TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Rindu Makanan Cina? Ini Resepi Pan Mee Halal Yang Sedap Guna Bahan Yang Ringkas

6 min bacaan
Rindu Makanan Cina? Ini Resepi Pan Mee Halal Yang Sedap Guna Bahan Yang Ringkas

Pan Mee adalah hidangan kaum Cina yang popular di Malaysia kerana rasanya yang enak kena dengan selera tekak, jom cuba buat sendiri di rumah!

Setiap kali singgah di kafeteria, pasti hidangan Pan Mee menjadi favourite comfort food. Pan Mee adalah mee gandum yang diuli sendiri dan mempunyai bentuk nipis seperti papan.

Selain sedap dimakan dengan hidangan berkuah seperti sup, pan mee kini divariasikan menjadi dry chilli pan mee yang menyerupai makanan suku Hakka. 

Kali ini kami kongsikan beberapa resepi pan mee halal versi kering dan basah. Anda juga boleh ubah suai sendiri kepedasan mengikut citarasa!

Isi Kandungan

  • Pan Mee hidangan masyarakat Cina Malaysia
  • Resepi Pan Mee Yang Halal & Mudah Disediakan
  • Dry Chilli Pan Mee
  • Pan Mee Chinese Style
  • Pan Mee Ala Khairul Aming
  • Pan Mee Sup Halal

Pan Mee hidangan masyarakat Cina Malaysia

Hidangan Pan Mee merupakan hidangan masyarakat Cina di Malaysia. Ia bukanlah satu-satunya makanan tradisi masyarakat cina yang selalu kita makan.

Char Kuey Teow, nasi ayam Hainan dan Mi Kari juga antara masakan cina kegemaran ramai. Kebanyakan resepi telah diolah menggunakan bahan-bahan yang halal sesuai dengan lidah orang Malaysia. 

Pan Mee yang siap direbus akan dihidangkan dengan sup ikan bilis dan ditambah dengan telur separuh masak, potongan daging cincang atau isi ayam, cendawan shitake, ikan bilis rangup dan chili oil ‘special’. 

Cara makannya seperti seakan hidangan makanan korea, Bibimbap. Pecahkan telur onsen dan gaul rata semua bahan hidangan dalam mangkuk untuk mendapatkan rasa yang lazat!

Resepi Pan Mee Yang Halal & Mudah Disediakan

Dry Chilli Pan Mee

pan mee

Bahan-bahan utama:

  • Pan Mee
  • Ayam tiram
  • Chilli in oil

Bahan untuk hiasan:

  • Ikan bilis
  • Pakchoy atau sawi
  • Daun bawang (dihiris)
  • Serbuk lada putih
  • Minyak bawang putih
  • Kicap karamel

Cara penyediaan untuk hiasan: 

  1. Pan mee direbus kemudian bilas dengan air sejuk supaya tidak melekat. Gaulkan dengan sedikit kicap karamel dan minyak bawang putih. Ketepikan.
  2. Goreng ikan bilis sehingga garing.
  3. Daun bawang, serbuk lada putih, pakchoy dan black fungus sebagai hiasan. 

Cara buat chili oil yang pedas dan padu

pan mee

Dah siap ikan bilis, buat chili oil. Chili oil juga sesuai dimakan dengan hidangan lain seperti wantan mee, mee kari Nyonya, nasi goreng atau apa-apa hidangan lain.

Bahan-bahan:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili kering
  • Udang kering
  • Sehiris halia

Cara penyediaan:  

  1. Kisar semua bahan menggunakan pengisar. 
  2. Goreng dengan api perlahan dan jangan lupa lebihkan sedikit minyak untuk bagi garing. 
  3. Perisakan dengan garam dan gula. 
  4. Siap untuk disimpan dalam bekas. 

Kalau tambah asam jawa dan blend halus, dah jadi pes cili untuk  hidangan tomyam. 

Cara buat ayam tiram cendawan

chili pan mee

Bahan-bahan: 

  • Isi ayam bahagian dada
  • 5 ketul cendawan shitake
  • Sos tiram asli (bukan sos berperisa tiram)
  • Kicap cair
  • Kicap karamel
  • Gula
  • Stok ayam
  • Minyak bijan

Cara penyediaan:  

  1. Goreng isi ayam dan cendawan shitake dalam kuali.
  2. Masukkan sos tiram.
  3. Tuang kicap cair dan kicap karamel dalam bahan masakan.
  4. Masukkan sedikit air dan perisakan dengan gula dan sedikit stok ayam.
  5. Tutup api. Tuang sedikit minyak bijan untuk penyedap rasa. 
  6. Siap.

Tuangkan semua bahan dalam pan mee dihiasi dengan bahan tambahan untuk penyedap rasa. Buat sendiri lagi puas hati & sedap!

Pan Mee Chinese Style

versi sup

Bahan-bahan: 

  • 1 ½ cawan tepung gandum 
  • 1 biji telur
  • Garam
  • Air

Bahan sampingan:

  • Tofu ikan
  • Fishball
  • Daun cekur manis
  • Bawang goreng 
  • Kicap cili potong
  • Ikan bilis goreng 

Bahan kuah sup:

  • Sedikit ikan bilis / 2 kiub ikan bilis 
  • ½ biji bawang holland 
  • Bawang putih secukupnya 
  • Isi ayam

Cara-cara:

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
  1. Mula-mula, sediakan kuah sup. Satukan semua bahan sup dan rebus hingga kuah menjadi sedap dan cukup rasa.
  2. Seterusnya, untuk mi. Satukan bahan-bahan mi.

  3. Uli sambil dimasukkan air sedikit demi sedikit sampai jadi doh sempurna.

  4. Jika nak mi yang lembut, biarkan doh seketika sebelum dicarik-carik ke dalam sup yang sudah dimasak tadi.

  5. Rebus mi dalam kuah sup sampai masak.

  6. Untuk menikmatinya, masukkan mi bersama kuah ke dalam mangkuk bersesuaian.

  7. Masukkan bahan-bahan sampingan dengan secukupnya, sesuai dengan selera masing-masing.

  8. Pan Mee Chinese style sedia untuk dinikmati.

Pan Mee Ala Khairul Aming

KA

Bahan-bahan untuk chili oil:

  • 2 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu udang kering
  • 4 biji cili padi (ikut pedas masing-masing )
  • Sedikit belacan
  • segenggam kecil cili kering (kami guna chili flakes)

Cara penyediaan:

  1. Kisar kesemua bahan dengan pengisar kering, panaskan minyak dan tumis hingga garing.
  2. Rasakan dengan gula dan garam.
  3. Ketepikan chili oil.
Bahan-bahan daging kisar : 
  • 300g daging kisar (daging Ramli)
  • 1/2 cawan cendawan shitake- hiris nipis
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu kicap manis
  • Garam secukup rasa 
Cara penyediaan:
  1. Panaskan minyak tumiskan daging kisar dan cendawan.
  2. Masukkan sos tiram dan kicap manis.
  3. Perasakan dengan sedikit garam.
  4. Gaul sebati sehingga masak.
  5. Siap untuk dihidang.

Untuk mee, celur dalam 10 minit hingga bertukar warna putih. Toskan. 

Pan Mee Sup Halal

Bahan-bahan:

  • Segenggam ikan bilis
  • 1/2 biji sengkuang (size sederhana)
  • Daun bawang (diikat)
  • 2 inci halia (diketuk)
  • Garam
  • Lada sulah
  • Perencah masakan Hilal (option)

Cara penyediaan:

  1.  Rebus semua bahan-bahan dalam seperiuk air.
  2. Perisakan dengan bahan perasa.

Bahan untuk ayam cincang:

  • 300g isi daging ayam (dikisar)
  • 1/2 biji bawang besar (dicincang)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • cendawan telinga (direndam dan dihiris)
  • cendawan Shitakii kering (direndam dan dihiris)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu kicap cair
  • 1 sudu kicap pekat
  • 1 sudu minyak bijan
  • Garam
  • Lada sulah
  • Perencah masakan Hilal (option)

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga garing.
  2. masukkan isi ayam dan gaul hingga masak. Sentiasa kacau biar daging menjadi hancur.
  3. Kemudian masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan minyak bijan.
  4. Gaul dan masukkan cendawan shitakii dan cendawan telinga.
  5. Tuangkan sedikit air. Biar hingga kering.
  6. Perisakan dengan garam, lada sulah dan bahan perasa.

Bahan sampingan:

  • Pan mee kering atau ganti dengan kuey teow
  • Ikan bilis goreng
  • Pucuk manis atau bayam

Selamat mencuba.

Facebook Wan Luqman, AnaJingga, Noniey Norddin

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Lengkap Cara Buat Mee Celup Ala Thai, Betul-Betul Rasa ‘High Level’ Punya!

Baca juga: 3 Variasi Resepi Mee Kari Terbaik! Boleh Jamu Keluarga Atau Tetamu Yang Hadir Ke Rumah, Tengok Je Pun Dah Terliur!

Baca juga: Jemu Dengan Lemang, Ketupat Dan Rendang, Resepi Mee Bandung Yang Mudah & Sedap Ini Sesuai Untuk ‘Open House’!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Resepi
  • /
  • Rindu Makanan Cina? Ini Resepi Pan Mee Halal Yang Sedap Guna Bahan Yang Ringkas
Kongsikan:
  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

    Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

    Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham