Garis Panduan WHO Untuk Pemberian Makanan Pelengkap Bayi & Kanak-Kanak Usia 6-23 Bulan

Pemakanan bayi seawal usia 6 bulan perlu mengutamakan jenis yang tinggi nutrisi. WHO telah menetapkan garis panduan untuk ibu ayah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seawal usia 6 bulan, secara umumnya ibu-ibu mula memperkenalkan bayi dengan makanan pelengkap. Ia adalah makanan tambahan yang diberikan kepada si kecil selain daripada pemberian susu. Untuk pengetahuan anda, Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) telah mengeluarkan garis panduan pemakanan bayi dan kanak-kanak yang terkini. 

Untuk menyokong proses perkembangan si manja, pemberian susu ibu sahaja tidak mencukupi. Bayi dan kanak-kanak perlu dilengkapi dengan pemberian makanan pejal yang sihat bagi memperoleh sumber tenaga, protein, vitamin dan mineral.

Panduan Pemakanan Bayi Mengikut WHO

Pada Isnin 16 Oktober 2023, WHO telah mengeluarkan garis panduan mengenai pemakanan bayi dan kanak-kanak berumur 6-23 bulan.  

Dalam keluarannya, WHO menekankan bahawa usia 6-23 bulan adalah tempoh perkembangan yang sangat penting untuk kanak-kanak belajar menerima makanan dan minuman sihat serta mengamalkan corak pemakanan jangka panjang.

Selain itu, tempoh usia ini juga menjadi puncak risiko pertumbuhan terbantut dan kekurangan nutrisi dalam kalangan anak kecil.

“Garis panduan ini menyediakan cadangan global berasaskan bukti yang normatif mengenai pemberian makanan pelengkap untuk bayi dan kanak-kanak berumur 6–23 bulan yang tinggal di negara berpendapatan rendah, sederhana dan tinggi. Ini mengambil kira keperluan kanak-kanak yang disusui dan tidak disusui. 

Garis panduan pemakanan ini menggantikan Prinsip Panduan Penyusuan Pelengkap yang terdahulu bagi Kanak-kanak Yang Menyusu dan Prinsip Panduan untuk memberi makan kepada kanak-kanak yang tidak disusui berumur 6-24 bulan.

Cadangan dalam panduan ini bertujuan untuk khalayak yang luas, termasuk pembuat dasar, kakitangan teknikal dan program di agensi kerajaan dan organisasi yang terlibat dalam reka bentuk, pelaksanaan dan pengembangan program penyusuan bayi dan kanak-kanak kecil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 “Garis panduan ini juga boleh digunakan oleh jururawat, profesional perkhidmatan kesihatan, doktor, institusi akademik dan penyelidikan, serta institusi latihan,” tulis WHO dalam keluaran garis panduan pemakanan bayi dan kanak-kanak yang terbaharu.

Pemberian Makanan Pelengkap Yang Disaran WHO

Berikut adalah beberapa perkara panduan pemakanan bayi dan kanak-kanak terkini yang dijelaskan oleh WHO: 

1. Teruskan Penyusuan Susu Ibu

Pada titik pertama, WHO mengesyorkan penyusuan susu ibu diteruskan sehingga umur 2 tahun atau lebih. Penyusuan susu ibu hendaklah bermula dalam masa sejam pertama selepas kelahiran dan penyusuan secara eksklusif perlu diamalkan untuk 6 bulan pertama kehidupan.

Penyusuan susu ibu pada tahun kedua kehidupan kanak-kanak boleh membantu membekalkan mereka dengan nutrien, termasuk tenaga, asid lemak, vitamin dan mineral yang diperlukan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun juga boleh mengurangkan risiko masalah penghadaman dan pernafasan akut pada kanak-kanak.

2. Susu Haiwan Disyorkan Sebagai Pengganti Susu Ibu

WHO membenarkan pemberian susu selain susu ibu iaitu susu haiwan atau susu formula kepada bayi berumur 6-11 bulan.

Manakala bagi kanak-kanak berumur 12-23 bulan, hanya susu haiwan tulen disyorkan tanpa perisa atau pemanis tambahan. Walau bagaimanapun, ia tidak menyatakan secara khusus jenis haiwan yang disyorkan. 

Jenis susu haiwan yang boleh digunakan termasuk susu lembu pasteur, susu sejat, susu yang ditapai atau yogurt. 

3. Usia Untuk Mula Makanan Pejal

Pemberian makanan pejal hendaklah dimulakan pada usia 6 bulan, dan penyusuan susu ibu perlu diteruskan.

Walau bagaimanapun, memperkenalkan makanan pejal terlalu awal di bawah umur 4 bulan mungkin tidak disyorkan. 

4. Sumber Protein Haiwan

WHO mengesyorkan kanak-kanak berumur 6-23 bulan mengambil makanan bersumberkan protein haiwan seperti daging, ikan dan telur. Adalah disyorkan bahawa sumber protein haiwan diambil setiap hari. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Buah-buahan, Sayur-sayuran dan Kekacang

Seperti protein haiwan, buah-buahan dan sayur-sayuran juga perlu dimasukkan ke dalam menu makanan bayi dan kanak-kanak setiap hari bagi memenuhi keperluan mikronutrien mereka. 

Selain itu, WHO juga mengesyorkan pengambilan makanan daripada kacang dan biji untuk makanan pejal. Terutamanya apabila pengambilan daging, ikan, telur, atau buah-buahan dan sayur-sayuran yang terhad.

Walau bagaimanapun, ibu ayah masih perlu berhati-hati apabila memberi kacang atau biji kepada si kecil, kerana risiko tercekik atau risiko alahan.

Teruskan membincangkan perkara ini dengan pakar pediatrik anda. 

6. Kepelbagaian dan Berkhasiat

Utamakan makanan berkhasiat dan pelbagai dengan jumlah nutrien mencukupi yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak seusia mereka. Makanan juga mesti disediakan dengan cara yang selamat dan bersih.

7. Pemakanan Responsif

WHO mengesyorkan supaya bayi berumur 6-23 bulan diberi makan secara responsif. Ini bermakna memberi makan anak dilakukan untuk menggalakkan si kecil makan secara berdikari dan juga tidak memaksa.

Senarai Makanan Bayi Yang Perlu Dielakkan

Mengikut garis panduan pemakanan bayi terkini, WHO menulis terdapat beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan dalam diet kanak-kanak berumur 6-23 bulan, antaranya: 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Makanan yang telah diproses.
  2. Hadkan makanan yang mengandungi tepung. 
  3. Makanan dan minuman dengan pemanis tambahan. 
  4. Makanan tinggi gula dan garam. 
  5. Elakkan lemak trans atau makanan lain yang mencetuskan keradangan dalam badan anak atau penyakit jangka panjang yang lain. 
  6. Hadkan pemberian jus buah walaupun 100% buah. 

Ini adalah beberapa kemas kini terkini mengenai garis panduan pemakanan bayi yang baru dikeluarkan oleh WHO. Jika anda mempunyai permasalahan tentang pemakanan bayi, rujuk pakar pemakanan atau pakar pediatrik anda.

Semoga artikel ini bermanfaat. 

Penulis asal Aulia Trisna. Artikel ini telah mendapat kebenaran daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Penyediaan Makanan Bayi 6 Bulan Homemade: Panduan Lengkap Mudahkan Kerja Ibu

Baca juga:  Peringkat Makanan Bayi Dari Usia 6 Bulan Hingga 12 Bulan, Panduan Lengkap Untuk Ibu

Baca juga: Sesi Tanya Pakar: Makanan Untuk Bayi 6 Bulan Yang Terbaik, Perlu Beri Buah Atau Nasi Dulu?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan