TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

8 Pakej Pemeriksaan Kesihatan Wanita Terbaik Di Malaysia, Penting Untuk Mengesan Penyakit Lebih Awal

7 min bacaan
8 Pakej Pemeriksaan Kesihatan Wanita Terbaik Di Malaysia, Penting Untuk Mengesan Penyakit Lebih Awal

Semua wanita harus menjalani ujian kesihatan secara berkala mengikut pakej pemeriksaan kesihatan wanita bagi mengesan awal penyakit tertentu

Semua wanita digalakkan menjalani ujian kesihatan yang menyeluruh secara berkala mengikut pakej pemeriksaan kesihatan wanita bagi mengesan awal penyakit tertentu.

Pakej pemeriksaan kesihatan wanita berbeza dengan pemeriksaan kesihatan biasa. Ia membolehkan pakar untuk mengesan penyakit berpotensi lebih awal supaya pesakit mendapatkan rawatan tepat pada masanya.

Bagi yang mencari pemeriksaan menyeluruh, dalam artikel ini kami kongsikan Top 8 pakej pemeriksaan kesihatan wanita yang terbaik untuk anda segera membuat temujanji.

Isi Kandungan

  • Tentang Pemeriksaan Kesihatan Wanita
  • Tips Pemilihan
  • 8 Pakej Pemeriksaan Terbaik
  • Sunway
  • Columbia Asia
  • KPJ
  • Avisena
  • Gleneagles
  • Andorra
  • Beacon
  • Park City
  • Perbandingan Harga

Apa itu Pemeriksaan Kesihatan Wanita?

Setiap pemeriksaan kesihatan wanita hendaklah mempunyai prosedur yang tertentu.

Antaranya ialah:

  • Ujian Pap smear
  • Ujian HPV
  • Ujian payudara klinikal
  • Mamogram 
  • Pemeriksaan pelvis
  • Ujian ketumpatan tulang

Semua ujian yang dijalankan adalah berkaitan dengan penyakit yang berpotensi tinggi menyerang golongan wanita seperti kanser payudara, kanser serviks, jangkitan HPV dan osteoporosis.

Memilih Pakej Pemeriksaan Kesihatan Yang Betul

Ada beberapa faktor yang membuatkan sesetengah hospital atau klinik swasta menjadi pilihan ramai. Sebelum memutuskan untuk menjalani pemeriksaan, pertimbangkan dahulu perkara penting seperti yang berikut:

  • Lokasi: Pilih lokasi yang tidak jauh dengan tempat tinggal anda supaya mudah berulang-alik.
  • Pakej yang ditawarkan: Semak dahulu adakah pemeriksaan tersebut berlainan dengan pemeriksaan kesihatan biasa seperti pemeriksaan fizikal, penilaian kesihatan perubatan, ujian kolestrol darah dan ujian glukosa darah.
  • Harga: Pertimbangkan terlebih dahulu pakej dengan harga yang ditawarkan adakah berpatutan dan kena dengan bajet. Jika tidak, pilih ujian kesihatan dengan harga mampu milik.

8 Pakej Pemeriksaan Kesihatan Wanita Terbaik

Pusat Perubatan Sunway Medical Centre Velocity

Pakej Pemeriksaan Kesihatan Wanita Terbaik Keseluruhan

8 Pakej Pemeriksaan Kesihatan Wanita Terbaik Di Malaysia, Penting Untuk Mengesan Penyakit Lebih Awal

Pemeriksaan Kesihatan Pusat Perubatan Sunway Velocity ialah “pusat sehenti" yang memenuhi semua keperluan pemeriksaan kesihatan. Dengan menjadualkan temu janji secara berkala, anda boleh gambaran tentang potensi risiko kesihatan dan boleh mengesan tanda awal penyakit sebelum ia merebak.

Pesakit boleh memilih daripada pelbagai saringan kesihatan, daripada asas kepada komprehensif yang direka untuk memenuhi keperluan peribadi.

Alamat: Pusat Perubatan Sunway Velocity, Lingkaran Sunway Velocity, Sunway Velocity, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

No. Telefon: 03-9772 9191

Waktu Operasi: Isnin- Jumaat 8:00 pagi- 5:00 petang, Sabtu 8:00 pagi- 1 petang

Website: https://www.sunwaymedicalvelocity.com.my/en/

Columbia Asia

Pakej Pemeriksaan Kesihatan Wanita Terbaik Untuk Pelbagai Peringkat Umur

8 Pakej Pemeriksaan Kesihatan Wanita Terbaik Di Malaysia, Penting Untuk Mengesan Penyakit Lebih Awal

Hospital Columbia Asia menawarkan pelbagai pakej pemeriksaan kesihatan untuk pelbagai peringkat umur dan keperluan. Untuk pengesanan awal dan membantu anda mencapai kesihatan yang baik, hospital ini menawarkan pakej pemeriksaan kesihatan yang meliputi penyakit biasa seperti hipertensi, diabetes, kolesterol darah tinggi, jangkitan, penyakit autoimun, kanser dan penyakit jantung.

Pemeriksaan kesihatan secara berkala disyorkan kerana ia membantu dalam pengesanan awal penyakit yang disebutkan di atas. Diagnosis awal boleh menyelamatkan nyawa.

Alamat: No. 1, Lebuh Puteri, Bandar Puteri Puchong, 47100 Puchong, Selangor.

No. Telefon: 03-8064 8688

Waktu Operasi: Isnin-Jumaat 9:30 pagi -5.30 petang, Sabtu 9 pagi-12 tengah hari

Website: https://www.columbiaasia.com

Pakar KPJ Damansara

Pakej Pemeriksaan Kesihatan Wanita Terbaik Pilihan Ramai Wanita

8 Pakej Pemeriksaan Kesihatan Wanita Terbaik Di Malaysia, Penting Untuk Mengesan Penyakit Lebih Awal

Hospital Pakar KPJ Damansara menyediakan pakej pemeriksaan wanita yang paling sesuai mengikut jantina dan julat umur. Setiap peperiksaan utama yang dijalankan merangkumi program pemeriksaan kesihatan yang komprehensif.

Pakej asas yang ditawarkan seperti Ujian Penglihatan, Pengukuran Antropometrik, Tanda vital, Elektrokardiogram (ECG), Ujian Fungsi Paru-paru, X-Ray dada, Ujian Darah (GP61M), HbA1C, Ultrasound Payudara, Ultrasound Perut/Pelvis & PAP smear.

Alamat: 119, Jalan SS 20/10, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor

No. Telefon: 03-7718 1000

Waktu Operasi: 24 Jam

Website: https://kpjhealth.com.my/damansara/

Hospital Pakar Avisena Wanita & Kanak-Kanak

Pakej Pemeriksaan Kesihatan Wanita Terbaik Layanan Mesra

8 Pakej Pemeriksaan Kesihatan Wanita Terbaik Di Malaysia, Penting Untuk Mengesan Penyakit Lebih Awal

Hospital Pakar Wanita dan Kanak-Kanak Avisena ialah hospital swasta pertama di Malaysia yang memberi perkhidmatan eksklusif untuk kebajikan wanita dan kanak-kanak. Selain itu, pakej pemeriksaan kesihatan wanita yang ditawarkan dengan harga yang berbaloi berbanding hospital yang lain.

Ia juga menyediakan keselesaan kepada pesakit dan keluarga dengan menyediakan hospital dengan konsep butik yang eksklusif yang lebih mesra pengguna.

Alamat: 3, Jalan 14/4, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

No. Telefon: 03-5515 1888

Waktu Operasi: 24 Jam

Website: womenandchildren.avisena.com.my/

Hospital Gleneagles

Pakej Pemeriksaan Kesihatan Wanita Terbaik Fasiliti Lengkap

8 Pakej Pemeriksaan Kesihatan Wanita Terbaik Di Malaysia, Penting Untuk Mengesan Penyakit Lebih Awal

 

Di Hospital Gleneagles KL menawarkan Pemeriksaan Kesihatan Wanita berorientasikan wanita yang menyediakan pemeriksaan terperinci untuk kanser payudara melalui mamogram dan ultrasound payudara. Pesakit juga boleh disaring untuk kanser serviks melalui pap smear.

Alamat: 282, 286 & 288 Block A, B and Medical Office Block, Jln Ampang, Kampung Berembang, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

No. Telefon:03-4141 3000

Waktu Operasi: 24 Jam

Website: gleneagles.com.my/kuala-lumpur

Andorra Women and Children Hospital

Pakej Pemeriksaan Kesihatan Wanita Terbaik Mewah

8 Pakej Pemeriksaan Kesihatan Wanita Terbaik Di Malaysia, Penting Untuk Mengesan Penyakit Lebih Awal

Selain terkenal dengan menjalankan servis penjagaan kesihatan mesra syariah untuk wanita dan kanak-kanak, hospital Andorra turut menawarkan pakej pemeriksaan kesihatan wanita untuk pengesanan awal dan pencegahan penyakit biasa seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, kanser dan penyakit jantung, serta masalah lain yang mungkin timbul.

Alamat: 19, Jalan Utama Suria Tropika 1, Taman Suria Tropika, 43300 Seri Kembangan, Selangor

No. Telefon: 03-8966 1133

Waktu Operasi: Buka 24 Jam

Website: www.andorracare.com/

Hospital Beacon

Pakej Pemeriksaan Kesihatan Wanita Terbaik Profesional

pakej pemeriksaan kesihatan wanita beacon

Hospital Beacon ialah hospital pakar kanser bersaiz sederhana yang dilengkapi dengan 100 katil dan lebih daripada 80 doktor pakar. Ia merupakan Pusat Kecemerlangan Kanser yang menawarkan 7 pusat khusus lain iaitu Otak & Tulang Belakang, Tulang & Sendi, Mata, Kesihatan Lelaki & Urologi, Pusat Pemeriksaan Kesihatan & Kesejahteraan, Pusat Penyelidikan Klinikal termasuklah Kesihatan Wanita.

Alamat: 1 Jalan 215, Off, Jalan Templer, Seksyen 51, 46050 Petaling Jaya, Selangor

No. Telefon: 03-7787 2992

Waktu Operasi: Buka 24 Jam

Website: www.beaconhospital.com.my/

Hospital Park City

Pakej Pemeriksaan Kesihatan Wanita Terbaik Multi Disiplin

pakej pemeriksaan kesihatan wanita

Pusat Perubatan ParkCity ialah hospital swasta multi disiplin tercanggih dengan 300 katil di Kuala Lumpur, Malaysia. Ia menawarkan perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta yang memenangi anugerah dalam suasana semula jadi yang indah.

Alamat: Perdana, 2, Jalan Intisari, Desa Parkcity, 52200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

No. Telefon: 03-5639 1616

Waktu Operasi: Isnin-Jumaat 8:00 pagi – 5:00 petang, Sabtu 8.00 pagi- 12.30 tengah hari

Website: parkcitymedicalcentre.com/

Perbandingan Harga Pakej Pemeriksaan Kesihatan Wanita

Hospital Harga Pakej 
Pusat Perubatan Sunway Medical Centre Velocity  RM 899- RM 1199

Columbia Asia

Bermula dari RM330 – RM 700

Pakar KPJ Damansara

RM 999.00

Hospital Pakar Avisena Wanita & Kanak-Kanak

RM 252.00

Hospital Gleneagles

RM 222- RM 228

Andorra Women and Children Hospital

RM 279 – RM 429

Hospital Beacon

RM 350 – RM450

Hospital Park City

RM 1,2250.00

Kelebihan Wanita Menjalani Pemeriksaan Kesihatan Berkala

1. Mengenal pasti penyakit berisiko tinggi lebih awal

Sesetengah individu kelihatan sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda penyakit, dengan melakukan skrin kesihatan dapat mengesan penyakit lebih awal.

Selain itu, anda akan mendapatkan rawatan secepat mungkin sebelum penyakit tersebut merebak ke bahagian organ tubuh badan yang lain.

2. Mengawal risiko sejarah penyakit keluarga

Individu yang mempunyai sejarah penyakit keluarga disarankan melakukan ujain ini supaya dapat mencegah penyakit dari berulang.

Pakar akan mengesyorkan gaya hidup yang lebih sihat bagi mengurangkan risiko dengan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran, termasuklah melakukan senaman secara berkala.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Senarai Hospital Bersalin Swasta Terbaik Di Sekitar KL & Selangor Berserta Kos Bayaran

Baca juga: 8 Pakej Berpantang Yang Bagus Dengan Harga Mampu Milik Untuk Ibu-Ibu Baru Bersalin

Baca juga: Program IVFKasih kos rendah untuk pasangan yang ingin hamil

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • TAP Cadangan
  • /
  • 8 Pakej Pemeriksaan Kesihatan Wanita Terbaik Di Malaysia, Penting Untuk Mengesan Penyakit Lebih Awal
Kongsikan:
product tap logoProduk Yang Disyorkan
  • Stretch Marks Itu Normal, Tapi Kalau Ibu Ingin Tambah Keyakinan Dengan Menghilangkannya, Ini 9 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

    Stretch Marks Itu Normal, Tapi Kalau Ibu Ingin Tambah Keyakinan Dengan Menghilangkannya, Ini 9 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

  • 9 Pencuci Wanita Terbaik Untuk Cegah Jangkitan Pada Miss V & Menjaga Kebersihan Diri

    9 Pencuci Wanita Terbaik Untuk Cegah Jangkitan Pada Miss V & Menjaga Kebersihan Diri

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

  • Stretch Marks Itu Normal, Tapi Kalau Ibu Ingin Tambah Keyakinan Dengan Menghilangkannya, Ini 9 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

    Stretch Marks Itu Normal, Tapi Kalau Ibu Ingin Tambah Keyakinan Dengan Menghilangkannya, Ini 9 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

  • 9 Pencuci Wanita Terbaik Untuk Cegah Jangkitan Pada Miss V & Menjaga Kebersihan Diri

    9 Pencuci Wanita Terbaik Untuk Cegah Jangkitan Pada Miss V & Menjaga Kebersihan Diri

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham