Ibu Hamil Hidap Kencing Manis Mahu Berpuasa? Ini Panduan Lengkap Daripada Pakar

Mahu berpuasa tapi anda menghidap penyakit kencing manis? Usah khuatir lagi, mari ikut panduan yang diberi oleh doktor pakar ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bulan Ramadhan datang lagi. Buat kebanyakan individu, bulan ini adalah bulan mulia untuk memperbanyakkan ibadah. Amalan berpuasa itu sendiri terbukti mempunyai pelbagai manfaat yang luar biasa untuk tubuh badan manusia. Tapi, tak semua orang boleh berpuasa, terutamanya bagi individu yang menghidap penyakit kencing manis. 

Al-Quran telah menyatakan yang amalan berpuasa tidak diwajibkan pada sekumpulan individu yang tak berdaya, terutamanya mereka yang membahayakan kesihatan diri kerana ingin berpuasa.

Kumpulan tersebut termasuklah kanak-kanak, wanita hamil atau wanita yang menyusu badan, warga tua dan individu yang akan sakit kerana berpuasa.

Apa terjadi pada badan apabila berpuasa?

Biasanya, apabila individu berpuasa selama 12 jam (sekurang-kurangnya), badan akan melalui beberapa perubahan penting.

Antaranya ialah badan akan menggunakan tenaga yang telah disimpan untuk mengekalkan paras gula dalam darah

Menurut Joslin Diabetes Center, individu yang tidak menghidap sebarang penyakit tidak akan mengalami sebarang bahaya kerana proses tersebut.

Tapi, jika anda menghidap penyakit kencing manis, anda terdedah kepada pelbagai risiko kerana proses tersebut.

Jadi, bolehkan pesakit dengan penyakit kencing manis berpuasa?

Boleh, tapi ia bergantung kepada beberapa risiko dan keadaan.

Individu yang menghidap diabetes tidak terkawal, seperti diabetes jenis 1 yang mengambil insulin memiliki risiko tinggi yang bahaya jika mereka berpuasa!

Risiko untuk pesakit kencing manis yang berpuasa

Terdapat 3 risiko penting yang wajib diketahui oleh semua penghidap kencing manis, iaitu –

  • Hipoglisemia (kandungan gula dalam darah terlalu rendah) – risiko sering terjadi jika pesakit mengambil insulin atau ubat diabetes tertentu. 
  • Hiperglisemia (kandungan gula dalam darah terlalu tinggi) – risiko sering terjadi selepas waktu berbuka, kerana insiden makan terlalu banyak.
  • Dehidrasi – kekurangan air dalam badan kerana cuaca yang panas dan berpanjangan

Oleh itu, pesakit kencing manis jenis 1 dengan paras gula dalam darah yang terlampau tinggi (>300 mg/dl), malah dengan kadar HbA1C sebanyak >10%, akan memiliki pelbagai komplikasi diabetes dan tidak digalakkan untuk berpuasa.

Akan tetapi, jika anda bercadang untuk berpuasa, temui doktor pakar bagi membincangkan tentang panduan dan risiko yang wajar anda ketahui sebelum anda menjalani ibadah berpuasa.

Infografik di bawah akan memudahkan pemahaman anda tentang diabetes dan amalan berpuasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit gambar: Bernama

Pesakit diabetes juga digalakkan untuk memantau paras gula dalam darah mereka. Jangan risau, perbuatan ini tak akan membatalkan puasa!

Jika selepas diperiksa, kandungan gula dalam darah menurun hingga <70 mg/dl atau meningkat hingga >300 mg/dl, batalkan niat anda untuk berpuasa!

Makanan yang disarankan doktor

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Pexels

Anda perlu bangun untuk bersahur kerana tanpa bersahur, risiko hipoglisemia akan meningkat. Oleh itu, mari ikut panduan pemakanan yang disarankan oleh doktor untuk pesakit diabetes yang ingin berpuasa.

1# Sahur 

  1. Hidangan sahur harus mengandungi sumber gandum, karbohidrat, protein dan lemak yang seimbang. Pemakanan yang seimbang memperlahankan penghadaman dan memberi rasa “kenyang” yang lama.
  2. Pilih menu sahur seperti bijirin sarapan dengan susu rendah lemak, keju, buah-buahan pic atau badam bakar
  3. Ataupun cuba menu yogurt dengan potongan buah beri, bersama-sama kayu manis dan mentega kacang. Makan dengan roti gandum.
  4. Elak makanan dengan kandungan asam yang tinggi.

2# Berbuka

Jangan terlebih makan ketika berbuka. Dahulukan minuman tidak bergula dan kurma. Elakkan minuman berkafein seperti kopi kerana ia boleh buat anda dehidrasi.

Sebaik-baiknya, ikut ratio ini ketika berpuasa, iaitu mengambil makanan seimbang sebanyak 50% ketika bersahur, 40% ketika berbuka dan 10% selepas ibadah terawih.

Pengambilan ubat diabetes ketika berpuasa

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangan berhenti mengambil ubat diabetes ketika anda berpuasa! Dos yang wajar diambil oleh anda harus ditetapkan oleh doktor pakar.

Maka, luangkan masa 2 atau 3 hari sebelum berpuasa untuk berjumpa doktor bagi membincangkan isu ini. 

Tips Penting Daripada Pakar

Berikut adalah tips penting yang telah dikongsikan oleh Dr. Farhana Lootah dari Imperial College London Diabetes Centre dan Diabetes UK:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Selalu bawa perkakas untuk merawat sebarang komplikasi
  • Pantau paras gula dalam badan dengan kerap. Jangan risau, puasa anda takkan terbatal.
  • Jika ada tanda-tanda bahaya (seperti paras gula terlalu tinggi atau rendah, atau anda mengalami dehidrasi), buka puasa dengan segera!
  • Jangan berbuka puasa secara berlebihan
  • Jangan makan lambat ketika sahur
  • Jangan berhenti mengambil suntikan insulin. Dos suntikan saja mungkin akan berubah.

Semoga bulan Ramadhan ini membawa lebih keberkatan kepada anda dan keluarga. Selamat berpuasa! Harap-harap maklumat ini berguna untuk semua penghidap penyakit kencing manis. 

Sumber rujukan: Joslin Diabetes Center, Diabetes UK dan Imperial College London Diabetes Centre

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Jangan Panik Jika Disahkan GDM Ketika Hamil, Doktor Saran Buat 4 Perkara Ini!

Penulis

Ayu Idris