Otak Kanan & Kiri Bayi Berkembang Sebelum Usia 5 Tahun, Penting Agar Mereka Cerdas

Otak kanan dan otak kiri bayi mengalami proses perkembangan sebelum usia mereka lima tahun. Ibu ayah perlu kerap berinteraksi dengan si manja

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sejak lahir hingga usia lima tahun, otak kanan dan otak kiri bayi akan mengalami proses perkembangan bagi meningkatkan keupayaan mereka untuk belajar dan berjaya dalam kehidupan.

Setiap perkara dan pengalaman yang terjadi dalam beberapa tahun pertama kehidupan si manja sama ada positif ataupun negatif akan membentuk bahagian otak kiri dan kanan untuk berkembang.

Perkembangan otak kanan dan otak kiri bayi

Semasa kelahiran, purata otak kanan dan otak kiri bayi adalah kira-kira satu perempat daripada saiz otak orang dewasa. Hebatnya, saiznya boleh menjadi berganda pada tahun pertama.

Ia terus meningkat kepada kira-kira 80% pada umur 3 tahun dan 90% -hampir berkembang penuh pada umur 5 tahun.

Otak manusia adalah pusat yang memberi arahan untuk tubuh bekerja. Bayi yang baru lahir mempunyai sel otak (neuron) yang akan mereka miliki sepanjang hayat.

Sambungan otak membolehkan manusia bergerak, berfikir, berkomunikasi dan melakukan apa sahaja. Beberapa tahun awal kehidupan si manja adalah penting bagi menggalakkan sel-sel otak berhubung.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahagian otak manusia yang berbeza berfungsi untuk kebolehan berlainan seperti pergerakan, bahasa dan emosi. Ia juga berkembang pada kadar yang berbeza.

Rangsangan otak kanan dan otak kiri

Bermula dari kelahiran, kanak -kanak mengembangkan hubungan otak melalui pengalaman sehari -hari mereka.

Asas perkembangan ini adalah melalui interaksi positif dengan ibu ayah atau penjaga mereka. Pengalaman harian anak kecil menentukan hubungan otak yang berkembang dan akan berlangsung seumur hidup.

Rangsangan, cara didikan dan interaksi yang anak terima pada tahun-tahun awal kehidupan mereka akan menghasilkan perbezaan dalam proses pertumbuhan.

Rasa sayang dan hubungan positif

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hubungan seorang kanak -kanak dengan orang dewasa dalam hidup mereka adalah pengaruh yang paling penting dalam perkembangan otak kanan dan otak kiri.

Hubungan penuh kasih sayang dan dipercayai adalah penting untuk perkembangan kanak-kanak yang sihat.

Segala-galanya hendaklah bermula di rumah, dengan ibu ayah dan keluarga termasuklah pengasuh ataupun guru yang menjaganya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sejak lahir, ibu ayah akan mendapati bayi akan lebih kerap menangis serta tersenyum. Hal ini kerana si manja cuba menyampaikan keperluan dan keinginan mereka secara langsung.

Disebabkan itulah ibu ayah perlu memberi perhatian, bertindak balas dan berinteraksi dengan anak bagi membolehkan otak kiri dan kanan mereka berkembang.

Antara perkara yang boleh anda lakukan di rumah adalah dengan bercakap, menyanyi, membaca, bermain bersama serta berikan mereka peluang untuk meneroka dunia sekeliling dengan bebas.

Cara merangsang perkembangan otak bayi

  1. Sediakan bahan permainan dengan pelbagai tekstur. Ia boleh menjadi air, pasir, dan juga lendir. Ini akan mengajar anak tentang sifat -sifat cecair, pepejal, dan campuran – pengalaman deria ini  penting untuk meningkatkan keupayaan otak berfikir.
  2. Menyokong minat bayi. Biarkan bahasa badan, mata dan perhatian ketika bayi melakukan sebarang aktiviti.
  3. Beri pelukan lembut dan senyuman bagi membolehkan si manja rasa disayangi sejak dari kecil
  4. Bina kepercayaan dan perhatian yang penuh. Ketika anak bermain, ibu ayah jauhkan penggunaan telefon bimbit dari mereka. Sebaliknya main bersama dan buatkan bayi lebih gembira.
  5. Buat urutan badan. Ia mampu menurunkan tahap tekanan bayi dan meningkatkan keselamatan emosi. Sentuhan tangan ibu turut menguatkan kesihatan si manja. Kajian menunjukkan bahawa bayi yang tidak dibelai mempunyai otak yang lebih kecil daripada biasa untuk umur mereka.
  6. Muzik juga dapat memberikan suasana yang merangsang buat bayi. Alunan ayat-ayat Al-Qur’an serta nasyid-nasyid yang indah, selalulah didengar kepada bayi.
  7. Mulakan pembelajaran ringan yang santai dengan menunjukkannya gambar-gambar yang mempunyai kaitan dengan kehidupannya.
  8. Bagi seorang bayi, ubahlah kedudukannya sesekali supaya dia boleh melihat dan belajar dari keadaan sekelilingnya.
  9. Bawa anak keluar berjalan dan lihat keindahan alam dan makhluk di sekelilingnya.

Elakkan memarahi dan pukul anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kajian menunjukkan kesan selalu marah dan pukul anak (pukulan atau tamparan seperti menepuk punggung, kaki atau tangan ketika melakukan kesalahan) oleh ibu ayah boleh menyebabkan anak menjadi agresif dan tidak mampu untuk mencapai tahap yang baik dalam ujian kognitif.

Malah menurut Elizabeth T. Gershoff, Professor Madya di Jabatan Pembangunan Manusia dan Sains Keluarga di Universiti Texas di Austin, analisis yang dilakukan mendapati semakin kerap anak dipukul, semakin buruk pencapaian dalam akademiknya.

“Boleh dikatakan semua kajian berkaitan amalan memukul anak kecil memberikan impak negatif terhadap tumbesaran anak-anak. Bukan itu sahaja, ia boleh membuatkan anak-anak berdepan masalah kesihatan mental untuk jangka masa panjang,” jelas beliau.

Semoga bermanfaat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Pakar Kongsi 7 Superfood TERBAIK Untuk Otak Anak Perempuan Kekal Cerdas & Sihat

Baca juga: Lihat Perbezaan Otak Anak Yang Terima Cukup Kasih Sayang Dan Tidak Cukup

Baca juga: Anak Sering Terjatuh Kepala Dahulu Bukan Perkara Biasa, Mereka Berisiko Gegaran Otak