Makanan Ini WAJIB Ibu Hamil Cuba Jika Ingin Teruskan Puasa Penuh & Bertenaga Sepanjang Hari

Ibu Hamil Trimester 1 boleh Puasa, Tapi Wajib Sahur Makanan Berkhasiat! Ini Menu wajib untuk wanita hamil sahur supaya kekal bertenaga.

Ramai yang bertanya, ibu hamil trimester 1 boleh puasa? Boleh selagi ia tidak memudaratkan ibu dan bayi dalam kandungan. Untuk itu, 5 menu wajib untuk wanita hamil ini haruslah diamalkan ketika berpuasa.

Walaupun ibu hamil trimester 1 boleh puasa, tapi kalau rasa macam tak larat, terlalu lapar atau bayi tak bergerak, janganlah memaksa diri untuk terus berpuasa. Bimbang perkara tak diingini berlaku. 

Apa kata kita buat  revision sikit tentang bulan Ramadhan ini. Bulan Ramadhan merupakan bulan di mana umat Islam melakukan ibadah berpuasa dan ibadah sunat yang lain seperti solat tarawih, khatam 30 juzuk Al-Quran, malam Lailatul Qadar dan memperbanyakkan sedekah jariah.

Hal ini kerana, bulan Ramadhan adalah bulan Islam yang paling ditunggu umat Islam supaya dapat mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa. Inilah masanya untuk kita memperbanyakkan ibadah kepada Allah S.W.T.

Bulan Islam yang lain tak boleh ke? Bulan lain pun boleh nak buat ibadah tapi bulan Ramadhan lebih istimewa.

Oleh sebab itu, kita wajib berpuasa selama sebulan/ 30 hari bagi melengkapkan ibadah puasa kita. Disebabkan itu, kami ingin berkongsi 5 menu wajib untuk ibu hamil supaya kekal bertenaga ketika berpuasa.

Ibu Hamil Trimester 1 Boleh Puasa, Tapi Kena Sahur Menu Ini

Mempunyai nutrisi seimbang 

ibu hamil trimester 1 boleh puasa, sahur, menu sahur

Kredit: Unsplash

Menu wajib untuk wanita hamil berpuasa pertama adalah makanan yang mengandungi karbohidrat, lemak protein haiwan dan tumbuhan, vitamin dan mineral. Sumber nutrisi ini boleh didapati dalam nasi, sayuran hijau dan buah-buahan

Dengan hidangan ini, walaupun ibu sedang berpuasa, bayi dalam kandungan tetap mendapat zat yang diperlukan sewaktu ibu bersahur dan berbuka puasa. 

Ibu hamil trimester 1 boleh puasa tapi perlu minum air kosong secukupnya 

ibu hamil trimester 1 boleh puasa, sahur, menu sahur

Kredit: Unsplash

Wanita mengandung mesti kawal pengambilan gula kerana takut-takut ada kencing manis. Jadi bila rasa nak berpuasa ketika hamil, pastikan anda ambil 4 gelas air kosong masa berbuka dan 4 gelas lagi ketika bersahur.

Cukup 8 gelas sehari. Secara tak langsung, badan pun rasa selesa dan bertenaga nak berpuasa sampai habis. 

Ada juga wanita hamil yang tak ‘lalu’ nak teguk air kosong waktu pagi. Anda boleh gantikannya dengan susu suam atau air kurma. Pastinya ia lagi sedap untuk diminum. 

Banyakkan makanan yang ada sumber kalsium 

ibu hamil trimester 1 boleh puasa, sahur, menu sahur

Kredit: Unsplash

Ya, antara menu wajib untuk wanita hamil adalah hidangan yang kaya dengan kalsium seperti ikan, susu, yogurt dan keju. Pening juga kan nak buat menu setiap hari yang ada kalsium. 

Senang saja nak buat, penulis kasi contoh satu. Misalnya anda nak buat masak lemak cili api. Daripada guna santan kelapa adalah lebih baik ia digantikan dengan susu cair. Ia lebih sedap dan berkhasiat. Mudah kan? 

Ibu hamil trimester boleh puasa tapi kena ambil makanan tinggi karbohidrat 

menu wajib untuk wanita hamil

Kredit: Unsplash

Contoh makanan yang tinggi karbohidrat ialah seperti beras perang, roti gandum, pasta, oat dan kekacang. Jadikan ia menu wajib untuk wanita hamil setiap hari. 

Bila berbadan dua, ibu akan rasa cepat lapar. Sebab itu penting untuk amalkan makanan karbohidrat yang tinggi semasa mengandung supaya anda kekal bertenaga sepanjang hari tanpa rasa lapar. 

Kaya dengan protein

menu wajib untuk wanita hamil

Kredit: Unsplash

Pemakanan yang mengandungi protein juga penting kerana ia untuk perkembangan janin dan otak bayi. Oleh itu, ibu perlu banyak makan ikan, daging, telur dan kekacang sepanjang berada di bulan puasa.

Macam daging itu, boleh buat daging bakar tanpa minyak dan telur rebus masak kicap. Hmm, pasti ibu rasa sungguh berselera menikmati hidangan berbuka puasa. 

Makanan yang perlu dielak ketika hamil di bulan puasa 

  • Makanan dan minuman yang mengandungi tinggi gula
  • Bila minum minuman bergula, ia akan menurunkan kadar gula dengan cepat. Lantas ibu akan rasa penat, letih dan lapar. Sebaiknya gantikannya dengan jus asli dari buah-buahan yang pastinya lagi segar. 
  • Elakkan makanan tinggi lemak seperti burger, pizza, donat bergula, kulit ayam dan lain-lain. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 8 Tanda BAHAYA Jika Ibu Hamil Berpuasa, Sila Utamakan Kandungan & Bayi Anda

Baca juga: Semua Nampak Sedap Belaka, Ibu Sarat Hamil Kongsi 13 Menu Berbuka Buat Suami Tercinta

Baca juga: Nak Puasa Ketika Hamil Trimester Kedua? Ini Tips & Panduan Penting Buat Para Ibu!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!