X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

9 Perkara Penting Untuk Ibu Ayah Semak Sebelum Ambil Pembantu Rumah/ Maid

4 min bacaan
9 Perkara Penting Untuk Ibu Ayah Semak Sebelum Ambil Pembantu Rumah/ Maid

Pembantu rumah tempatan atau asing menjadi pilihan sesetengah ibu ayah untuk menjaga anak. Namun teliti dahulu beberapa perkara ini ya!

Menguruskan bayi dan dalam masa sama bekerja bukanlah sesuatu yang mudah. Disebabkan itulah bagi sesetengah mereka yang berkemampuan akan mengambil pembantu rumah tempatan ataupun warga asing.

Ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban para ibu dan membolehkan anda fokus terhadap kerja seharian. Bab rumah serta anak-anak sudah ada yang tolong selesaikan. 

Perkara yang perlu semak sebelum ambil pembantu rumah tempatan atau warga asing

cara memilih pembantu rumah

Tidak dinafikan bahawa mengupah pembantu rumah tempatan atau asing adalah urusan yang begitu mahal. Biasanya majikan perlu bersetuju bahawa kerja rumah dan penjagaan bayi tidak boleh dikendalikan oleh seorang pembantu rumah sahaja.

Ia bergantung pada bilangan ahli keluarga, saiz rumah, dan berapa banyak kerja yang anda ingin maid lakukan. Untuk menguruskan bayi serta rumah, anda mungkin perlu mengupah dua orang pembantu rumah tempatan atau asing.

Berikut beberapa perkara penting yang perlu anda semak sebelum mengambil pembantu rumah tempatan atau maid, jika anda mempunyai bayi di rumah:

1. Umur dan pengalaman mengasuh bayi

Untuk menguruskan anak kecil, adalah penting untuk anda mempertimbangkan pembantu rumah  wanita yang lebih berusia, bijak dan berpengalaman.

Akan tetapi jika memilih pembantu muda, ada beberapa kelebihannya seperti umur, tenaga dan semangat. 

Sebaliknya, terdapat banyak perkara yang akan diberikan oleh pengasuh muda untuk kelebihannya – terutamanya umur, semangat dan tenaga. Justeru lakukan pilihan yang bijak.

2. Umur bayi yang akan dikendali oleh pengasuh

Bayi yang baru lahir perlu dijaga dengan lebih berhati-hati, penuh kasih sayang dan penjagaan yang lembut.

Contohnya, bakal pembantu rumah anda hendaklah mengetahui cara memegang bayi dengan betul, cara menyokong leher bayi dan kepala, bagaimana posisi semasa menyusukan bayi dan sebagainya.

3. Kebersihan diri pembantu rumah

Tubuh bayi terlalu sensitif dan sistem imun yang belum kuat boleh menyebabkannya terdedah kepada kuman.

Justeru untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan bayi, anda perlulah memilih pembantu rumah yang pandai menjaga kebersihan diri dan tidak mempunyai sebarang penyakit (terutamanya yang boleh dijangkiti melalui sentuhan atau perkongsian ruang/barang peribadi) .

4. Komitmen masa yang ditawarkan oleh pembantu

cara mengambil pembantu rumah atau maid

Tugas menjaga bayi biasanya tiada jam yang tertentu. Pembantu tidak boleh mulakan kerja pada jam 9 pagi dan selesaikan segala-galanya pada pukul 3 petang.

Hal ini kerana ada kalanya bayi akan enggan tidur, malah enggan makan hingga mengambil masa yang lama untuk menghabiskan susunya.

Pengasuh sepatutnya boleh bekerja di sekeliling bayi apabila ini berlaku, tanpa tergesa-gesa untuk berehat.

5. Jangkaan gaji

Walaupun penting untuk anda mendapatkan pengasuh yang baik, jangan biarkan mereka mengambil kesempatan.

Memandangkan menjaga anak-anak dan mengurus rumah adalah tugas yang besar, bincang terlebih dahulu mengenai gaji bulanan pembantu rumah serta dapatkan persetujuan bersama.

6. Pilih pembantu yang cepat belajar dan cekap

Memiliki pembantu rumah sepatutnya membuatkan anda lebih tenang. Pastikan anda mendapatkan maid yang cepat belajar, menyesuaikan diri dan boleh bekerja dengan pengawasan minimum.

Justeru nanti tidaklah anda perlu menjerit dari dalam bilik untuk meminta mereka ambilkan sesuatu atau tertekan apabila kerja membersihkan rumah tidak memuaskan hati sendiri.

7. Tidak berkira ketika bekerja

Walaupun ia mungkin tidak melibatkan tugas pembantu rumah, ada kalanya bantuan mereka diperlukan seperti keluar membeli keperluan bayi ataupun menyediakan makanan si manja.

Pembantu rumah yang baik perlulah seorang yang tidak berkira apabila mendapat arahan daripada majikan mereka.

8. Bilangan cuti

cara mengambil maid bibik pembantu rumah

Ini amat penting jika bayi anda berumur kurang daripada setahun. Banyak yang perlu dilakukan dengan bayi di dalam rumah.

Apabila perlu kerja lebih masa atau berada di luar kawasan, adalah penting untuk memastikan pembantu anda tidak mengambil cuti last minute.

Tetapkan bilangan cuti yang jelas agar mereka dapat mengikutinya.

9. Waktu kerja

Walaupun pembantu rumah bukan pengasuh bayi, kadangkala bayi mungkin menyumbang kepada peningkatan kerja rumah seperti mengotorkan permaidani atau cadar, membuang makanan serta menyepahkan mainan di ruang tamu.

Jika ini berlaku, pertimbangkan untuk memberikan bayaran lebih buat mereka. Justeru barulah nanti pembantu seronok untuk bekerja lebih lama dengan kita.

Kesimpulannya, apabila mengupah pembantu rumah atau pengasuh, anda mahukan seseorang yang peka terhadap keperluan anda bukan sahaja sebagai wanita di rumah, tetapi juga sebagai ibu baru.

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!

Semoga bermanfaat!

Parenting Firstcry

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 13 Agensi Pembantu Rumah Terbaik Di Malaysia, Yang Penting Boleh Dipercayai!

Baca juga: Cemburu Tengok Si Kecil Terlalu Rapat Dengan Pembantu Rumah, Adakah Saya Patut Risau?

Baca juga: (Video) Orang gaji pukul budak ini tanpa belas kasihan sehingga berdarah teruk!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • 9 Perkara Penting Untuk Ibu Ayah Semak Sebelum Ambil Pembantu Rumah/ Maid
Kongsikan:
  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • 30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

    30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • 30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

    30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham