Tragedi kanak-kanak usia 2 tahun maut semasa sesi barbeku bersama keluarga

lead image

Adalah sangat penting untuk ibu bapa tahu langkah-langkah kecemasan dan membaca panduan keselamatan kanak-kanak untuk mengelak kejadian yang tidak diingini.

Ambil pengajaran dari kisah ini. Sesi barbeku yang sepatutnya masa untuk bergembira dengan keluarga telah berubah menjadi tragedi apabila barbeku pit tiba-tiba meletup.

Kejadian itu berlaku apabila Noor Atikah Ishak cuba menyalakan api untuk mula memasak. Tiba-tiba barbeku pit itu meletup dengan api besar yang membara. Walaupun ibu itu berjaya mengelak letupan, tetapi malangnya anak perempuannya yang baru berumur 2 tahun cedera teruk.

Hancur hati ibu itu melihat anaknya Noor Atifah Abi Suffian, diselubungi api. Ibu itu cepat-cepat membawa anaknya ke parit berdekatan untuk mematikan api terbabit.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/03/panduan keselamatan kanak kanak semasa barbeku 1.jpg Tragedi kanak kanak usia 2 tahun maut semasa sesi barbeku bersama keluarga

Jangan menganggap panduan keselamatan kanak-kanak itu tidak penting. Kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa

Menurut New Straits Times, keluarga itu sempat menghantar Noor Atifah ke Sungai Buloh Hospital. Doktor bertugas mendapati 95% dari badan kanak-kanak itu lecur teruk akibat kemalangan api itu.

Ibu dan pak long Noor Atifah turut cedera pada tangan dan kaki kerana cuba untuk menyelamatkannya. Malangnya, 3 hari kemudian, Noor Atifah telah meninggal.

Panduan keselamatan kanak-kanak ketika melakukan barbeku di rumah

Kes seperti ini banyak mengajar kita tentang kepentingan menjaga keselamatan kanak-kanak, walau di mana kita berada. Contohnya seperti sesi barbeku ini.

  • Tak kira barbeku jenis gas ataupun yang guna  arang, pastikan anda letakkan jauh dari rumah, tumbuhan atau pokok yang rendah.
  • Pastikan api dipadamkan sepenuhnya sebelum masuk ke dalam rumah.
  • Kanak-kanak selalu ingin tahu. Biarpun api kecil, ia masih boleh menarik perhatian mereka.
  • Jauhi kanak-kanak dari barbeku pit dan pastikan mereka tahu bahayanya mendekati barbeku pit yang masih panas walaupun api sudah dimatikan.
  • Ajar anak yang lebih tua supaya mereka mempunyai pengetahuan asas panduan keselamatan kanak-kanak. 
  • Selalu sediakan satu baldi air berdekatan untuk mengawal api dari menjadi terlalu besar. Ataupun buatlah barbeku berdekatan dengan sumber air.
  • Untuk mereka yang mempunyai barbeku jenis gas, periksa peralatan anda dari semasa ke semasa. Pastikan saluran tidak tersekat dan gas tidak bocor.

Terdapat pelbagai cara kebakaran boleh berlaku

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/03/panduan keselamatan kanak kanak semasa barbeku fire stats.jpg Tragedi kanak kanak usia 2 tahun maut semasa sesi barbeku bersama keluarga

Sumber: NST

Menurut jadual dari New Straits Time di atas, kebanyakkan kebakaran di rumah berpunca dari dapur gas. Hakikatnya, kemalangan boleh berlaku pada bila masa, jadi pastikan ibu bapa mengikut panduan keselamatan kanak-kanak di atas serta baca tips dibawah ini:

  • Pasangkan alat pengesan asap yang berfungsi dengan betul di dapur, ruang tamu, bilik tidur, dll.
  • Periksa tangki gas dan tiub saluran gas.
  • Jangan merokok di dalam rumah atau sebelum tidur.
  • Jika anda suka menyalakan lilin berwangi, jauhkannya dari langsir, permaidani, atau cadar.
  • Jangan lupa untuk matikan api lilin sebelum tidur.
  • Jangan masukkan terlalu banyak soket pada masa yang sama atau menggunakan extension.
  • Matikan peralatan elektrik apabila tidak digunakan.
  • Tanggalkan soket seterika anda!
  • Beli pemadam api yang kecil di rumah. Pastikan ahli keluarga pandai menggunakannya.
  • Jauhkan mancis dan pemetik api dari jangkauan kanak-kanak.

Semoga membantu!

 

 

 

 

Sumber: New Straits TimesChildren’s Hospital Los Angeles

Baca juga:

11 Tip Pertolongan Cemas Yang Setiap Ibu Bapa Wajib Tahu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!