Menyusukan Anak Sambil Berpuasa Semasa Ramadhan

lead image

Adakah ia wajib untuk ibu menyusu untuk berpuasa? Sebenarnya, ibu menyusu (dan ibu hamil) mempunyai kelonggaran untuk berbuka jika keadaan memaksa.

Ada yang berpendapat bahawa ia tidak wajib untuk ibu yang sedang menyusukan bayi untuk berpuasa. Sebenarnya, ibu menyusu (begitu juga dengan ibu hamil) mempunyai kelonggaran untuk berbuka jika keadaan memaksa.

Ia dipanggil ruksah puasa, dimana jika kesihatan anak atau kesihatan ibu itu sendiri mungkin terjejas, maka ibu tersebut tidak perlu berpuasa. Tetapi ibu tersebut perlulah ganti puasa kemudian hari.

Namun, tidak semua ibu menyusu yang kurang susu boleh dikecualikan. Ibu yang wajib meneruskan puasa adalah:
  • Ibu yang memberi susu tambahan, kerana anaknya memang sudah minum susu formula.
  • Ibu yang ada stok susu berbotol-botol, kerana anaknya masih ada bekalan susu ibu untuk diminum.
src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/05/baby susu botol.jpg Menyusukan Anak Sambil Berpuasa Semasa Ramadhan

sumber: tv14.my

Apakah faktor-faktor lain yang perlu dipertimbangkan?

Jika bayi itu masih kecil (kurang daripada 6 bulan) dan masih bergantung sepenuhnya kepada susu ibu, maka ibu itu tidak perlu berpuasa.

Jika bayi tersebut sudah mencapai usia lebih daripada 1 tahun, sudah makan makanan pejal dan cuma minum susu ibunya beberapa kali sehari, maka ibu itu mungkin tidak akan menghadapi apa-apa masalah untuk berpuasa.

Bolehkah berpuasa membahayakan bayi saya?

Badan ibu menyusu akan menyesuaikan diri mengikut perubahan dalam diet agar lebih cekap menggunakan kalori dan mengekalkan pengeluaran susu badan.

Kajian ke atas susu ibu yang berpuasa menunjukkan perubahan yang sedikit saja dari segi jumlah dan komposisi. Tetapi perubahan ini hanya berlaku apabilia ibu itu telah berpuasa lebih daripada 24 jam. Ini adalah mengapa ia adalah penting bagi ibu menyusu untuk bersahur.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/05/bm.jpg Menyusukan Anak Sambil Berpuasa Semasa Ramadhan

sumber: Pinterest

Kandungan lemak susu ibu tidak akan berubah semasa berpuasa kerana badan ibu akan menggunakan lemak simpanan ibu itu sendiri. Ibu bapa perlulah peka dan memberi perhatian kepada sebarang tanda-tanda atau perubahan dalam kesihatan bayi mereka.

Tanda-tanda bayi yang tidak mendapatkan susu yang mencukupi termasuk: menangis dengan berterusan, lampin basah yang kurang, najis kehijauan, dan penurunan berat badan bayi.

Baca tentang akibat dehidrasi untuk bayi.

Bolehkah ia membahayakan ibu menyusu?

Ibu menyusu boleh berpuasa semasa Ramadhan, tetapi pastikan diri sihat dan bayi mendapatkan bekalan susu yang mencukupi. Walaubagaimanapun, untuk ibu-ibu yang menyusukan anak secara eksklusif, mereka perlu peka kepada tanda-tanda di bawah kerana mereka mungkin boleh dehidrasi:

  • berat badan menurun > 1kg seminggu
  • rasa sangat dahaga
  • air kencing yang berbau atau berwarna gelap
  • rasa pitam atau pening atau mengantuk walaupun anda telah tidur
  • sering sakit kepala

Jika ibu menyusu mengalami tanda-tanda ini, kemungkinan besar ibu itu perlu berhenti berpuasa. 

Kebanyakan ibu menyusu berasa letih dan lesu ketika berpuasa bukan kerana kurang makan tapi kurang air dalam badan. Minum air di waktu malam, letakkan satu botol air 1.5L di sebelah tempat tidur dan ingat untuk minum semasa menyusukan anak.

Waktu sahur minumlah air yang cukup. Selepas berbuka sehingga hendak tidur, minumlah antara 1.5 liter hingga 2 liter. Kurangkan air bergula dan elakkan air yang bercaffeine, air kelapa pilihan yang lebih baik untuk badan.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/05/water glass.jpg Menyusukan Anak Sambil Berpuasa Semasa Ramadhan

Sumber: hercampus

Apakah tips-tips untuk ibu menyusu pada bulan Ramadhan?

Ibu menyusu boleh mengambil multivitamin dan makanan tambahan pelbagai mineral. Elakkan diri dari tekanan dan berbuka puasa dengan makanan yang sihat. Pastikan anda mendapatkan protein yang mencukupi untuk kesihatan bayi anda.

Makan makanan karbohidrat yang melepaskan tenaga secara perlahan-lahan seperti bijirin, tepung merah, beras GI rendah dan buah-buahan kering yang lain. Jangan lupa untuk minum air yang secukupnya apabila anda tidak berpuasa dan jangan terlepas sahur.

Sumber: Dr. Naomi Mirza, Pakar Perubatan di maya.com.bd, Diari Mama