X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

7 Perubahan Pelik Ketika Hamil Yang Mungkin Anda Tak Tahu, Tapi Sebenarnya Ia NORMAL

4 min bacaan
7 Perubahan Pelik Ketika Hamil Yang Mungkin Anda Tak Tahu, Tapi Sebenarnya Ia NORMAL

Bukan setakat perubahan badan ketika hamil, adakalanya terjadi beberapa perubahan pelik yang berkait rapat dengan paras hormon

Ketika hamil, ramai ibu-ibu baharu mengadu terdapat perubahan pelik yang berlaku sejak belakangan ini. Selain perubahan pada perut membesar yang begitu ketara dari awal hingga trimester terakhir, banyak lagi sebenarnya perubahan yang mungkin anda tak tahu.

Tetapi, anda tidak perlu risau kerana perubahan pelik dalam tempoh mengandung ini biasanya berlaku sepanjang 10 minggu pertama kehamilan dan beransur hilang begitu saja apabila menghampiri tarikh jangkaan bersalin. 

Sementara itu, kami ingin kongsikan anda beberapa perubahan yang anda mungkin atau sama sekali tidak mengalaminya kerana lain kehamilan, lain ragamnya. 

7 Perubahan pelik ketika hamil yang anda perlu tahu

pelik

1. Mudah sendawa dan terkentut

Apabila bayi anda membesar, ruang menjadi sempit di kawasan perut. Oleh itu, usus mudah penuh dan penghadaman mungkin jadi tidak menentu yang menyebabkan anda mudah sendawa dan terkentut. Ops, jaga-jaga!

Kehamilan juga akan membuatkan anda mudah mengidam dan selera makan bertambah, secara tidak langsung boleh menjejaskan penghadaman. 

Justeru, amalkan pengambilan makanan dengan kuantiti yang sedikit boleh membantu mengurangkannya.

Hadkan pengambilan makanan bergoreng atau bergas seperti ayam goreng dan makanan yang mengandungi pemanis tiruan. 

2. Penglihatan jadi kabur

Perubahan hormon yang berlaku semasa hamil seperti kaki membengkak juga boleh menjejaskan penglihatan, jadi jangan terkejut sekiranya tiba-tiba mata anda rasa kabur.

Ia bukan disebabkan anda memerlukan cermin mata atau tambah power, sebaliknya disebabkan kanta dan kornea yang menjadi lebih tebal dan tekanan mata berubah buat sementara waktu. 

Namun sekiranya ia berlanjutan, rujuk pakar perubatan untuk memastikan ia bukan tanda-tanda preeklampsia yang disebabkan tekanan darah tinggi, sakit radang atau protein berlebihan dalam air kencing.

3. Mudah terkucil

Salah satu perubahan pelik yang meletihkan ibu mengandung apabila menghadapi masalah kerap kencing dan kadangkala terkucil tanpa sedar.

Ia berlaku disebabkan isipadu darah dan cecair yang bertambah seiring dengan tempoh kehamilan. 

Perubahan hormon ketika hamil memberi isyarat kepada otot pelvis supaya berehat dan bayi yang sedang membesar mula memberi tekanan pada pundi kencing yang terletak betul-betul di bahagian rahim.

Tidak hairanlah jika anda sering terkucil lagi-lagi ketika anda sedang bersin atau ketawa. 

Cara untuk mengatasinya, anda boleh melakukan senaman kegel untuk mengurangkan risiko terkucil dalam seluar dan pastikan anda kerap buang air kecil setiap satu atau dua jam supaya pundi kencing tidak terlalu penuh.

Atau, pakai pad atau pantyliner pada trimester terakhir untuk langkah berjaga-jaga. 

4. Hidung berair

pelik

Kalau anda rasa hidung selalu berair sepanjang kehamilan, jangan risau ia adalah perkara normal. Ini kerana aliran darah yang lebih tinggi ketika hamil boleh menyebabkan saluran darah dalam hidung mengembang dan mudah tersumbat. 

Jadi, anda boleh legakan dengan menggunakan titisan cecair untuk hidung yang selamat untuk ibu hamil. Simptom ini biasanya akan hilang selepas bersalin. 

5. Dorongan seks yang tinggi

Tidak dinafikan, kebanyakan wanita hamil mengakui mengalami dorongan seks yang lebih tinggi. Tapi, ada juga sesetengah wanita yang jadi lebih sensitif terhadap sentuhan. 

Perubahan ini terjadi kerana berlaku peningkatan aliran darah ke kawasan bawah anda dengan isipadu darah yang meningkat 30% hingga 50% semasa kehamilan. Sebab itulah, anda lebih ghairah dan orgasma lebih berganda.

Walau bagaimanapun, pastikan anda berbincang dengan pasangan untuk meneroka posisi seks yang sesuai dan selamat untuk mengurangkan tekanan pada bayi yang sedang membesar. 

6. Vena varikus atau urat simpul

Semasa hamil, pembuluh darah kelihatan lebih ketara. ‘Spider veins’ atau urat labah-labah dan vena varikus boleh serentak berlaku kerana hormon estrogen meningkat yang memberikan tekanan pada darah.

Ia akan menyebabkan anda mudah rasa kejang, rasa berat di betis, berdenyut dan membengkak terutama pada bahagian kaki seperti betis, buku lali dan kawasan alat kelamin (vulva).

Namun, ia sama sekali tidak memberi sebarang risiko kepada bayi malah menjadi salah satu tanda persediaan untuk bergelar ibu.

Pastikan anda kekal aktif sepanjang tempoh kehamilan dan pakai pakaian atau stokin yang betul untuk mengelakkan kaki bengkak semasa mengandung. 

7. Mimpi pelik

Mimpi pelik semasa mengandung juga adalah perkara normal semasa mengandung. Mimpi ini terjadi disebabkan perubahan hormon yang meliputi keresahan yang membawa kepada mimpi pelik dan tidur yang putus-putus. 

Ramai wanita yang mengadu mimpi tentang kemalangan ngeri, terlupa menjaga bayi dan melahirkan haiwan.

Jika boleh, selalu bercerita dengan pasangan atau rakan terdekat yang boleh membantu supaya anda tidak terbawa-bawa dengan emosi. Ingat, mimpi adalah mainan tidur semata-mata.

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Parents.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 16 Keluhan Ibu Sepanjang Hamil, Yang LAST Itu Kalau Muncul Memang Tak Tahan Nak Menggaru!

Baca juga: Perubahan Rambut Ketika Hamil Rapuh & Menipis, Ini 5 Tips Berguna Buat Ibu

Baca juga: 13 Tanda Tanda Hamil Yang Pasti, Ramai Ibu Baharu Tak Sedar Mereka Sudah Mengandung

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • 7 Perubahan Pelik Ketika Hamil Yang Mungkin Anda Tak Tahu, Tapi Sebenarnya Ia NORMAL
Kongsikan:
  • Kumpulan Nama Anak Perempuan Islam, Himpunan Nama Dengan Maksud Baik

    Kumpulan Nama Anak Perempuan Islam, Himpunan Nama Dengan Maksud Baik

  • Nama Anak Lelaki Huruf Z Islam & Nama Anak Perempuan Huruf Z Yang Terkini

    Nama Anak Lelaki Huruf Z Islam & Nama Anak Perempuan Huruf Z Yang Terkini

  • 200 Nama Anak Perempuan Huruf Y & Nama Anak Lelaki Huruf Y Yang Cantik, Menarik

    200 Nama Anak Perempuan Huruf Y & Nama Anak Lelaki Huruf Y Yang Cantik, Menarik

  • Kumpulan Nama Anak Perempuan Islam, Himpunan Nama Dengan Maksud Baik

    Kumpulan Nama Anak Perempuan Islam, Himpunan Nama Dengan Maksud Baik

  • Nama Anak Lelaki Huruf Z Islam & Nama Anak Perempuan Huruf Z Yang Terkini

    Nama Anak Lelaki Huruf Z Islam & Nama Anak Perempuan Huruf Z Yang Terkini

  • 200 Nama Anak Perempuan Huruf Y & Nama Anak Lelaki Huruf Y Yang Cantik, Menarik

    200 Nama Anak Perempuan Huruf Y & Nama Anak Lelaki Huruf Y Yang Cantik, Menarik

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham