh.

Perubahan hormon yang menyebabkan loya, pening, muntah berpanjangan sebenarnya boleh menganggu fokus pemanduan dan berkemungkinan membahayakan diri anda serta bayi dalam kandungan.

Sebenarnya tiada masalah untuk ibu memandu kereta ketika hamil sekiranya tiada risiko yang membahayakan. Berikut adalah beberapa checklist dan langkah keselamatan sebelum anda melakukan perjalanan sebagai seorang pemandu:

#1. Ibu dalam keadaan sihat

Jika anda berasa terlalu letih, loya atau pening, jangan memandu. Adalah lebih baik menaiki pengangkutan awam atau menjadi penumpang kepada pasangan sahaja.

#2. Pastikan pakai tali pinggang keledar

Menurut Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi, Hospital Pakar KPJ Damansara, Dr Imelda Balchin. Ibu hamil juga berisiko untuk tercampak keluar dari kereta dan mengalami dashboard injury ketika kemalangan seperti orang lain sekiranya tidak memakai tali pinggang keledar.

Bagi mengelakkan seat-belt injury atau kecederaan akibat tali pinggang menekan rahim wanita hamil apabila kereta tiba-tiba berhenti, ibu hendaklah memakai tali pinggang keledar dengan cara berikut:

memandu ketika hamil

  • Tali pinggang bahagian atas hendaklah berada di antara payudara ibu hamil dan kemudian tarik ke tepi rahim.
  • Pastikan ia tidak menekan hadapan rahim, tetapi dibawa ke tepi rahim.
  • Ia bertujuan menghentikan dada ibu hamil daripada terhumban ke hadapan.

#3. Laraskan tempat duduk sewaktu memandu

Sebelum memulakan perjalanan, ibu hendaklah duduk dalam jarak yang selamat dari stereng dan papan pemuka (dashboard).

Tulang dada perlu sekurang-kurangnya jauh 10 inci dari stereng pada setiap masa. Ini supaya beg udara dapat beroperasi secara berkesan jika kemalangan berlaku. Tapi jangan terlalu jauh sehingga tangan diregangkan sepenuhnya, sebab ia akan menjejaskan kawalan anda.

Jika perlukan perlindungan tambahan,  anda boleh juga letakkan bantal kecil antara perut dan stereng bagi mengelakkan hentakan stereng jika ada sesuatu yang tidak diingini berlaku.

#4. Stiker pelekat kenderaan

Boleh juga letakkan car sticker yang memberitahu wanita mengandung sedang memandu supaya pemandu-pemandu lain boleh berwaspada dan berhati-hati ketika memandu berhampiran anda.

#5. Berhenti rehat seketika

Jangan memandu dalam jarak yang jauh tanpa berhenti rehat. Berhenti seketika untuk meregangkan kaki dan otot-otot yang terlibat. Berjalan seketika untuk elakkan kekejangan kaki dan membenarkan peredaran darah yang lancar.

#6. Sediakan makanan atau minuman

Sentiasa sediakan sebotol air atau jus berhampiran anda untuk memudahkan anda meneguknya dengan kerap bagi mengelakkan dehidrasi.

#7. Elak jalan yang sesak

Jalan yang sesak dengan kenderaan boleh memanjangkan tempoh perjalanan anda. Dalam hal ini, rancanglah pemanduan dengan baik sebelum keluar rumah.

Adalah lebih baik memilih jalan yang lancar dan kurang sesak bagi mengelakkan anda berasa letih ketika memandu.

#8. Waspada risiko kekejangan otot kaki

memandu ketika mengandung

Ibu mengandung mudah alami kekejangan otot kaki. Jadi, sentiasa berhati-hati ketika memandu, elak lalui selekoh tajam atau menekan brek secara mengejut.

Sekiranya otot dan tubuh anda berasa lenguh atau ngilu, berhenti seketika, berjalan atau lakukan senaman regangan bagi membantu menenangkan tubuh.

#9. Dapatkan maklumat hospital terdekat

Sebelum memulakan perjalanan, dapatkan maklumat mengenai hospital yang terdapat di sepanjang perjalanan yang ditempuhi terutama bagi perjalanan jauh.

Sedikit sebanyak maklumat ini dapat membantu sekiranya tiba-tiba anda mengalami kontraksi dan bersalin tanpa dijangka. Jangan lupa sentiasa membawa bersama rekod antenatal anda ke mana jua anda pergi.

#10. Elak memandu seorang diri

Jangan memandu seorang diri untuk jarak yang jauh. Jika terpaksa, pastikan seseorang tahu ke mana anda pergi dan jalan yang anda gunakan.

Hantarkan live location pada pasangan atau kumpulan keluarga bagi membolehkan mereka menjejaki kedudukan anda.

Selain itu, pastikan telefon bimbit berada dekat dengan anda dan hands free disediakan setiap masa. Lagi baik kalau sediakan speed dial untuk nombor-nombor panggilan kecemasan.

Risiko kemalangan melibatkan ibu mengandung

Ujar Dr Imelda, terdapat kajian yang menunjukkan bahawa pemandu wanita yang hamil lebih berisiko jika mengalami kemalangan jalan raya berbanding wanita yang tidak hamil.

Beliau memetik artikel Reuters Health berkata, hasil penyelidikan menyaksikan purata kemalangan sebelum hamil ialah 4.6 kes daripada 1,000 wanita, manakala 7.7 kes kemalangan daripada 1,000 wanita dilaporkan berlaku ketika trimester kedua.

Jelasnya, kemalangan tersebut mungkin disebabkan wanita hamil mempunyai masalah seperti loya, keletihan, tidak cukup tidur atau tidak selesa.

“Punca-punca itu menyebabkan wanita hamil mempunyai tindak balas yang lebih lambat untuk mengelakkan kemalangan,'' katanya.

Sebagai kesimpulan, ibu mengandung hendaklah menilai tahap kesihatan dan kemampuan diri terlebih dahulu sebelum membuat pemanduan.

Jika berada di penghujung trimester, minta tolong suami hantarkan ke tempat yang anda ingin pergi bagi mengelakkan insiden tidak diingini.

Semoga bermanfaat!

Sinar Harian, Mami Raysha

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Pandu Kereta Selepas Bersalin Czer/Normal, Doktor Tetapkan 9 Syarat Penting Ibu Kena Ikut!

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Baca juga: Ibu Ini Kongsi Tips Memandu Sendirian Jarak Jauh Bersama 2 Anak-Anak Kecilnya, Hebat Betul!

Baca juga:  Anak Tertinggal Kereta Ketika Ibu Ayah Tukar Giliran Memandu, Tak Sedar Anak Tiada

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Adakah Bahaya Memandu Ketika Hamil? Ibu, Ikuti 10 Checklist Ini Sebelum Mulakan Perjalanan
Kongsikan:
  • Checkup Mengandung Di Klinik Kerajaan Atau Klinik Swasta, Mana Yang Lebih Baik?

    Checkup Mengandung Di Klinik Kerajaan Atau Klinik Swasta, Mana Yang Lebih Baik?

  • Telinga Berdengung Ketika Hamil Boleh Buat Ibu Terganggu, Ini Punca & Cara Mengatasinya

    Telinga Berdengung Ketika Hamil Boleh Buat Ibu Terganggu, Ini Punca & Cara Mengatasinya

  • Kandungan 10 Minggu: Ini Perkembangan Janin Dalam Perut Anda, Baby Dah Ada Kuku!

    Kandungan 10 Minggu: Ini Perkembangan Janin Dalam Perut Anda, Baby Dah Ada Kuku!

  • Checkup Mengandung Di Klinik Kerajaan Atau Klinik Swasta, Mana Yang Lebih Baik?

    Checkup Mengandung Di Klinik Kerajaan Atau Klinik Swasta, Mana Yang Lebih Baik?

  • Telinga Berdengung Ketika Hamil Boleh Buat Ibu Terganggu, Ini Punca & Cara Mengatasinya

    Telinga Berdengung Ketika Hamil Boleh Buat Ibu Terganggu, Ini Punca & Cara Mengatasinya

  • Kandungan 10 Minggu: Ini Perkembangan Janin Dalam Perut Anda, Baby Dah Ada Kuku!

    Kandungan 10 Minggu: Ini Perkembangan Janin Dalam Perut Anda, Baby Dah Ada Kuku!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.