Ruam lampin sering menjadi perkara yang menyedihkan bagi ibu ayah terutama bila melihat kulit bayi yang putih bersih tiba-tiba mengalami kemerahan dan gatal-gatal hingga membuatkan si kecil rasa tidak selesa. Jadi untuk mengatasi masalah ini ibu perlu dapatkan nappy cream terbaik untuk anak supaya dapat merawat ruam tersebut dengan pantas.
Meskipun ini adalah satu keadaan yang biasa terjadi di kalangan bayi baru lahir, namun dengan pemakaian nappy cream ini, ia dapat meringankan masalah tersebut sekaligus membantu si kecil pulih dengan cepat.
Tips Pemilihan Nappy Cream Yang Bagus Untuk Bayi
Memilih krim melecet baby yang terbaik sangat penting bagi menjaga keselesaan dan kesihatan kulit si kecil. Berikut adalah beberapa tips untuk membantu anda memilih nappy cream terbaik:
1. Pilih Krim dengan Bahan Semula Jadi
Kulit bayi sangat sensitif, jadi penting untuk memilih nappy cream yang menggunakan bahan semula jadi seperti aloe vera, minyak kelapa, dan shea butter.
Krim yang bebas dari bahan kimia keras seperti paraben, pewangi tiruan atau alkohol akan lebih lembut pada kulit bayi dan mengurangkan risiko iritasi dan alergi.
2. Pastikan Mengandungi Zink Oksida
Zink oksida adalah bahan utama dalam kebanyakan nappy cream kerana ia berfungsi sebagai lapisan pelindung yang mencegah kelembapan berlebihan dan kerengsaan pada kulit bayi.
Selain itu, zink oksida membantu mempercepatkan penyembuhan kulit yang mengalami ruam atau kemerahan, menjadikan ia pilihan yang baik untuk penggunaan harian.
3. Pilih Krim yang Mudah Diserap dan Tidak Melekit
Nappy cream yang baik haruslah mudah diserap oleh kulit dan tidak meninggalkan rasa melekit. Ini memudahkan krim untuk berfungsi dengan cepat dan mengurangkan rasa tidak selesa pada bayi.
Krim yang melekit atau terlalu tebal mungkin sukar dibersihkan dan boleh menambah iritasi pada kulit si kecil.
8 Jenis Nappy Cream Terbaik Untuk Bayi
Ibu ayah boleh mengenal pasti ruam lampin berlaku pada bayi apabila melihat kulit bayi mengalami kemerahan pada kawasan lampin, bahagian kemaluan dan bahagian sekitarnya. Jangan panik kerana keadaan ini masih ringan dan boleh dirawat hanya di rumah menggunakan krim ruam bayi.
Walaupun tampak ringan, si ibu sepatutnya tidak memandang enteng kerana sekiranya dibiarkan berlarutan, kulit bayi menjadi kering, merekah dan berlaku pendarahan. Jadi, bagi mengelakkan ini terjadi, kami senaraikan 8 pilihan nappy cream terbaik dan ibu ayah boleh terus beli dari sini!
Nappy Cream Terbaik
| Mama's Choice Baby Rash Cream https://mamaschoice.my/product/baby-diaper-cream/ | | View Details | Beli di Shopee |
| EGO QV Baby Nappy Cream Terbaik Tidak Melekit | | View Details | Beli di Shopee |
| Burt's Bes Baby, Multipurpose Ointment Terbaik Melembutkan Kulit Bayi | | View Details | Beli di Shopee |
| Seba Med Diaper Rash Cream Terbaik Merawat Kulit Sensitif | | View Details | Beli di Shopee |
| Bepanthen Ointment Terbaik Melindungi Kulit | | View Details | Beli di Shopee |
| Mustela Vitamin Barrier Cream Terbaik Mencegah Ruam Lampin | | View Details | Beli di Shopee |
| Pureen Nappy Rash Cream Terbaik Dengan Formula Triple Action | | View Details | Beli di Shopee |
| Sudocrem Nappy Rash Cream Terbaik Melegakan Iritasi dan Kerengsaan Kulit | | View Details | Beli di Shopee |
Nappy Cream Terbaik Diperbuat Daripada Bahan Semula Jadi
Kami tahu kulit lembut dan licin si manja anda amat berharga untuk anda. Itulah sebabnya kami mencadangkan Mama’s Choice Baby Diaper Cream untuk memastikan bayi anda selamat dan dilindungi daripada ruam panas, ruam lampin, ruam susu dan kerengsaan kulit yang lain!
Diperbuat dengan bahan-bahan semula jadi yang dipilih dengan teliti dan dirumus khas seperti Centella Asiatica yang melegakan ruam dan kemerahan pada kulit sensitif bayi, ekstrak Rosemary untuk elindungi kulit daripada kerengsaan kecil dan badam manis untuk enyuburkan dan melembapkan kulit bayi anda.
Apa yang kami suka?
- Selamat dan dirumus khas untuk bayi berumur 0+ hingga kanak-kanak.
- Bukan sekadar untuk ruam lampin, krim ini juga berkesan untuk merawat kulit gatal, kulit merekah, tindikan dan luka kecil.
- Diuji secara dermatologi
- Bebas Paraben, bebas alkohol, bebas minyak mineral, dan bebas petroleum.
Nappy Cream Terbaik Tidak Melekit
Disyorkan oleh pediatrik, krim pelindung ini tidak melekit dan tidak berminyak bahkan formulasi pH-seimbang dengan kurang rengsa dan bebas daripada lanolin dan minyak wangi, jadi amat sesuai digunakan untuk kawasan badan yang sensitif.
Asas pelembap membantu menghidrat semula kulit dan mencegah kehilangan lembapan, nappy cream yang menenangkan ini membantu melindungi kulit bayi daripada ruam lampin, ruam muka bayi, ruam haba, Chafing, ekzema bayi, serta kulit sensitif.
QV Baby Nappy Cream ini juga memenangi TAP Awards 2023 sebagai nappy cream terbaik.
Apa yang kami suka?
- Tidak melekit dan tidak berminyak, selesa digunakan pada kulit bayi
- Sesuai untuk bayi dengan masalah ekzema
- Disyorkan pakar pediatrik
- Membentuk penghalang untuk melindungi kulit bayi daripada air, detergen, bahan kimia dan perengsa lain.
Nappy Cream Terbaik Melembutkan Kulit Bayi
Burt’s Bes Baby adalah krim dengan pelbagai kegunaan iaitu melicinkan kulit, melindungi kulit bayi dari terkena ruam lampin dan merawat kulit kering dan bibir merekah. Ia diformulasi tanpa phthalates, paraben, petroleum atau SLS menjadikannya selamat digunakan untuk bayi yang mempunyai masalah ekzema.
Krim ini juga diperbuat daripada 100% bahan semulajadi seperti Shea Butter, Coconut Oil, Jojoba Oil dan Apricot Oil yang boleh melembut dan menenangkan kulit bayi.
Apa yang kami suka?
- Teskturnya pekat dan mudah disapu nipis
- Sesuai untuk kegunaan harian
- Selamat digunakan pada bahagian muka, badan dan kawasan lampin
- Formulasi tanpa phthalates, paraben, petroleum & SLS
- Telah diuji secara klinikal oleh pakar pediatrik
Nappy Cream Terbaik Merawat Kulit Sensitif
Jenama yang tidak asing lagi, Sebamed Diaper Rash Cream sentiasa menjadi pilihan ibu ayah kerana terbukti selamat digunakan untuk kulit sensitif dan ekzema. Krim ini mempunyai kandungan pH 5.5 yang melindungi pertumbuhan acid mantle pada kulit bayi.
Ia boleh mengurangkan gejala ruam lampin dengan cepat malah sebagai dermatitis kulit dan melindungi kulit daripada bendasing yang menyebabkan kulit bayi kemerahan dan gatal-gatal.
Cara penggunaan, hanya picit sebesar pea-size pada jari kemudian sapukan nipis pada kawasan lampin bayi dengan lembut.
Apa yang kami suka?
- Bebas dari bahan kimia berbahaya
- Jenama yang dipercayai
- Sesuai digunakan untuk kawasan lampin
- Merawat dan mencegah ruam lampin dengan cepat
- Melindungi dan menjadikan kulit bayi lembut tanpa menyumbat pori-pori
Nappy Cream Terbaik Melindungi Kulit
Dirumuskan khas untuk melindungi kulit bayi daripada ruam lampin dan kulit yang merengsa. Bepanthen Ointment ini mempunyai tekstur gel dan amat ringan ini menjadikannya mudah digunakan dan mudah dibilas.
Ia juga telah terbukti secara klinikal dalam mengekalkan kelembapan dalam jangka masa panjang. Krim ini dihasilkan dengan dexpanthenol (pro-vitamin b5) yang mempercepatkan proses pembaharuan kulit secara semula jadi dan menyembuhkan ruam lampin bayi.
Ini adalah satu-satunya krim yang mengandungi dexpanthenol yang diiktiraf bahan selamat oleh Pentadbiran Makanan & Ubat-ubatan Amerika Syarikat, ia dianggap selamat walaupun dimakan oleh bayi. Ibu juga tidak perlu membilas dengan sabun selepas menyapunya kerana ia cepat meresap dan tidak melekit.
Apa yang kami suka?
- Tekstur gel dan ringan
- Boleh melindungi kulit dan memberi kelembapan pada kulit
- Boleh digunakan untuk kegunaan lain seperti kulit kering, puting merekah dan kecederaan kulit lain yang ringan
- Tiada pewarna tambahan, pewangi dan bahan pengawet
Nappy Cream Terbaik Mencegah Ruam Lampin
Krim ini dirumus khas untuk mengatasi punca kerengsaan pada kulit bayi dan mencegah ruam lampin terjadi agar bayi kekal selesa dengan keberkesanan tiga kali ganda. Diformulasi dengan menggunakan 98% bahan semula jadi yang bebas pewangi dan tidak mengandungi bahan pengawet menjadikan ia boleh digunakan dengan selamat setiap hari.
Sebelum terjadinya ruam lampin, pastikan anda menyapu krim ini terlebih dahulu sebelum menukar lampin yang baharu. Ia juga senang disapu dan boleh dibilas dengan mudah. Dengan bahan kandungan seperti Avocado Perseose, minyak bunga matahari, Oxeolin of alkacea dan zink oksida membantu melindungi, memperbaiki dan melegakan kulit yang merengsa.
Ibu ayah boleh membersihkan terlebih dahulu kawasan lampin dan celah kelengkang. Keringkan sebelum menyapukan krim. Kemas dan tutup lampin dengan berhati-hati.
Apa yang kami suka?
- Sesuai untuk semua jenis kulit
- Membantu mencegah ruam lampin dan kerengsaan kulit
- Menenangkan kulit bayi dan memperbaiki kulit bayi dengan cepat
- Mempunyai pilihan saiz 50ml & 100ml menjadikan ia mudah dibawa kemana-mana.
Nappy Cream Terbaik Dengan Formula Triple Action
Dengan formula Triple Action, Pureen Nappy Rash Cream bukan sahaja nappy cream terbaik yang boleh merawat dan mencegah ruam lampin tetapi juga memanjakan kulit bayi anda dengan selesa. Krim antiseptik ini berkesan terhadap bakteria penyebab ruam lampin.
Ia dapat melindungi kulit dengan meminimumkan sentuhan antara kulit bayi dan bakteria, hanya oleskan nipis sahaja pada sekitar kawasan lampin bayi.
Ia juga bukan hanya boleh digunakan unturk ruam lampin, malah ruam di bahagian lain akibat cuaca panas yang menyebabkan peluh. Krim ini juga sesuai digunakan untuk melegakan ekzema yang menyebabkan bayi tidak selesa dan sakit.
Apa yang kami suka?
- Jenama yang diyakini
- Diformulasi dengan Triple Action
- Mencegah dan merawat ruam lampin, kemerahan, ruam panas dan peluh
- Tekstur krim dan pekat berkesan untuk melindungi kulit bayi yang terdedah dan mudah dijangkiti bakteria
Nappy Cream Terbaik Melegakan Iritasi dan Kerengsaan Kulit
Satu lagi nappy cream terbaik merawat masalah ruam lampin ialah Sudocrem Nappy Rash Cream. Ia adalah produk terkenal di pasaran dan terbukti secara klinikal membantu menenangkan, menyembuhkan dan melindungi kulit halus bayi dari kerengsaan.
Krim ini adalah water-repellent base yang melindungi kulit dari terkena jangkitan bakteria yang bersentuhan dengan kulit. Selain itu, emollient yang terdapat dalam Sudocrem mengurangkan rasa sakit dan pedih pada kulit sambil melembutkan semula kulit bayi.
Sudocrem juga boleh digunakan untuk keadaan kulit lain yang memerlukan krim pelindung yang membantu melegakan iritasi dan kerengsaan kulit.
Apa yang kami suka?
- Membantu melegakan kerengsaan pada kulit
- Melembapkan kulit bayi
- Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk ekzema, melecet, luka ringan dan kulit sensitif
Perbandingan Harga Nappy Cream Terbaik
|
Jenama |
Harga |
Berat |
Mama’s Choice Baby Diaper Cream |
RM33.00 |
50g |
QV Baby Nappy Cream |
RM19.21 |
50g |
Burt’s Bes Baby, Multipurpose Ointment |
RM97.35 |
212.6g |
SebaMed Diaper Rash Cream |
RM39.50 |
100g |
Bepanthen Ointment |
RM44.50 |
100g |
Mustela Vitamin Barrier Cream |
RM50.00 |
50ml |
Pureen Nappy Rash Cream |
RM12.30 |
50g |
Sudocrem Nappy Rash Cream |
RM27.90 |
125g |
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.theAsianparent Malaysia
Punca Ruam Lampin Yang Perlukan Nappy Cream Terbaik Untuk Merawat
Kredit gambar: Raising Children Network
Perkara yang seringkali ibu ayah terlepas pandang, kulit bayi sememangnya sangat sensitif terutama pada kawasan lampin bayi.
Punca terjadinya ruam lampin adalah disebabkan kulit bayi terdedah dengan kelembapan yang mengandungi bakteria untuk jangka masa yang lama. Ini boleh berlaku kerana ibu ayah lambat menukar lampin bayi secara berkala sehingga kulit bayi terdedah dengan najis atau air kencing, atau tergesa-gesa memakaikan lampin sebelum memastikan sekitar kawasan lampin kering sepenuhnya.
Jika perlu, biarkan terkena angin seketika di bahagian sulit bayi dan celah kelengkang supaya kembali segar semulajadi setelah memakai lampin berjam-jam lamanya.
Pemilihan ‘wipe tissue‘ atau tisu basah bayi juga hendaklah bebas alkohol, bebas pewangi dan paraben. Begitu juga dengan penggunaan sabun bayi yang kadang kala tidak sesuai dengan kulit bayi.
Namun begitu, jika ruam lampin masih terjadi, penggunaan nappy cream yang tepat membantu mengurangkan kerengsaan pada kulit bayi dan melindungi kulit daripada terdedah dengan kelembapan yang menggalakkan pertumbuhan bakteria seterusnya menyebabkan berlaku iritasi.
Kesan Jika Ruam Lampin Dibiarkan Terlalu Lama
Jika ruam lampin pada bayi tidak dirawat dengan segera, ia boleh menyebabkan beberapa kesan yang lebih serius pada kesihatan dan keselesaan bayi. Berikut adalah beberapa kesan yang mungkin berlaku:
1. Kerengsaan Kulit yang Lebih Teruk
Ruam lampin yang tidak dirawat boleh menyebabkan kerengsaan kulit menjadi lebih parah. Kulit yang mula-mula hanya kemerahan boleh menjadi lebih merekah, melecet dan sakit membuatkan bayi merasa sangat tidak selesa dan rewel.
2. Jangkitan Kulat dan Bakteria
Kulit yang rosak akibat ruam lampin mudah dijangkiti oleh kulat dan bakteria, terutamanya jika kawasan tersebut lembap untuk jangka masa yang lama. Jangkitan kulat seperti candida sering berlaku di kawasan ruam lampin dan boleh menyebabkan gatal-gatal, pembengkakan dan tompok merah yang merebak.
Jika dijangkiti bakteria, ruam boleh bertukar menjadi lebih bernanah dan memerlukan rawatan perubatan.
3. Rasa Tidak Selesa dan Gangguan Tidur
Ruam lampin yang tidak diuruskan akan membuatkan bayi merasa sakit dan tidak selesa, terutama setiap kali lampin ditukar. Ini boleh mengganggu tidur bayi, menyebabkan mereka lebih rewel dan susah untuk tidur nyenyak, seterusnya memberi tekanan kepada ibu bapa dalam menguruskan bayi yang tidak selesa.
Diharapkan membantu parents memilih nappy cream terbaik dan selamat digunakan untuk merawat masalah ruam lampin pada bayi.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 5 Kriteria Penting Pemilihan Produk Penjagaan Kulit Bayi Supaya Kekal Lembap Sepanjang Hari
Baca juga: Bukan Semua Produk Selamat Untuk Si Kecil! Ini 6 Produk Penghalau Nyamuk Bebas DEET Yang Terbaik Untuk Kanak-kanak
Baca juga: Minyak Bayi Terbaik Untuk Masalah Perut Kembung, Buat Anak Rasa Lebih Lega & Selesa!