X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Isteri Terkilan Suami Berubah 100% Akibat Ketagihan Ketum, Jadi Panas Baran & Selalu Naik Tangan

12 May, 2022
Isteri Terkilan Suami Berubah 100% Akibat Ketagihan Ketum, Jadi Panas Baran & Selalu Naik TanganIsteri Terkilan Suami Berubah 100% Akibat Ketagihan Ketum, Jadi Panas Baran & Selalu Naik Tangan

Minum air ketum dikatakan boleh meningkatkan tenaga. Ramai isteri dalam dilema melihat suami ketagihan ketum sehingga sanggup berhutang

Budaya minum air ketum semakin mendapat tempat dalam kalangan lelaki, terutamanya yang kuat bekerja dan menghidap penyakit. Walau bagaimanapun jika salah pengambilannya, ia boleh meninggalkan kesan ketagihan yang begitu teruk.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Isteri dilema suami minum air ketum, ketagih sehingga berubah sikap
  • Badan jadi semakin kurus, duit gaji tidak pernah cukup
  • Kesan minum air ketum, berbeza mengikut jumlah yang diambil

Bagi yang tidak tahu, air ketum asli dikatakan mempunyai rasa begitu pahit. Untuk mengurangkan rasa ini, ada yang mencampurkannya dengan air Coca-Cola atau ubat batuk. Ia dianggap lebih sedap dan puas.

Isteri dilema suami minum air ketum, ketagih sehingga berubah sikap

ketagih ketum

Cara penyimpanan air ketum ini pula hendaklah diletakkan di kawasan yang sejuk seperti peti ais ataupun di dalam bilik air. Jika terdedah kepada panas, ia boleh menjadi rosak dan bertukar rasa masam.

Jika dahulu, ramai mendakwa bahaya minum air ketum boleh dijadikan ubat kepada penyakit kencing manis dan darah tinggi, namun kajian saintifik mendapati ia boleh menyebabkan masalah sawan jika diambil berlebihan atau tempoh masa yang lama.

Pengambilannya semakin digilai ini membuatkan ramai isteri berada dalam dilema melihat perubahan tingkah laku suami setelah ketagih minuman ini.

Berikut kisah benar yang diceritakan oleh salah seorang suri rumah:

Suami saya memang minum ketum sebelum kahwin lagi. Alasan dia adalah untuk tenaga lelaki dan kuat bekerja.

Sekarang kami sudah ada anak, anak dah nak masuk dua tahun. Saya nampak perubahan ketara pada suami ketika saya mengandung.

Dia menjadi semakin panas baran. Manakala stok air ketum tidak pernah putus, dalam peti sejuk penuh dengan air ketum.

Badan jadi semakin kurus, duit gaji tidak pernah cukup

Badan dia juga semakin susut. Dari saiz pinggang 40 menjadi 36. Boleh nampak tulang dah. Selera makan pun kurang, dia asyik dengan air ketum.

Saya tengok dia minum kalah orang minum air masak. Hampir setiap jam kena ambil.

Lebih menyedihkan lagi saya perasan duit gajinya tidak pernah cukup. Saya pernah baca mesej di telefon, kawan dia minta bayar hutang. Suami sanggup beli ketum sampai berhutang.

kesan ketagihan ketum

Hisap rokok pun makin kuat. Duit belanja dapur pun tidak diberi. Rumah sewa kami duduk pun saya yang bayar. Bila bertanya, mesti saya kena marah. Sampai dia boleh naik tangan.

Saya tertekan. Tidak tahu macam mana lagi untuk selesaikan masalah ini. Suami pula dah lebih setahun tidak sentuh saya. Kalau boleh saya nak semua ini selesai dengan cepat, anak saya semakin membesar.

Saya kasihankan dia. Tidak mahu dia terganggu emosi.

Panjangkanlah luahan ini, ini luahan hati seorang isteri.

Buat anda yang kaki ketum, hanya anda seorang yang rasa sakit bila tidak dapat minum ketum. Tapi sebenarnya anda sedang menghancurkan masa depan keluarga anda juga!

Kesan minum air ketum, berbeza mengikut jumlah yang diambil

Penggunaan ketum memberikan kesan yang berbeza mengikut jumlah. Namun ini hanyalah kesan berdasarkan jenis air ketum yang direbus kosong sahaja, tidak dicampur dengan bahan-bahan berbahaya yang lain.

minum ketum

  • 2-6 gram rebusan daun ketum boleh menyebabkan rangsangan otak atau stimulasi otak
  • 7-15 gram daun menyebabkan kesan rangsangan keseronokan dan menenangkan perasaan (bagi sesetengah orang)
  • 16-25 gram daun memberi kesan tenang yang lebih ketara dan fungsi otak menjadi sedikit perlahan atau lembab
  • 26-50 gram menyebabkan kesan tenang dan seronok yang amat ketara, ia turut menyebabkan halusinasi dan khayal

Kesan pengambilan ketum terhadap badan seseorang adalah sangat cepat. Kira-kira 10 minit selepas dihadam dan boleh bertahan sehingga 4 jam atau lebih, dos yang berlebihan akan bertahan lebih lama.

Ada juga mengatakan penagih ketum yang menjadi ia sebagai rutin harian akan mengalami sakit sendi jika tidak minum ketum. Bukan itu sahaja, mereka turut kehilangan selera makan, hilang berat badan yang ketara dan anoreksia (gangguan tabiat makanan).

Kosmo, iluminasi

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Isteri Gajikan Suami RM2,000 Sebulan Jadi Suri Rumah, Tidak Kisah Dilabel 'Ikat Pasangan'

Baca juga: Tradisi Mengerikan Jaga Kesucian Wanita, Suami Buka Jahitan Vagina Isteri Pada Malam Pertama

Baca juga: ''Bila Keluar Kemain Lawa, Duk Kat Rumah Nak Berhias Malas,''-Suami Diminta Hentikan Pemikiran Kolot!

Stories Rakan Kongsi
Ketahui 6 Punca Sakit Badan dan Jenis Sakit Badan Yang Biasa Dialami. Ini Cara Merawatnya!
Ketahui 6 Punca Sakit Badan dan Jenis Sakit Badan Yang Biasa Dialami. Ini Cara Merawatnya!
"Demam" Avengers: Endgame Masih Belum Habis & Kini Cuti Sekolah, Apa Lagi Aktiviti Menarik Yang Anda Boleh Buat Bersama Anak?
"Demam" Avengers: Endgame Masih Belum Habis & Kini Cuti Sekolah, Apa Lagi Aktiviti Menarik Yang Anda Boleh Buat Bersama Anak?
#DudukDiRumah dan Bergembira bersama Kempen Friso® Gold x Lazada 11.11 Mission Moo-Possible
#DudukDiRumah dan Bergembira bersama Kempen Friso® Gold x Lazada 11.11 Mission Moo-Possible
Understanding How To Handle Money Through Real Life Experiences
Understanding How To Handle Money Through Real Life Experiences

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Isteri Terkilan Suami Berubah 100% Akibat Ketagihan Ketum, Jadi Panas Baran & Selalu Naik Tangan
Kongsikan:
  • Orang Lain Dah Berderet Cucu, Warga Emas Ini Timang Anak Pertama Selepas 54 Tahun Penantian

    Orang Lain Dah Berderet Cucu, Warga Emas Ini Timang Anak Pertama Selepas 54 Tahun Penantian

  • Jalan Rosak Teruk, Seorang Ayah Terpaksa Gendong Jenazah Bayi & Berjalan Kaki 1 Jam Untuk Dibawa Pulang

    Jalan Rosak Teruk, Seorang Ayah Terpaksa Gendong Jenazah Bayi & Berjalan Kaki 1 Jam Untuk Dibawa Pulang

  • Tubuh Bayi 8 Bulan Tiba-Tiba Kaku & Muka Berkerut, Ibu Panik Anak Kena Demam Sawan

    Tubuh Bayi 8 Bulan Tiba-Tiba Kaku & Muka Berkerut, Ibu Panik Anak Kena Demam Sawan

app info
get app banner
  • Orang Lain Dah Berderet Cucu, Warga Emas Ini Timang Anak Pertama Selepas 54 Tahun Penantian

    Orang Lain Dah Berderet Cucu, Warga Emas Ini Timang Anak Pertama Selepas 54 Tahun Penantian

  • Jalan Rosak Teruk, Seorang Ayah Terpaksa Gendong Jenazah Bayi & Berjalan Kaki 1 Jam Untuk Dibawa Pulang

    Jalan Rosak Teruk, Seorang Ayah Terpaksa Gendong Jenazah Bayi & Berjalan Kaki 1 Jam Untuk Dibawa Pulang

  • Tubuh Bayi 8 Bulan Tiba-Tiba Kaku & Muka Berkerut, Ibu Panik Anak Kena Demam Sawan

    Tubuh Bayi 8 Bulan Tiba-Tiba Kaku & Muka Berkerut, Ibu Panik Anak Kena Demam Sawan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.