Hati-Hati Menjemur Bayi Dalam Keadaan Telanjang Boleh Meningkatkan Risiko Kanser Kulit

Hati-hati jika ingin menjemur bayi jangan sampai si kecil rasa tidak selesa sekaligus menimbulkan gejala lain pula di kemudian hari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Biasanya petua orang tua menjemur bayi di bawah sinar matahari pagi untuk mendapatkan vitamin D yang sangat baik untuk si kecil tetapi sebahagian daripadanya melakukan dengan cara yang salah. 

Cara yang salah itu apabila menjemur bayi dalam keadaan telanjang tanpa pakaian yang boleh membuatkan kulit bayi terbakar dek kerana sinaran matahari. 

Walaupun ia sangat baik, namun anda perlu tahu kulit bayi masih nipis dan sangat sensitif maka jika menjemur bayi dengan cara yang kurang tepat ia boleh menyebabkan risiko tertentu. 

Menjemur Bayi Perlu atau Tidak?

Kita sedia maklum bahawa cahaya matahari banyak memberi manfaat kepada tubuh badan. Begitu juga kepada bayi ia memberi banyak manfaat kepada mereka.

Walaupun kadang kala cahaya matahari membuat kita berasa panas, tidak selesa, berpeluh dengan banyak dan sebagainya tetapi ianya sangat baik untuk kesihatan tubuh. Berikut adalah kebaikan jemur bayi:

1. Sumber vitamin D semula jadi

Menjemur bayi pada cahaya matahari dapat mengelakkan bayi daripada mengalami masalah kekurangan Vitamin D dalam tubuh badan mereka. Vitamin D juga penting untuk pertumbuhan keseluruhan anak anda.

Antara fungsi penting Vitamin D adalah ia untuk meningkatkan kapasiti penyerapan kalsium pada bayi dan kanak-kanak.

Jadi kekurangan Vitamin D boleh menyebabkan masalah kekurangan kalsium pada bayi dan kanak-kanak. Kalsium sangat penting dalam pertumbuhan bayi kerana ia berfungsi untuk menguatkan gigi dan tulang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, ia juga membantu meningkatkan sistem imum bayi supaya bayi tidak mudah terdedah dan terkena penyakit.

2. Menurunkan paras bilirubin

Bayi yang baru lahir fungsi hati mereka tidak berfungsi dengan sempurna lagi untuk membantu mereka memproses bilirubin. Kandungan bilirubin yang tinggi dalam darah bayi menyebabkan mereka mengalami jaundis.

Biasanya rawatan utama untuk merawat bayi yang mengalami jaundis adalah dengan fototerapi. Tetapi untuk bayi yang mempunyai paras bilirubin yang rendah dan tidak membahayakan, doktor biasanya menyaran ibu ayah untuk menjemur bayi di bawah cahaya matahari pagi selama 15-20 minit.

3. Meningkatkan pengeluaran insulin

Insulin berfungsi sebagai mengawal kandungan gula dalam darah. Pengeluaran insulin yang rendah akan menyebabkan kandungan gula dalam darah menjadi tinggi dan seterusnya menyebabkan mendapat penyakit diabetes.

Tetapi terdapat juga gangguan pengeluaran berlebihan insulin (hiperinsulinisme kongenital) yang menjadikan paras gula sangat rendah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menjemur bayi di bawah cahaya matahari sangat bagus untuk meningkatkan kandungan insulin dan seterusnya dapat mengelakkan bayi daripada mendapat diabetes.

Selain itu, penyakit diabetes juga turut dipengaruhi oleh diet dan gaya hidup. Jadi ibu bapa perlu menerapkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat kepada anak-anak dan tidak hanya bergantung kepada kebaikkan cahaya matahari semata-mata.

4. Mengelakkan tekanan

Cahaya matahari pagi sangat berkesan dalam membantu mengeluarkan hormon endorphin dalam tubuh bayi. Hormon ini juga dikenali sebagai hormon antidepressant.

Bayi yang mengalami tekanan selepas bersalin biasanya kerap meragam, menangis dan gelisah dengan kerap. Jadi dengan menjemur bayi pada waktu pagi ia dapat mengelakkan bayi daripada mengalami tekanan dan ketepuan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, peningkatan hormon serotonin juga dibebaskan oleh tubuh bayi sekiranya mereka dijemur di bawah matahari. Serotonin biasanya dikenali sebagai ‘hormon gembira’. Ia membuatkan tubuh manusia kurang cerewet dan melancarkan fungsi pencernaan.

5. Tidur lebih lena

Bayi yang baru lahir biasanya tidak mempunyai corak tidur yang betul. Kadang kala mereka akan berjaga sepanjang malam atau kerap bangun bermain dan akan tidur apabila hari siang. Ini kerana hormon serotonin dan melatonin dalam badan bayi belum begitu seimbang.

Jadi menjemur bayi dipercayai dapat mempengaruhi kedua-dua tahap hormon ini supaya bayi akan tidur dengan corak yang lebih baik.

Apabila menjemur bayi, berlaku penurunan dalam level hormon melatonin manakala peningkatan dalam level hormon serotonin. Ia akan menyebabkan bayi tidur pada waktu malam dan mudah untuk bangun apabila siang. Ini membuatkan corak tidur bayi menjadi lebih baik.

Selain itu, dengan mendedahkan cahaya matahari kepada bayi ia dapat membantu mereka untuk membezakan siang dan malam.

6. Membantu melawan penyakit

Cahaya ultraviolet mampu membunuh kuman dan bakteria malah, mampu mengurangkan risiko bayi dari mendapat jangkitan penyakit lain. Ini membuatkan bayi kekal sihat dan ceria untuk jangka masa yang lama jika dijauhkan daripada sebarang penyakit bermasalah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berjemur juga mungkin boleh membantu merawat beberapa keadaan kulit seperti :

  • Psoriasis
  • Ekzema
  • Jaundis

Cara Menjemur Bayi Yang Benar

1. Jemur bayi jam berapa?

Waktu pagi merupakan waktu terbaik untuk menjemur bayi. Oleh itu, waktu berjemur yang baik untuk bayi ialah sebelum matahari terik iaitu sekitar jam 8-10 pagi. Elakkan menjemur bayi selepas pukul 10 pagi.

Bayi anda seharusnya berusia sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum ibu ayah melakukan aktiviti menjemur bayi ini.

Ibu ayah boleh membawa bayi ke taman dengan meyorong bayi di dalam kereta sorong. Selain bayi dapat menikmati kebaikkan cahaya matahari, bayi juga akan mendapat hirup udara yang segar dan ia dapat menenangkan bayi.

Pastikan muka bayi dilindung dari cahaya matahari. Biarkan kaki bayi yang menyerap cahaya matahari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Jangan dedahkan bayi terlalu lama pada cahaya matahari

Mendedahkan bayi kepada cahaya matahari untuk tempoh yang lama boleh menyebabkan bayi mendapat masalah kesihatan yang lain seperti dehidrasi atau meningkatkan risiko kanser kulit pada masa hadapan.

Bayi biasanya mempunyai kulit yang sensitif. Jadi mendedahkan bayi untuk tempoh yang lama pada cahaya matahari boleh menyebabkan kulit bayi menjadi kasar, kering, terbakar dan bintik merah pada kulit bayi.

Untuk bayi yang baru lahir, tempoh di antara 5-10 minit sudah memadai untuk mereka.

Ibu ayah juga seharusnya memakaikan bayi losyen pelembap untuk memastikan kulit bayi kekal lembab sepanjang masa.

3. Elakkan menjemur bayi di sebalik cermin

Jika anak anda mengalami kekurangan Vitamin D, elakkan menjemur bayi baru lahir di sebalik cermin. Ini kerana kaca akan mengurangkan kesan sinaran UV.

Apabila melalui kaca, penghantaran cahaya ultraviolet (UV) akan berkurangan sehingga 50%. Sinaran UV memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan Vitamin D kepada kulit kita.

Jadi bayi dan kanak-kanak memerlukan kebaikan penuh sinaran UV untuk membantu mereka menjana vitamin D yang mencukupi bagi memenuhi keperluan harian.

4. Mandikan bayi selepas berjemur

Sekiranya memandikan bayi sebelum aktiviti berjemur ini, ia mungkin boleh membahayakan kulit bayi anda. Ini kerana memandikan bayi boleh menyebabkan dehydrocholesterol dihilangkan/dibasuh.

Dehydrocholesterol adalah bahan yang menukarkan cahaya matahari menjadi Vitamin D. Oleh itu, sebaiknya memandikan bayi selepas aktiviti menjemur bayi.

5. Tutup kepala bayi

Kebanyakan pakar mencadangkan cara menjemur bayi terbaik untuk dedahkan bahagian kaki bayi di bawah sinaran matahari. Ini kerana, mendedahkan bahagian kepala bayi boleh menyebabkan bayi berpeluh secara berlebihan.

Bayi juga merasa sangat tidak selesa jika kepala mereka terdedah di bawah cahaya matahari.

Sebaliknya, mendedahkan bahagian kaki bayi kepada sinaran matahari tidak mendatangkan masalah kepada bayi. Malah, bayi juga akan menikmati aktiviti berjemur sekiranya kaki mereka yang terdedah dan bukannya kepala.

6. Pilih jangka masa yang sesuai mengikut usia

Bayi tidak memerlukan tempoh berjemur yang lama untuk kekal sihat. Cukup sekadar menjemur mereka sekitar 5-10 minit.

Tingkatkan tempoh menjemur bayi seiring peningkatan usia mereka. Untuk bayi yang berusia setahun, mereka boleh berjemur kira-kira 20-30 minit.

7. Tidak perlu keluar rumah untuk berjemur

Bagi orang dewasa, kita boleh pergi ke pantai atau taman untuk berjemur. Ini kerana sistem imun tubuh orang dewasa yang kuat boleh melindungi kita daripada bakteria dan pencemaran.

Berbeza dengan bayi kerana sistem imun mereka masih lemah dan sedang terbentuk. Cara jemur bayi ibu boleh cuba adalah di sekitar kawasan rumah seperti balkoni atau bahagian laman.

Walaupun menjemur bayi bawa banyak kebaikan, tetapi jika dilakukan secara berlebihan ia juga akan mendatangkan keburukan kepada bayi. Ibu ayah harus mengambil langkah yang sesuai untuk mengelakkan sebarang kemudaratan kepada bayi.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 Cara Ajar Bayi Baru Lahir Tidur Malam, Pastikan Anda Peka Waktu Tidur Bayi Yang Betul!

Baca juga: Jadual Tidur Bayi Tak Sama Setiap Umur, Jangan Panik! Tapi Ini 6 Sebab Tidur Bayi Terganggu

Baca juga: Jangan Sapu Krim Pelindung Matahari Sembarangan Pada Anak, Alahan Boleh Seteruk Ini!