Kehidupan berumah tangga tidak akan sama dengan waktu bercinta. Kalau dahulu, akan ada sahaja waktu untuk keluar dan makan bersama. Ramai pasangan mengakui bahawa rutin harian yang sibuk telah memberi kekangan untuk melakukan pelbagai aktiviti sehingga kadang-kadang ada yang ‘terlupa’ menghargai pasangan.
Hal ini ditambah pula dengan urusan anak-anak yang masih kecil. Memang seronok apabila dapat keluar, namun dengan situasi pandemik kini ramai ibu ayah mengambil keputusan untuk duduk di rumah sahaja.
Menghargai pasangan dengan cara keluar dating berdua
Ramai pasangan terutamanya para suami tidak menyedari akan kepentingan keluar bersama atau dating sangat penting dalam hubungan suami isteri. Meskipun hanya sekadar keluar menaiki motor atau makan aiskrim di tepi tasik, ia sudah cukup membahagiakan hati isteri.
Menurut perkongsian oleh Najmi Nawawi, dia menjelaskan mengapa pentingnya suami menghargai pasangan dengan cara keluar berdua.
Ketahuilah bahawa siapa yang tidak melakukan dating suami isteri sememangnya dia rugi besar. Mana tidaknya, kalau sibuk dengan kerja 24 jam, balik rumah dan layan anak-anak lagi, memang tak sempat lah nak berdating.
Kesan keluar bersama dan peluang menghargai pasangan
Keluar berdua ini bukan untuk pasangan bercinta, bukan untuk budak-budak tapi bagi mereka yang bergelar pasangan suami isteri. Dating high class ini aku boleh cakap sangat-sangat penting untuk kedua-dua pasangan kerana:
#1. Masa untuk update emosi
Tidak hanya telefon pintar sahaja penting untuk kita update, emosi pasangan juga perlu dilakukan hal yang sama. Lebih-lebih lagi jika anda dan isteri sama-sama bekerja.
Ketika keluar bersama dan sambil makan-makan, waktu inilah kita akan tahu apa perasaan dia ketika berada di tempat kerja, berdepan dengan kawan-kawan atau hubungan dengan ahli keluarga yang lain.
Sekiranya tidak update perjalanan kehidupan seharian ini, nanti anda sendiri tidak tahu keadaan emosi pasangan macam mana. Dari situ muncul isu suami tak pernah tahu perkembangan isteri atau tidak faham situasi yang dihadapi.
#2. Waktu mendengar luahan
Ini sangat penting. Sudah menjadi fitrah wanita, mereka suka bercerita dan suamilah satu-satunya kawan yang dia ada. Kalau ada sesuatu yang tidak disukainya, adalah lebih baik isteri ceritakan dekat kita dahulu sebelum dia sebar di media sosial.
Suami perlu memainkan peranan untuk mulakan sesi luahan ini. Pada waktu berdua-duaan itu, boleh mulakan dengan pegang tangan isteri. Tatap mata dan tanya macam biasa. Ini kuncinya, kemudian sediakan telinga untuk mendengar.
#3. Mengelakkan terjadinya kemurungan
Masalah kemurungan sering berlaku dalam kalangan masyarakat hari ini. Sehingga ramai NGO ditubuhkan bagi menanganinya. Sebelum ia berjangkit pada kita, belajarlah untuk menghargai pasangan.
Untuk huraikan tentang masalah kemurungan, ia mungkin tidak cukup di ruangan ini dan aku kena buat artikel khas lain pula. Tapi point aku ialah tersangat bagus kalau suami isteri dapat meluangkan sedikit masa agar kita boleh memahami pasangan.
#4. Mencipta banyak kenangan manis
Setiap kenangan manis yang terjadi dalam kehidupan suami isteri pastinya kita akan kenang sehingga akhir hayat. Misalnya ada momen bagi suami biasa sahaja seperti tolong angkat beg berat di hadapan pasangan, untuk kita ia tidak ada apa-apa.
Tapi bagi pasangan kita, itulah momen yang boleh buat tersenyum teringat nanti. Otak manusia sememangnya akan lebih kuat untuk ingat ketika hati tenang dan bahagia kerana disimpan di tempat yang istimewa. Ia juga akan menjadi perisai untuk menghadapi ujian rumah tangga suatu hari nanti.
Tapi kalau dating pun tidak pernah, bila masa kita dapat cipta semua kenangan indah ini?
#5. Penuhi nafkah batin
Pasangan suami isteri mana ada masa. Lagi-lagi kalau anak sudah 2,3 orang. Katil pun jadi semakin sempit dan kena ‘konker’ dekat anak. Jadi cadangan aku, kalau ada pasangan yang ambil cuti. Seorang lagi ambillah annual leave untuk dating bersama pasangan kau di rumah. Anak-anak hantarlah ke taska.
Dijadikan pasangan itu untuk menyempurnakan fitrah lelaki dan perempuan. Kalau tiada masa, carilah masa dan cipta ruang untuk bersama tanpa sebarang gangguan. Banyak keruntuhan rumah tangga berpunca dari hal yang gagal disempurnakan ini.
Sumber: Najmi Nawawi
Kredit foto: redaksi, kisah dunia.com
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Usah Malu Suap Makanan Ke Mulut Isteri & Anak, Besar Pahalanya Buat Para Suami!