Selain kencing manis atau hb rendah, masalah sembelit ketika hamil juga kerap kali berlaku dalam kalangan ibu mengandung.
Ada yang mengatakan ia berpunca daripada pengambilan suplemen yang dibekalkan klinik, ada juga disebabkan oleh perkembangan janin. Justeru apakah cara atasi sembelit ketika mengandung ini?
Merawat sembelit ketika hamil
Untuk pengetahuan anda, masalah sembelit ketika hamil berpunca daripada peningkatan hormon progesteron yang mengendurkan otot-otot di seluruh badan, termasuk saluran pencernaan.
Ini bermakna makanan akan dicerna dengan lebih perlahan supaya janin di dalam kandungan dapat memperoleh manfaat penyerapan nutrien yang lebih baik daripada ibu.
Ibu hamil boleh cuba buat beberapa perubahan dalam gaya hidup harian untuk membantu pergerakan usus dan mencegah berak tak lawas semasa kehamilan. Di bawah merupakan beberapa cara atasi sembelit ketika mengandung:
#1. Banyakkan minum air masak
Ibu mengandung sembelit perlu mengambil air kosong dengan kuantiti yang banyak bagi melembutkan najis dan menggalakkan peredaran melalui sistem penghadaman.
Jika kurang minum air, tubuh akan menyerap cecair dari najis yang berada di usus besar iaitu di rectum dan kolon.
Kesannya, najis semakin keras dan sukar dikeluarkan. Ibu juga mungkin terseksa dengan masalah berak tak lawas atau sembelit.
Untuk ibu mengandung, anda dinasihatkan mengambil 8 hingga 10 gelas air setiap hari bagi membantu melancarkan pergerakan usus dan sekaligus mengelakkan punca sembelit.
#2. Kekal aktif
Ibu mengandung sembelit juga perlu kekal aktif dan melakukan senaman ringan. Hal ini bertujuan menggerakkan usus perut. Antaranya adalah berjalan kaki, yoga ataupun berenang.
Luangkan masa 20 hingga 30 minit setiap sesi senaman. Lakukan tiga kali seminggu agar sembelit ketika mengandung dapat diatasi.
#3. Elakkan pengambilan kafein
Elakkan mengambil terlalu banyak kafein. Ini boleh menyebabkan sebatian diuretik / dehidrasi yang merangsang sembelit.
#4. Mencuba vitamin ibu hamil yang berbeza
Zat besi dalam vitamin pranatal mungkin terlalu tinggi untuk dikendalikan oleh sistem penghadaman anda sehingga menyebabkan masalah sukar membuang air besar.
Justeru dapatkan nasihat daripada doktor untuk jenis zat besi daripada jenama lain yang bersesuaian dengan anda agar sembelit ketika mengandung dapat dielakkan.
Kami ada senaraikan vitamin yang sesuai dan selamat untuk ibu hamil ambil ketika mengandung di sini.
Petua hilangkan sembelit yang lain
Petua hilangkan sembelit biasanya berkait rapat dengan cara pemakanan seseorang. Makan dengan kuantiti yang besar boleh membebankan perut dan menyukarkan sistem pencernaan untuk memproses apa yang anda makan.
Justeru petua hilangkan sembelit yang paling mudah adalah anda perlu membahagikan pengambilan makanan harian kepada lima atau enam hidangan yang lebih kecil.
Ini membolehkan perut mencerna makanan tanpa perlu bekerja lebih masa dan membantu memindahkan makanan ke usus dengan lancar.
Makanan untuk sembelit
Ada beberapa makanan untuk sembelit yang anda boleh ambil bagi membantu ibu mengandung sembelit. Antaranya:
Makanan untuk sembelit adalah jenis yang tinggi serat. Ia juga membekalkan ibu hamil dengan vitamin dan antioksidan. Ibu mengandung sembelit hendaklah mengambil 25 hingga 30 gram serat makanan setiap hari untuk kekal sihat.
Makanan untuk sembelit yang boleh anda amalkan setiap hari adalah:
- Bijirin oat. Menurut kajian, pengambilan bijirin oat sebanyak 7 atau 8 gram ke dalam makanan dapat melancarkan proses pencernaan dan pembuangan najis seterusnya mengelakkan masalah sembelit.
- Kekacang dan buah kering. Kandungan serat yang tinggi dapat mengelakkan masalah sembelit dan juga cirit-birit.
- Biji selasih. Bijian yang direndamkan di dalam air akan membentuk gel dan dapat membantu melembutkan najis. Hal ini seterusnya memudahkannya bergerak di dalam usus.
Buah untuk sembelit
Selain daripada makanan di atas, ada beberapa jenis buah untuk sembelit yang boleh anda amalkan iaitu:
- Epal
- Pir
- Buah untuk sembelit: Anggur
- Kiwi
- Strawberi
- Tembikai
- Nanas
Buah untuk sembelit ini adalah lebih baik diambil secara segar berbanding mengolahnya menjadi jus.
Hal ini kerana pengambilan buah-buahan segar memberikan anda nutrisi dan fiber yang banyak, berbanding jus buah-buahan yang sudah ditapis.
Maksud sembelit
Menurut portal MyHealth, sembelit maksud ialah kesukaran buang air besar, jarang buang air besar, najis menjadi keras dan perasaan tidak lawas setelah buang air besar.
Pakar Perunding Pembedahan Am Hospital Pakar An-Nur Dr Afizah Salleh berkata, maksud sembelit adalah individu membuang air besar kurang daripada tiga kali seminggu.
Punca sembelit atau berak tak lawas
Sembelit atau susah buang air besar adalah masalah biasa semasa hamil. Malah, separuh daripada wanita hamil mengalami akan mengalami masalah susah buang air besar ini.
Salah satu punca sembelit semasa hamil adalah peningkatan dalam hormon progesteron, yang melegakan otot di seluruh badan, termasuk saluran penghadaman. Ini bermakna makanan bergerak melalui usus dengan lebih perlahan.
Selain itu, terdapat perubahan berbeza dalam saluran darah dan jumlah cecair badan anda semasa hamil. Salur darah anda mengembang supaya ia boleh menampung lebih kurang 50 peratus lebih cecair pada masa anda bersalin.
Antara punca sembelit atau susah buang air besar yang lain adalah:
- kurang senaman
- Punca sembelit: dehidrasi
- Masalah sembelit pada akhir kehamilan mungkin disebabkan faktor lain seperti tekanan, pembesaran rahim, dan sakit pelvis.
- Punca sembelit: Makan diet rendah serat (disebabkan oleh loya atau kembung perut), dan mengurangkan aktiviti fizikal kerana keletihan dan ketidakselesaan kehamilan.
Masalah ini mungkin bertambah pada hujung waktu kehamilan dengan tekanan rahim anda yang semakin membesar pada kolon dan rektum.
Suplemen zat besi, terutamanya dalam dos yang tinggi, boleh memburukkan lagi keadaan dan turut menjadi punca sembelit ini.
Tanda sembelit ketika hamil
- Anda hanya membuang air besar beberapa kali seminggu
- Tanda sembelit ketika hamil: Terpaksa meneran dengan kuat untuk membuang air besar
- Perut terasa bengkak dan bergas
- Tanda sembelit ketika hamil: Apabila membuang air besar, najis anda berketul dan keras. Ia sangat kering sehingga menyakitkan
Kesan sembelit semasa mengandung
Dalam sesetengah kes, sembelit ketika mengandung boleh membawa kepada gejala masalah lain seperti:
- Isu endokrin seperti hipotiroidisme atau diabetes
- Sindrom usus yang merengsa
- Kesan sembelit ketika mengandung: Halangan usus
- Gangguan neurologi seperti multiple sclerosis
- Kesan sembelit semasa hamil: Kanser kolorektal
Jika anda mengalami sembelit teruk disertai dengan sakit perut, bergantian dengan cirit-birit, atau anda mengeluarkan lendir atau darah, hubungi doktor atau bidan anda dengan segera.
Sembelit menyebabkan buasir ketika hamil
Sembelit boleh menyebabkan masalah seperti buasir ketika hamil, iaitu urat bengkak di rektum dan dubur.
Ini adalah perkara biasa dalam kehamilan kerana tekanan semula jadi yang dikenakan pada perut anda. Buasir ketika hamil bertambah teruk dengan meneran semasa membuang air besar atau membuang najis yang keras.
Buasir ketika hamil adalah keadaan yang sangat tidak selesa, walaupun ia jarang menyebabkan masalah yang serius. Dalam kebanyakan kes, ia akan hilang sejurus selepas bayi dilahirkan.
Walau bagaimanapun, jika sakitnya teruk, atau jika anda mengalami pendarahan rektum, boleh terus berjumpa dengan doktor pakar.
Meneran dengan pergerakan usus juga boleh menjejaskan otot lantai pelvis yang membantu mengawal pundi kencing anda.
Ini boleh membawa kepada keadaan yang dipanggil tekanan inkontinensia kencing, apabila air kencing anda bocor semasa melakukan aktiviti, termasuklah ketawa, bersin, atau batuk.
Keadaan ini sudah sering dikaitkan dengan kehamilan dan bersalin kerana tekanan tambahan pada badan anda daripada mengandung dan proses bersalin melalui faraj, tetapi risiko anda untuk mengalaminya boleh meningkat disebabkan oleh sembelit.
Cara merawat sembelit
Anda mungkin pernah dengar tentang remedi-remedi yang boleh dilakukan di rumah yang boleh membantu masalah sembelit.
Tapi tidak semua petua ini selamat untuk ibu hamil! Berikut adalah beberapa cara merawat sembelit yang selamat:
- Makanan yang ada kandungan serat yang tinggi seperti prun, roti wholemeal, bijirin sarapan pagi, buah-buahan, dan sayur-sayuran boleh melancarkan pencernaan dan mengurangkan sembelit.
- Anda boleh cuba makan laksatif semulajadi seperti senna untuk merangsang pergerakan usus.
- Banyakkan minum air dan lakukan senaman yang kerap
- Cara merawat sembelit: Makan makanan yang kaya dengan probiotik untuk membantu mengubah flora usus dan merangsang fungsi usus.
- Anda boleh menggunakan sesetengah laksatif dan pelincir tertentu seperti minyak mineral, bran, dan psilium dengan selamat semasa mengandung.
- Masukkan jus yang diperah dari setengah biji limau ke dalam segelas air suam dan minum campuran ini setiap pagi untuk meningkatkan pergerakan usus.
- Sesetengah orang kata sup kobis juga boleh membantu pergerakan usus dan menjadi cara merawat sembelit.
- Minum segelas susu hangat sebelum tidur dan ini boleh membantu melancarkan pergerakan usus semasa kehamilan.
Tetapi sebelum mencuba sebarang remedi, bincang dengan doktor anda dulu, ya!
Rasa nak berak tapi tak berak, adakah ia normal?
Jika anda rasa nak berak tapi tak berak, ia bukanlah suatu keadaan yang normal. Biasanya ia berpunca daripada:
- jangkitan kuman dan bakteria
- ketumbuhan di dalam usus
- kurang pengambilan makanan berfiber seperti sayur dan buah menyebabkan sembelit
- diverticulitis (radang pada kantung usus)
- usus tersumbat
Ubat sembelit di farmasi untuk ibu mengandung
Sekiranya cara semula jadi lain gagal, doktor mungkin akan menyarankan ubat sembelit atau ubat lembutkan najis seperti Lactul solution dalam jangka pendek untuk membantu wanita hamil yang mengalami sembelit.
Anda boleh mendapatkan ubat sembelit ini di farmasi ataupun secara atas talian. Walau bagaimanapun, penggunaan jangka panjang ubat lembutkan najis ini boleh menyebabkan dehidrasi atau mengubah keseimbangan elektrolit anda.
Ubat sembelit atau ubat cair najis membantu melembabkan usus anda supaya najis lebih mudah mengalir. Ia sangat berguna untuk wanita hamil yang mengambil makanan tambahan zat besi yang jadi punca sembelit ketika hamil.
Biasanya doktor akan mempertimbangkan ubat sembelit ini bersama dengan pil zat besi. Pelembut najis adalah ubat, jadi sebaiknya periksa dengan doktor anda jika adakah ia selamat untuk anda.
Bahaya meneran sembelit ketika hamil
Menurut Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Columbia Asia Cheras Dr Norshida Brahim berkata, bahaya meneran sembelit ketika hamil kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada dinding dubur dan seterusnya mengakibatkan buasir.
Menurutnya, penyakit itu tidak akan berlaku mendadak kerana prosesnya berlaku secara berperingkat. Tahap pertama barangkali hanya rasa gatal dan sakit, tetapi jika tidak dirawat ia akan mencapai tahap kronik hingga berlaku pendarahan ketika membuang najis.
Tahap kedua katanya, usus besar menjadi luka dan usus terkeluar sedikit namun pada tahap ketiga saluran najis terkeluar tidak boleh dimasukkan semula selain kemungkinan trombosis (salur darah tersumbat) yang memerlukan prosedur pembedahan.
“Buasir yang terkeluar dari dubur boleh menyebabkan sukar untuk duduk dalam posisi yang betul, andainya ia tersepit, bekalan darah ke saluran najis akan terhalang dan mencetuskan kesakitan berganda lalu ia memerlukan prosedur untuk menolak masuk semula ke dalam rektum.
“Ia bukan saja terjadi kepada wanita yang sedang berada pada peringkat akhir kehamilan, malah wanita selepas bersalin juga berpotensi untuk mengalami masalah sembelit dan buasir akibat tekanan yang dikenakan terhadap rektum,” katanya.
Cara meneran ketika sembelit
Ada beberapa cara meneran ketika sembelit yang dikongsi di laman NHS Royal Berkshire bagi membolehkan usus mengeluarkan najis dengan lancar.
Antara cara meneran ketika sembelit yang boleh anda cuba adalah dengan:
#1. Kedudukan tandas
Mengekalkan kedudukan tandas yang baik boleh membantu membuang najis, jika anda
selalunya terpaksa meneran untuk membuang air besar atau mengalami sembelit.
- Duduk dengan selesa di atas tempat duduk tandas dengan lutut berada di pinggul, jarakkan kaki anda rata di atas lantai.
- Sebaik-baiknya, lutut anda harus lebih tinggi sedikit daripada pinggul. Jika tempat duduk tandas agak tinggi anda mungkin mendapati ia berguna untuk meletakkan kaki anda di atas bangku kaki kecil atau timbunan buku.
- Condongkan badan ke hadapan dan letakkan lengan bawah anda pada peha anda.
- Cuba bernafas ke bahagian bawah paru-paru anda, dan pastikan mulut terbuka sedikit (untuk
elakkan meneran ketika hamil yang seterusnya akan mengecutkan otot lantai pelvis dan menjadikannya lebih sukar untuk lancarkan proses pembuangan.
- Kemudian kurung dan bonjolan, tolak dan tutup (lihat di bawah).
#2. Kurung, bonjolan, tolak dan tutup
1. Pendakap: cuba ‘lebarkan pinggang’ dengan menolak tulang rusuk bawah ke bawah dan sedikit
ke luar (anda harus perasan bahu anda akan turun sedikit). Ia mungkin membantu untuk meletakkan tangan atas tulang rusuk bawah anda, atau pinggang anda untuk merasai ‘brace’ ini. Bernafas seperti biasa.
2. Buncit: kemudian, tolak bahagian bawah perut (perut) anda keluar, iaitu buat ia buncit ke luar. ini
hendaklah juga menghentikan sebarang penguncupan yang tidak sesuai pada otot lantai pelvik.
Ingat untuk cuba untuk tidak menahan nafas, bernafas secara normal dan cuba menjaga mulut anda sedikit. Ia mungkinmembantu jika anda meletakkan tangan di perut anda (perut) untuk merasakan otot perut (perut). menolak tangan anda. Sekali lagi, cuba untuk tidak menahan nafas anda tetapi bernafas secara normal.
3. Tolak: pastikan mulut anda terbuka sedikit dan bernafas seperti biasa, tolak ke dalam pinggang anda dan bahagian bawah abdomen (perut). Anda sepatutnya merasakan perut anda lebih buncit, ini mendorong najis (kotoran) dari rektum (hujung bawah usus) ke dalam saluran dubur (belakang
laluan). Ingat cuba jangan tegang pada ketika ini
• Anda tidak boleh meneguk banyak udara atau menolak dengan mulut tertutup.
• Anda tidak perlu bersusah payah untuk membuang air besar.
• Anda mungkin perlu mengulang teknik pendakap, bonjolan dan tolak beberapa kali kosongkan usus anda sepenuhnya, jadi cuba jangan tergesa-gesa.
4. Tutup: untuk memastikan saluran dubur (laluan belakang) ditutup dengan betul, selepas anda melakukannya selesai berak, tarik ke dalam otot perut bawah anda dan picit serta angkat otot sfinkter dubur (laluan belakang) selama beberapa saat (mungkin 5 saat).
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Rimasnya Bila Sembelit! Apa Cara Merawat Sembelit Mujarab Selain Dari Makan Julap?
Baca juga: Seksa Sembelit Dalam Pantang! Apa Nak Buat Jika Takut Hendak Membuang Selepas Bersalin?
Baca juga: Khasiat Chia Seed Sangat Baik Untuk Ibu Hamil Yang Sembelit, Cubalah!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!